24

44 1 0
                                    

Mata Aulia dibuka apabila dia mendengar suara Ibunya mula menjerit-jerit. Kakinya diatur menuju ke bilik ibu dan bapanya. Aulia mengosok matanya yang masih pedih. Dia terus berlari ke arah ibunya yang sedang menahan bapanya dari terjun ke balkoni.

" Abang! Ya Allah , Abang! Sedar ,Abang! Abang! Istighfar bang! Jangan ikutkan sangat dia bang! Ya Allah, Abang! Tolong lah!" jerit Puan Leia dengan tangisan.

"Ibu? Baba kenapa?" tanya Aulia, mata Tengku Arif cukup menakutkannya. Puan Leia memeluk erat pingang Tengku Arif. Aulia masih bingung, dah lah keadaan masih malam.

"Sayang? Tolong Ibu, tolong ambik selendang ibu ambik je apa-apa cepat sayang!" kerah Puan Leia. Aulia terus berlari ke arah wardrobe ibunya. Segala selendang,tudung bawal, tali pingang semua ditariknya.

"Ikat sayang, ikat kaki baba! Cepat sayang" ucap Puan Leia. Aulia mengangguk lalu dia membantu ibunya.

"Arghhhh!!!!" tempikan kuat Tengku Arif membuatkan Aulia menjerit. Dia menangis kerana suara ayahnya yang mula bertukar menjadi cukup kasar itu. Puan Leia sudah tertunduk dengan tangisan selepas mengikat Tengku Arif.

"Dia akan mati! Mati!" ucap Tengku Arif, suaranya sudah berubah. Dia tertawa dan melihat ke arah Puan Leia.

" Tolong lah keluar! Apa kau nak dari kami hah? Tolong lah berhenti seksa suami aku! Keluar lah!" tempik Puan Leia pada suaminya yang sudah dirasuki makhluk halus itu.

"Mati! Mati ! Mati! Tak boleh bahagia, tak boleh hidup tak boleh hebat! Mati! Mati ! Mati!" ucap Tengku Ariff secara berkali-kali disertai dengan tawa.

"Di-diam! Diam! Panas! Diam!!" tempik Tengku Ariff apabila Puan Leia mula membaca sesuatu. Aulia terus memeluk ibunya yang masih terkumat kamit membaca sesuatu itu. Dia juga kurang jelas dengan ayat yang dibaca kerana ibunya membaca sambil menangis. Yang dia pasti itu semua ayat Al-Quran.

Tidak lama kemudian Tengku Arif terdiam dengan mata yang tertutup. Puan Leia masih menangis sambil memeluk Aulia di ribanya. Hatinya luluh, dia buntu. Kali ini pada siapa dia mahu meminta pertolongan? Dia bingung.

"S-sayang..." suara serak Tengku Arif membuatkan Puan Leia mendongak . Air mata Tengku Arif jatuh membasahi pipinya yang cengkung. Kepalanya dianggukkan sedikit, Puan Leia mendekatinya dan memeluknya dengan tangisan yang kuat. Tengku Arif mengucup dahi Puan Leia dengan terketar-ketar.

"Baba, Lia takut" ucap Aulia dengan tangisan. Tengku Arif melihat Aulia dengan air mata.

"Baba minta maaf ye Lia? Baba tak mampu kawal diri baba , yang tadi tu bukan baba" ucap Tengku Arif masih dengan suaranya yang serak.

"Abang, Leia dah tak tahan! Leia dah tak sanggup tahan semua ni! Tolong lah abang, kita kena buat sesuatu. Dia tak nak mengalah. Leia perlukan abang, anak kita perlukan baba dia. Sampai bila kita nak macam ni? My husband almost die about 3 minutes ago! Semua ni dah melampau!" ucap Puan Leia dengan tangisan.

"Tak, jangan sayang. K-kita kena bagi dia peluang. Kita kena tahu apa dia nak dari kita. Allah ada sayang, Allah ada untuk kita. Dengar cakap baba, Ibu ke Lia ke tak k-kisah lah apa pun orang buat dekat kita jangan balas kejahatan dengan kejahatan, ingat tu" pesan Tengku Arif. Aulia mengangguk dan Puan Leia melihat ke arah Tengku Arif dengan gelengan.

"Baba!!!" tempik Aulia apabila dia mula sedar, tubuhnya terasa sakit dan dia melepaskan keluhan kecil apabila tapak tangannya luka. Aulia melihat sekeliling , awan yang cerah sudah menjadi gelap. Aulia mengusap bahunya, seram sejuk pula dia di sini sendiri. Seingat dia , dia sedang asyik mengambil gambar tiba-tiba je jatuh lepastu sedar-sedar dia dah ada di sini.

"Mia? Zaf? Aariz! Nael! Faiq! Aisy! Raid! Tolong! Lia kat si—ahhhhh!!!!" tempik Aulia apabila tiba-tiba kilat mula sambar menyambar. Air matanya jatuh bukan kerana dia takut sesat tapi kerana dia terimgatkan ibu dan babanya.

"Ibu...Baba...Lia takut" ucapnya dengan esakan. Dia memeluk lututnya . Hujan mula membasahi bumi , Aulia juga sudah keliru , air matanya dilap dan dia mula mencari tempat untuk berteduh. Selepas hujan serik dia ingin mencari jalan keluar.

"Ya Allah..." ucapnya sendiri, semuanya gelap gelita, bulu romanya mula meremang apabila angin sejuk meniup tubuhnya. Aulia terus menuju ke arah sebatang pokok yang besar dan rendang. Dia terus duduk di situ sambil berpeluk tubuh. Kepalanya masih teringatkan mimpinya sebentar tadi, rasa takut kehilangan ibu bapanya melebihi rasa takut dia yang tengah sesat di tengah-tengah hutan.

Beberapa minit kemudian hujan mula berhenti, Aulia dah menutup telinganya . Macam-macam bunyi haiwan yang dia dengar, tolonglah jangan ada yang mendekat, lipas ke belalang ke apa-apa pun tolong lah jangan datang dekat!
Aulia paling anti dengan haiwan mahupun serangga.

Bedebush!!!!

"Ibu ,Baba!"

Aulia menjerit apabila dia mendengar sesuatu yang besar seperti jatuh. Dia menekup wajahnya ke lututnya. Aulia berkerut apabila dia mendengar ringisan. Manusia ke?

"Haish"

Aulia berkerut apabila dia mendengar seperti manusia mendengus. Kakinya diatur ke arah suara di sebalik semak samun yang tinggi itu. Dia melihat ke arah tebing yang tak berapa nak tinggi itu. Mungkin haiwan itu tergelincir dari sini. Pffffhhh! Haiwan? Tergelincir?

"Allah, haish!" suaranya semakin jelas. Aulia berkerut, dah boleh bercakap ke haiwan zaman sekarang? Bangang nya kau Lia, haiwan mana boleh cakap lah! Kau fikir kau ada magic boleh bercakap dengan haiwan?

"Aid!" jerit Aulia apabila dia melihat Raid yang sedang terduduk dengan basah lecun itu. Raid terkejut mendengar Aulia. Dia terus menarik Aulia ke dalam pelukannya, Aulia pula membalas pelukan Raid. Dia dah rasakan lega apabila Raid mencarinya. Raid melepaskan keluhan lega.

"Ahhh—jangan" ucap Raid apabila Aulia tersentuh kaki kirinya. Aulia terus melepaskan pelukan dan melihat ke arah kaki Raid. Wajah jejaka itu sedikit berkerut.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now