21

49 1 0
                                    

Suasana ni padang yang luas itu dipenuhi dengan jeritan dan gelak tawa Aulia, Rizq, Mia, Faiq, Aisy, Faiq dan Nael sementara Yasmin hanya duduk di meja sambil tergelak ayu bersama Zafrel. Raid yang baru selesai mandi itu terus melihat ke arah Aulia. Gadis itu cukup jelita dengan pakaiannya dan rambut panjangnya diikat ponytail.

"Nyet! Nyet! Nyet jangan bangang!" tempik Aisy apabila Faiq memegang seekor belalang. Entah dari mana jejaka itu jumpa terus diambil dan ditakutkan Aisy memandangkan jejaka itu memang anti dengan serangga.

" Nyet, tukar-tukar!" tempik Rizq sambil menghalakan lipas kepada Faiq. Faiq sudah menjerit lalu memanjat pokok yang berdekatan. Aisy melurut dadanya, penat dia berlari macam kena kejar dengan anjing gila.

"Kotor lah Rizq! Buang lah!" ucap Nael.

"Tu lah kau, nak kenakan orang. Korang berdua gelak je? Nak kena ni" ucap Rizq lalu dia mendekati Mia dan Aulia yang terduduk di rumput itu.

"Hah! Tak nak tak nak! Sana lah Aariz! Sana!" tempik Aulia. Dia tak ada lah takut, cuma geli je. Dehek!

"Arisa, lari lah!" ucap Rizq. Mia mengulingkan bola mata miliknya. Dah orang tak takut nak lati buat apa? Bongok!

"Tak takut pun" ucap Mia bangga.

"Tak takut eh? Kita cari target kita. Lia! Jangan lah lari nanti siapa nk mandikan jenazah ni? Dia betina tau" jerit Rizq lalu dia mula mengejar Aulia. Mata Aulia dah nak terkeluar, gila ke apa dia ni?

"Macam tu pun ada jugak eh? Kau check kelamin dia ke hah? Tau tau je betina" tempik Zafrel. Dia sudah tak mampu menahan tawanya.

"Aariz!! Jangan lah! Aariz!" tempik Aulia dia masih berlari Rizq pula tertawa jahat, kalau ikutkan boleh je dia pintas Aulia tapi sengaja nak mempermainkan Aulia.

"Siap kau setan! Aku come back!" ucap Aisy penuh benci dan dendam. Nael mengelengkan kepalanya. Sewel!

"Aku pun! Malam ni kita buat sampai dia terkecing dalam seluar!" ucap Faiq bersetuju.

"Memangnya dia takut apa?" tanya Mia.Aisy dan Faiq pula saling berpandangan dan tertawa jahat.

"Dah! Stop! Stop okay? Eii! Tengok muka dia tu! Tengah azab tu!" ucap Aulia dia sudah berlindung di belakang Zafrel. Aariz tertawa, geli hati dengan ucapan Aulia.

"Ish! Tak baik lah! Dia dah mati, mana boleh ada apa-apa reaction lah" jawab Rizq.

" Aariz, jangan! I cakap stop kan! Zaf! Jangan gelak! Tolong lah Lia! Ishh!" marah Aulia. Zafrel terus memeluk Aulia dan menepis tangan Rizq. Lipas itu terus dipijak, cukup tragis!

Raid yang dari tadi memerhati mengusap hidungnya dan tersenyum segaris. Dia melirik ke arah Aulia yang sedang tersenyum puas, Rizq pula selamba sahaja menjelirkan lidah ke arah Aulia. Aulia melibas rambutnya.

"Sukalah Min tengok korang, happy je selalu" ucap Yasmin dan Raid beriak tenang seperti biasa. Nael, Aisy, Faiq serta Mia turut mendekati mereka. Aulia tersenyum segaris dan dia melepaskan pelukan Zafrel. Dia terus mengambil tempat di sebelah Rizq.

"Buat macam rambut Lia" bisik Rizq dengan senyuman di bibir. Dia terus mendekati Aulia. Aulia terus mengeluarkan getah rambutnya yang berwarna hitam lalu mengikat rambut Rizq. Rizq terus mengeluarkan telefonnya dan dia tertawa sendiri.

"Ekhem, so hari ni kita buat apa? Hiking?" tanya Raid. Si adiknya pula selamba buat tak dengar sambil berswafoto dengan Aulia. Nael tersenyum senget melihat ke arah Raid.

Jealous ke, bang?

"Boleh je pergi hiking memandangkan sekarang baru je 7 pagi. Zaf boleh lead sebab dia kerap datang sini, kalau semua okay kita boleh geraklah , kiranya kita boleh turun before zohor" ucap Mia.

"Boleh je" ucap Aisy.

"No problem" tambah Nael.

"Yasmin ada problem, Yasmin tak pernah hiking jadinya tak biasa. Korang pergi lah , Yasmin stay kat villa je" ucap Yasmin pula.

"Benda boleh belajar, I pun jarang jugak hiking tapi boleh lah dari tak de. Kita pelan- pelan kayuh lah" ucap Mia.

"Kalau Yasmin takut, Raid ada. Dia renjer hutan tu" ucap Faiq. Raid menjeling ke arah Faiq tajam.

"Join je lah, kat sini ramai yang experts. Lia pun boleh juga tu . Dah , sekarang prepare semua make sure pakai pakaian yang selesa dan pakai kasut. Our supermodel jangan pakai high heels pulak kang patah kaki tu" seloroh Zafrel.

" Nak gaduh ke hah?" balas Aulia, Zafrel hanya tertawa dan melarikan diri. Aulia membuat muka , Yasmin terus menarik tangannya. Aulia melihat ke arahnya.

"Mintak tunjuk ajar ye Lia" ucap Yasmin dengan ramah.
Aulia hanya tersenyum senget dan melepaskan tangannya dan berlalu pergi. Yasmin menunduk apabila kelima jejaka itu tak berkata apa-apa dan berlalu pergi.

"Mia, patut ke Min balik KL? Lia macam tak suka je Min kat sini" ucapnya perlahan. Mia mengaru kepalanya.

"Yasmin, u don't know her. Aulia tu memang macam tu, apa yang Mia boleh cakap adalah don't try too hard. It's not easy to win her heart because she is off limits. Mia bukan nak cakap apa tapi Aulia bukan manusia yang mudah-mudah je nak bagi orang baru masuk dalam hidup dia" terang Mia. Dia tidak mahu Yasmin berfikiran negatif pada Aulia. Yasmin mengeluh.

"Habistu kenapa dia rapat je dengan Raid , Rizq apa semua tu boleh buat bergurau macam adik beradik dah pulak" luah Yasmin. Dia ingin menarik perhatian Aulia juga.

"Yasmin, Min tak boleh expect baru jumpa Lia sekali dua lepastu judge Lia macam-macam. Lia dengan yang lain tu selalu jumpa , tiap-tiap malam on call atau video call. Nia kan anak Raid, lepastu Nia dekat dengan Lia jadinya secara automatik Lia pun rapat dengan diaorang. Mia tak nak lah sembang banyak tapi yang Mia boleh cakap, don't judge the book by it's cover and don't underestimate Lashira Aulia because she's different" ucap Mia dengan senyuman dan dia terus berlalu pergi.

Yasmin mendengus kasar, apa susah sangat nak dapatkan perhatian Aulia. Kalau tak boleh dapat perhatian, macam mana dia nak peroleh kepercayaan gadis tu? Kepala yang berlapik tudung itu digaru. Bukan kerana banyak kutu tapi kerana stress , payah benar nak dilihat oleh Aulia.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now