13

52 2 0
                                    

Mia mengelengkan kepalanya, Aulia diam membisu dari tadi tanpa sebab. Awalnya ajak Mia keluar, nak lepak katanya tapi tak nak duduk dekat rumah. Mata Mia terus melirik ke arah pandangan Aulia. Dia terus melihat ke arah seorang budak perempuan bersama ibunya sedang makan di meja belakang mereka.

"Dah lah tu! Takut budak tu kalau kau asyik pandang dia macam tu" ucap Mia. Aulia mencebik.

"Rindu Nia lah pulak" gumamnya sambil menguis kek di piringnya. Kening Mia terangkat, Nia mana pulak?

"Nia? Nia siapa? Model eh?" tanya Mia.

"Tak. Anak Raid. Aku rindu dia lah, tak logik lah pulak kalau aku cakap dengan Raid kan? Nanti dia cakap aku ni gila pulak rindu dekat anak dia" ucap Aulia.

"Jap, aku tak faham ni. Tak logik macam mana? Nia, anak Raid? Raid dah kahwin?" tanya Mia lagi.

"Anak angkat dia, dia belum kahwin. Nia tu aku jumpa masa kat rumah Opa, Opa kan kenal dengan Raid lepastu diaorang rapat. Raid tolong tengokkan report yang aku buat lepastu haritu dia bawak Nia. Aku jumpa Nia kat sana, Nia tu comel tau ,babe. Geram tengok dia" ceritanya.

"So, sekarang ni apa yang gila? Kau cakap je lah dekat Raid tu yang kau rindu dengan anak dia yang jadi gilanya bila kau tu call dia cakap rindu dekat dia. Eh ,kau ni biar betul? Rindu dekat anak dia ke dekat bapak dia? Gatal kan kau ni" usik Mia dengan tawanya yang nakal.

"Mengarut! Aku tak suka lah dekat dia, dahlah dingin pastu tak banyak cakap. Hmph, bosan!" tambah Aulia.

"Jangan benci sangat nanti jadi cinta baru padan muka kau. Benci lah, tak suka lah tup tup jodoh kau dengan dia hah baru terbeliak biji mata kau tu" seloroh Mia. Aulia hanya diam membisu. Jodoh? Tak pernah terfikir pula hal itu.

"Aunty!" tempikan seorang kanak-kanak membuatkan Aulia terus berdiri apabila Nia berlari ke arahnya. Ya Allah, macam tahu-tahu je tengah tahan rindu dekat Nia. Aulia terus memeluk Nia dan dahi Nia dikucup lama, rindu yang amat pada si kecil ini.

"Eh! Eh! Nia girl! Hesh, sorry Lia" ucap Rizq. Nasib lah Nia berlari ke arah gadis itu kalau ke arah perempuan lain mahu bergegar cafe ini dengan tempikan suaranya. Mia melihat ke arah Rizq yang memakai jacket kulit hitam, baju t-shirt hitam dan jeans hitam. Serba serbi hitam dari atas ke bawah. Aulia tersenyum apabila Nia terus naik di ribanya.

"Apa sorry pulak dah, U tau tak I baru je bercakap pasal Nia. Rindu dekat dia, tiba-tiba muncul depan mata. Dari mana huh ,baby girl" ucap Aulia dengan senyuman.

"Nia dengan Papa Rizq baru hantar daddy. Daddy ada kerja dekat America. Uncle Nael, Uncle Faiq, Uncle Aisy pun tak ada. Diaorang pun busy. Papa pun busy kena pergi Dubai tapi Atok dengan Tok Umi tak sihat sebabtu Papa kena jaga Nia" ucap Nia.

"Ahhhh, so Raid dengan yang lain tak ada kat Malaysia lah ni? U? Takpe ke tak pergi Dubai?" tanya Aulia.

" Kalau ikutkan memang lah kena pergi, ada urusan kerja kat sana tapi dah nak buat macam takkan nak tinggal anak lagipun Raid tak pernah izinkan kitaorang tinggal Nia dengan orang tak kenal" ucap Rizq.

"Hmm, if you don't mind I boleh jaga Nia, korang bukan tak kenal I. Nia pun macam okay je dengan I. Nia nak tak duduk aunty?" pelawa Aulia.

"Nakkkkk lahhhh!!!" ucapnya teruja. Rizq tersenyum dan dia mengangguk. Alah, Raid tak kesah kan? Aulia kot bukan perempuan lain.

"Cun! Kalau macam tu Nia girl stay dengan aunty. Papa pergi kerja eh , nanti Papa balik. Lia, ni I punya contact number, apa-apa roger. Nanti I mintak budak I hantar barang Nia kat rumah u . Bye girl, jangan nakal tau thank you Aulia, Arissa" ucap Rizq lalu dia mengucup lembut pipi Nia.

"Papa! Salam!" halang Nia apabila Rizq dah berlarian ke luar. Dia ingatkan nak kejar flight Aisy kerana jejaka itu masih di airport. Rizq tersenyum dan dia terus kembali ke arah Nia. Dia menghulurkan tangannya dan disalam oleh Nia. Satu kucupan singgah di pipi Rizq. Rizq mengangguk ke arah Aulia dan berlalu pergi.

"Pergh semudah tu je? Kau rasa dia kena marah tak dengan Raid? Kenapa feeling aku mengatakan hal yang macam tu eh? Babe, kau call Raid cakap anak dia dengan kau mau pengsan dia kalau tahu Rizq tu buat macam ni" nasihat Mia. Aulia tertawa kecil, biar je baru dia cuak!

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now