33

52 1 0
                                    

"Papa! Jangan merepek lah! Aulia dengan Raid kena aniaya . Memang bukan Auni yang lahirkan Aulia tapi Auni yang tengok dia membesar. Korang semua tak tahu apa-apa sedap cakap je! Semua ni tak adil untuk Raid dan Aulia" tegas Tengku Auni membantah.

"Mama, tak apalah. Mama cakap Lia dah sedia nak nikah kan ? Best jugak tu" ucap Aulia tenang.

"Lili, stop it" ucap Mia. Aulia melepaskan tangan Mia.

" I pernah cakap dengan u ,my life is full of drama. I tahu u tak ada girlfriend, jauh sekali tunang dan isteri. I'm so bad in their eyes, since they think i'm bad i will be the one. I like a man who look like a bad boy but knows how to treat woman like a queen. If you want to be my king, i'm willingly to be your queen. So, jom kahwin?" ucap Aulia , anak mata dia menikam anak mata Raid.

"Lia, this is not fair for us. Kita tak salah, aku tak kesah nak nikah dengan kau tapi bukan dengan cara ni. Tok Papa—"

"Raid! Stop! Stop begging like a beggars. Kat mata Tok Papa, Cik Maria, Zafrel, Papa Ngah , kita yang salah kita ni macam jijik  sangat dah. Maruah u lagi berharga dari ego diorang. Keadilan atau kebenaran tak boleh bantu kita buat masa sekarang. U nak kahwin ke tak dengan I?  I mintak maaf kalau semua ni tak adil bagi u tapi u berhak memilih I tak akan hancurkan hidup u" ucap Aulia , dia masih melihat ke arah Raid.

" Saya percaya dengan kuasa Allah, saya pun percaya yang Allah tu Maha Adil. Kalau ini lah asbab saya boleh bagi kehidupan yang lebih baik untuk Aulia, dengan lapang dada saya nak jadikan dia isteri saya. Tapi , saya nak ingatkan satu hal. I'm Raid Qarizh, i can do anything i want dan saya yakin kebenaran akan memihak pada kami, mungkin sekarang saya kalah tapi ingat 2 can play a game. Jangan main dengan api kalau takut panas, sebab api ni bila- bila je boleh rentungkan semua benda" tegas Raid berbicara. Aulia menunduk, dia serba salah.

"Bagus, dua-dua dah setuju. Daripada korang berdua terus tanggung dosa lebih baik macam ni" ucap Tengku Adam.

"Abi, call tok kadi call tok imam. Lia akan kahwin dengan Raid sekarang dekat sini. Wali dah ada ,saksi dah ada buat yang wajib je" ucap Aulia. Membuntang mata mereka semua dengan permintaan Aulia.

"Apa masalah Lia ni? Kemaruk nak kahwin?" bantah Puan Maria. Aulia mengigit bawah bibirnya, hatinya dari tadi tak berhenti beristighfar . Mahu saja ditikam Puan Maria itu.

" Lia tak pernah mintak apa-apa dari Tok Papa, permintaan pertama Lia  20 tahun lepas, sebulan lepas kematian Ibu. Lia mintak nak pergi jauh dari sini. Lia tak kisah duduk sorang- sorang tapi syaratnya Lia nak duduk jauh. Papa Ngah hantar Lia ke US, semua sebab Cik Maria yang suruh hari ni, unexpectedly harini hari yang sama Lia buat permintaan pertama. Lia nak kahwin hari ni, sekarang dan kat sini. Tok Papa anggap je yang permintaan ni permintaan terakhir dari Leia"

"Lepas Lia jadi isteri Raid, anggap je Lia dah mati. Lia tak akan jejakkan kaki dekat rumah ni lagi. Cukup lah ,Lia dah muak dengan keluarga ni. Tok Papa tak penah percayakan Lia tapi Tok Papa cakap Tok Papa sayangkan Lia? Lia tak faham Tok Papa, Lia keliru. So, please do what i say. Please, this is the last wish" ucap Aulia dengan air mata yang mula kembali mengalir.

"Okay, tak ada masalah. Tu yang Lia nak kan? Silakan, tok papa tak kisah walau sikit pun. Korang semua dengar kan? Tercegat apa lagi ? Kemas semua ni , Lia dan Raid akan kahwin harini ,malam ni dan kat sini" ucap Tengku Adam tegas. Tengku Adam terus berlalu pergi. Aulia terduduk di lantai. Tengku Adam langsung tak melihat wajahnya.

"Shhhhh, jangan macam ni. Dah-dah" pujuk Mia, Aulia masih menangis di dalam pelukan Mia. Raid terus berdiri dan 4 orang saudaranya itu terus membontotinya.

"Kahwin dengan Lia, orang dalam rumah ni gila! Bodoh" ucap Rizq apabila mereka sudah berada di hadapan garaj. Raid duduk mencangkung dan meraup kasar wajahnya.

"Lia tak akan perangkap kau, ni mesti ada siapa-siapa yang memang nak perangkap kau. Kenapa kau datang sini sebenarnya?" tanya Faiq.

"Betul tu bro, cerita dulu. Apa dah jadi?" ucap Aisy.

" Aid, kitaorang ni adik beradik kau. Kitaorang tau kau macam mana. Kita membesar sekali , kitaorang tau kau tak buat benda-benda macam tu" ucap Nael lagi.

"Zafrel, aku dapat text dari dia. Dia cakap nak jumpa aku bila aku sampai bibik cakap dia tengah mandi. Tak sampai 5 minit , Aulia datang. Dia cakap nak jumpa Tok Papa lepastu kitaorang ada minum jus oren. Lepas je minum jus oren tu Lia suruh aku balik, tak sampai 10 saat dia pengsan aku ingatkan dia main-main so aku biarkan je lah tapi dia betul-betul pengsan, masa aku nak dekat dengan dia tu ada orang attack dari belakang. Sumpah lepastu aku tak ingat apa yang dah jadi, bangun-bangun je kena lempang" cerita Raid. Mereka berempat mengangguk.

"Sekarang ni macam mana? Kau betul nak kahwin?" tanya Aisy. Raid mengangguk.

"Aku nak ambik Lia, dia tak layak tinggal kat sini, semua yang ada dalam tu buta! Aku akan jaga dia, aku akan buat apa je untuk bersihkan nama aku dengan Lia" ucap Raid.

" Aku call Umi dengan Walid. Suruh dia datang boleh?" tanya Faiq. Raid mengangguk.

"Mas kahwin aku yang uruskan" ucap Nael pula.

" Uncle Malik" ucap Raid apabila Megat Malik mula mendekatinya. Megat Malik menepuk bahu Raid.

"Masuk dulu, guna bilik Abi. Mengadulah padaNya, Lia perempuan yang baik. Dia bukan kaca ,dia bukan permata Aulia sangat istimewa sampah tiada tandingan dengan kaca mahupun permata. Allah tak uji hambaNya kalau kita tak mampu. Abi kat sini boleh doakan untuk Raid dan Lia" ucap Megat Malik. Raid tersenyum hambar.

Kini masanya mengadu pada sang pencipta.

RAID'S QUEENOnde histórias criam vida. Descubra agora