27

51 1 0
                                    

Rambut hitam pekat miliknya diikat dan Mia terus menuruni tangga. Suasana sunyi vila membuatkan dia bingung. Semalam dia tidak tidur, seusai subuh tadi tiba- tiba dia terlelap. Bangun-bangun dah pukul 9 pagi. Mia memerhati sekeliling, kenapa senyap sunyi?

"Mia..." panggil Yasmin.

"Min, mana semua orang? Asal senyap je ni?" tanya Mia.

" Diaorang pergi cari Raid dengan Aulia lepas subuh tadi, Mia nyenyak tidur sebabtu Min tak kejut. Abang Zaf pesan suruh Min jaga Mia" ucap Yasmin.

"What? Diorang tinggal I? Diaorang ni me—"

"Hah, apa? Apa? Kau dah kena sampuk pagi buta meroyan huh?" suara Aulia mengejutkan Mia.

"Aulia!" tempik Mia lalu dia terus memeluk Aulia, air mata dia dah bercucuran jatuh ke pipi. Aulia tersenyum dan dia mengusap belakang rambut Mia.

"Aku takut!" ucap Mia dengan tangisan.

"Takut apa? Takut tidur sorang? Takut tak ada orang nak teman pergi tandas? It's okay Mia, kau nampak kan aku sekarang? I'm perfectly fine,babe" seloroh Aulia. Mia terus menarik rambut Aulia yang sedikit serabai tapi tetap cantik.

"Eih! Geram tau tak! Aku risau! Kau pergi mana? Apa yang jadi?" tanya Mia sambil mengelap air matanya.

"Nanti lah aku cerita, tolong tengokkan Raid kejap. Dia jatuh semalam, aku rasa kaki dia terseliuh" ucap Aulia lalu dia menarik Mia menuju ke ruang tamu.

"Apa jadi dengan Abang Raid?" tanya Yasmin terkejut.

"Kaki dia terseliuh , kan dah cakap tadi. Pekak?" sembur Aulia selamba dan dia terus berlalu pergi. Yasmin sudah mengetap bibirnya. Macam mana boleh Raid yang cedera dan Aulia baik-baik sahaja. Membela ke perempuan ni?

Yasmin terus terkedek-kedek membontoti Aulia dan Mia. 6 orang jejaka itu pula masih tenang dan sedang bergelak tawa seperti tak ada apa-apa pun yang jadi. Mia melihat ke arah Zafrel, Zafrel hanya diam. Aulia yang faham dengan situasi itu hanya beriak selamba.

"Kaki kiri" ucap Aulia. Mia mengangguk.

"Check lah Mia, agaknya boleh guna lagi tak . Kalau tak boleh guna kita kena cari kaki lembu buat ganti" ucap Faiq berseloroh.

"Kau pernah tak kena sepak dengan kaki lembu?" tanya Raid selamba. Faiq hanya tersenyum dan mengeleng.

" Apasal kau mention lembu depan bapak singa ni? Kau tak tahu ke lembu dengan singa ni bermusuhan" ucap Aisy.

"Kalau siapa bodoh mesti termakan dengan teori bangang kau nyet" tambah Rizq. Mereka tertawa, syukur lah semua dah okay dan tak ada yang cedera.

"Macam mana ? Okay?" tanya Nael.

"Okay, urut sikit ni okay lah. Kau urut eh?" ucap Mia sambil melihat ke arah Aulia. Aulia hanya berpeluk tubuh.

"Tak boleh ke?" tanya Aulia, soalan dibalas soalan.

"Kenapalah kau tak duduk lama lagi dalam hutan tu? Ish, you did a good job like always , Lili" ucap Mia.

"Kau yakin? Aku okay je nak duduk lama-lama, kau yakin hati kau kuat?" usik Aulia . Mia membuat muka. Aulia tertawa dan dia hanya tersenyum ke arah Raid. Memang dia yang urut kaki Raid pagi tadi. Kalau masuk angin lepastu bengkak urat susah pula.

"Kalau nak Min urutkan Min boleh urut tak ada masalah, Min boleh je" ucap Yasmin pula.

"Ahhh—tak apa lah Yasmin, tadi Zaf dah suruh pelayan cari tukang urut untuk Raid" ucap Aisy pula. Rizq pula tersenyum puas melihat Yasmin tersenyum nipis.

"Baiknya Yasmin ni. Jadi baik tu bagus tapi takut juga lah kan baik-baik ada makna . Bahaya tu" ucap Rizq dengan senyuman senget. Yasmin berkerut.

"Dah, tak payah kesah dekat monyet tu. Sekarang pergi mandi lepastu turun makan" ucap Nael. Aisy dan Faiq terus membantu Raid masuk ke bilik sementara Mia bersama Aulia turut memasuki bilik dan dibontoti dengan Nael.

"Yasmin, kejap" halang Zafrel. Yasmin mengangkat kening dan matanya melihat ke arah Zafrel. Zafrel mendekatinya.

" Min kenapa eh?" tanya Zafrel.

"Maksud Abang?" tanya Yasmjn kembali.

"Mama selalu cakap Yasmin bagus, memang bagus lah kenyataannya. Tapi apa yang Mama cerita tu macam lain lah. Mama cakap Min betul-betul jaga hubungan dengan lelaki. Yasmin tak sentuh lelaki yang bukan mahram dan Yasmin kan belajar dekat Jordan so, apa yang Mama cakap tu macam tak sama dengan apa yang Abang nampak" ucap Zafrel tenang.

"Abang nak cakap Min tipu Abang?" balas Yasmin.

"Tipu? Tipu apanya? Chill out, abang cakap je tak payah marah" ucap Zafrel.

"Abang macam dah pandang rendah dengan Min, Min tau Min tak layak duduk sebumbung dengan korang semua. Iya lah, Min orang kampung. Lepastu kuno, tak sesuai dengan korang semua yang banyak duit. Min sedar tempat Min" ucap Yasmin dengan mata yang berkaca.

"Wooo! Jangan macam ni, abang just tegur. Look, abang tak ada niat nak buat Min terasa. Abang just tegur untuk kebaikan Yasmin, lagi satu Abang cuba jaga aib Mama. Dah kalau Mama puji dan sanjung Min, Min kena lah buat apa yang Mama cakap. Abang faham, manusia ni banyak khilafnya, abang ingatkan Min harini mana tahu esok ke lusa abang yang khilaf dan Min boleh tegur abang" ucap Zafrel lagi. Yasmin mengangguk dengan senyuman.

"Okay, terima kasih tegur Min. Betul lah apa yang abang cakap tu. Alhamdulilah, Min dikurniakan dengan abang sepupu yang prihatin macam Abang. Kalau macam tu, Min mintak diri dulu nak temankan Lia. Jangan lupa nanti kita makan sama-sama okay?" ucap Yasmin dengan senyum manis di bibirnya. Zafrel mengangguk dan dia hanya melihat ke arah Yasmin yang mula hilang dari pandangannya.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now