43

55 1 2
                                    

Bibir merah Aulia mengukirkan senyuman melihat Nia yang sedang bermain dengan buih sabun di taman itu. Dia dan Raid sering membawa Nia keluar ke taman. Sengaja nak biarkan Nia kenal dunia luar dan tidak mahu anaknya itu terperap di rumah. Kalau tidak ke taman, mereka akan melakukan aktiviti yang lainnya. Picnic , naik kuda, jalan- jalan dan lain- lain lagi.

"Babe, nah minum" ucap Mia sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Aulia yang sedang duduk di atas kerusi itu. Aulia menyambut huluran Mia, matanya masih lagi melekat pada Nia.

" Lili, kan suami kau tak ada kat sini apa kata kita balik rumah Tok Papa nak? Kita chill chill dengan Tok Papa—-"

"Mia, kalau kau busy cakap je. Aku tak de masalah nak stay sendiri. Nia pun ada, aku nak duduk dekat condo aku tu sebab aku dah lama tak balik sana. Entah- entah ada tikus ke apa ke. Aku cuma ajak kau, kau pun boleh je tolak kalau tak nak" pintas Aulia mendatar.

"Lia, kau kahwin dengan Raid hampir 6 bulan dan selama 6 bulan tu kau dah tak jumpa dengan Tok Papa, Papa Ngah, Zafrel dan kau tak pergi pun jenguk dia. Kau tak rindu dia ke? Kau tak nak tahu apa jadi dekat orang tua tu? Aku tahu kau rindu tapi kau terasa hati dengan Tok Papa kan? Come on, babe. Kita dah dapat bukti yang kau dengan Raid tak bersalah pun kenapa kau tak nak jumpa dia? Kenapa kau tak nak terus terang je?" ucap Mia. Mereka sudahpun memdapatkan bukti menunjukkan Raid dan Aulia tak bersalah namun tak ada seorang pun nak cakap dekat Tengku Adam kerana Aulia menghalang.

"Terus terang macam mana ? Mia, aku ni tak baik macam kau atau perempuan yang lain. Aku takut, aku takut aku tak boleh maafkan semua yang kat dalam rumah tu termasuk Tok Papa. Aku bukan tak cuba pujuk hati aku Mia, aku dah buat macam-macam tapi hati aku tetap sakit. Aku malas lah nak ada kena mengena dengan manusia kat dalam rumah tu, rimas" ucap Aulia tenang.

Mia melepaskan keluhan berat. Raid dan yang lainnya puas memujuk Aulia untuk berjumpa dengan Tengku Adam tapi tidak berjaya. Mia menguak rambutnya ke belakang.

" Lia, kau tak jahat jauh lagi kejam. Kau wanita yang paling tabah yang pernah aku kenal. Aku tak pasti kalau aku boleh setabah kau. Aku faham kau dah cukup terluka Lia, tapi aku tahu kau akan maafkan Tok Papa. Aku yakin kau boleh bagi peluang kedua untuk Tok Papa. Kalau kau boleh bagi Zafrel peluang kenapa kau tak boleh bagi dekat Tok Papa?" pujuk Mia lagi.

"Dan apa yang Zafrel buat? Dia sia-siakan peluang kedua yang aku bagi dekat dia. Hujung pangkalnya aku juga yang makin sakit. Mia, aku sayang Tok Papa, selain Abi , Mama Auni, dan kau hanya dia je yang kesah pasal aku. Aku tak tahu bila hati aku boleh maafkan dia , aku perlukan masa Mia. Peluang kedua bukan untuk semua orang dan peluang kedua susah untuk kita tawarkan. Dah lah, tak payah cakap pasal dia, aku malas lah" jawabnya lalu meneguk air.

"Anyway, lama ke Raid pergi Itali tu?" tanya Mia mula mengalih topik. Dia akan terus berusaha tapi dia tak akan memaksa Aulia.

"2 ke 3 hari je. Kalau bukan sebab client dia nak jumpa dia tak adanya dia nak pergi sana" jawab Aulia, teringat pula kejadian di airport subuh tadi. Raid punya lah susah nak pergi, sejak kahwin ni dia hanya travel dalam negara je itu pun paling lama sehari lepastu balik rumah. Dia paling tak boleh berjauhan dengan Aulia, nanti rindu. Ehek!

"2 hari bagi dia seumpama 2 tahun tanpa kau. Me——"

"Nenek ni siapa? Tak nak lah! Tak nak! Mommy! Mommy! Aunty Mia!" suara Nia membuatkan Mia terus berhenti dari bercakap. Dua gadis itu terus berlari menuju ke arah Nia. Nia memeluk Aulia dengan erat. Aulia melihat ke arah seorang wanita yang sedang menangis itu.

"Maaf Puan, tapi ada apa ye?" tanya Mia bingung.

"Aulia, ni Mama. Nia sayang, ni Tok Ma. Aulia tak kenal Mama ke?" tanya wanita itu dengan tangisan. Mia dah berkerut kering. Mama mana pulak dah ni?

"I'm so sorry tapi I rasa Puan salah orang, mintak diri dulu Puan" ucap Aulia lalu dia ingin berlalu pergi namun wanita itu memegang tangannya.

"Benci sangat ke Raid dekat Mama sampai dia tak kenalkan pun Lia dengan Mama , orang yang dah lahirkan dia" ucap wanita itu dengan esakan kuat. Aulia berkerut, selama ini dia tak pernah mendengar cerita tentang ibu Raid kecuali ayahnya. Tiba-tiba muncul di hadapannya hari ini. Dia bingung, tidak tahu ingin bereaksi bagaimana.

RAID'S QUEENTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon