42

49 1 0
                                    

Sudah hampir seminggu berlalu setelah Aulia berubat dengan Syed Farhan. Sehari selepas berubat dia memang terbaring di atas katil je nak buat apa pun tak larat. Tubuhnya sakit-sakit. Keadaan gadis itu juga semakin membaik dan boleh dikatakan terlebih baik.

Hari ini merupakan hari lahir Nia. Si kecil itu hanya mahu menyambut majlis hari jadinya dengan sederhana. Dia tidak mahu menjemput orang luar kecuali ahli keluarganya dan orang terdekat. Majlis itu juga disambut di rumah Syed Farhan. Nia turut meminta  Mia hadir ke majlis hari jadinya.

Raid pula dah tawarkan parti untuk Nia tapi anak daranya itu menolak, dia mahu Aulia yang memasak dan mereka berkumpul bersama-sama. Raid pula hanya menurut kemahuan puterinya itu.

Raid melangkah masuk ke dalam biliknuntuk memeriksa Aulia yang masih bersiap.

"Li—wau" Raid terus mati kata apabila dia melihat Aulia yang mengenakan baju kurung pahang berwarna beige itu. Baju kurung itu hanya kosong namun terletak elok di tubuh isterinya itu. Tema yang Nia mintak adalah baju kurung untuk kaum hawa manakala para jejaka tampan itu pula berbaju melayu.

Agak pelik tapi tak apa, sayang anak punya pasal.

" Wau apa? Wau bulan?" seloroh Aulia. Raid mengecilkan matanya dan senyuman di bibirnya terukir. Matanya melihat ke arah Aulia dari atas hingga ke bawah. Baju kurung itu nampak mewah di tubuh Aulia walaupun isterinya itu hanya mengenakan aksesori yang minimal.

"Suka?" tanya Aulia. Tangannya sibuk membetulkan rambut panjangnya yang dibiarkan tanpa diikat itu.

"Boleh lah dari takde" usik Raid. Aulia tersenyum sambil berpeluk tubuh dan meng 'usha' isterinya itu.

Poyo, dia juga yang ternganga melihat Aulia sebentar tadi. Aulia baru sempat bersiap kerana dari pagi lagi sibuk di dapur menyediakan juadah untuk majlis Nia.

"Handbag kau mana? Nak ambik barang" ucap Raid. Sejak dah beristeri ni, segala benda disumbat ke dalam handbag milik isterinya. Aulia pula hanya membiarkan Raid berbuat sebegitu kerana barang jejaka itu tak adalah banyak, setakat wallet dengan kunci kereta apa lah sangat.

"Barang? Barang apa? Sejak bila u letak barang dalam ni?" tanya Aulia sambil membuka handbag berjenama miliknya itu. Tangannya sibuk mencari barang yang dimaksudkan oleh Raid. Ini lah jadinya apabila Raid yang selalu pegang handbag miliknya sampai dah tak tahu apa yang ada dalam handbag sendiri.

" Cuba lah tengok, ada kotak hitam" ucap Raid sambil berpeluk tubuh. Aulia berkerut, kotak hitam baldu itu diambil dan dilihatnya. Kotak apa ni?

"Nah" ucap Aulia sambil menghulurkan kotak itu kepada Raid. Raid masih dengan posisi yang sama.

"Open it" arahnya tenang.

"Tapi ni barang u , privasi u" balas Aulia. Raid membuat muka.

"Berapa kali aku nak cakap huh? Barang aku tu barang kau, privasi apa bendanya lagi? Kau tu isteri aku, bukak je lah, bukannya keluar bom" ucap Raid. Aulia mengulingkan bola matanya. Garang!

Mata Aulia melirik pada kotak hitam yang bersaiz kecil itu, tangannya mula membuka kotak tersebut. 2 bentuk cincin perak menjadi isi kepada kotak tersebut. Bentuknya sama dan yang membezakannya adalah yang satu penuh dengan batu permata satu lagi hanya ada satu batu permata hitam.

"Apa ni?" tanya Aulia dengan polos.

"Ni namanya pokok rambutan ,sayangku" ucap Raid tenang. Aulia menjelingnya tajam, main-main lagi!

"Elok-elok lah, cincin siapa ni?" tanya Aulia geram.

"Kau ni belajar je tinggi tapi benda macam ni pun kau tak kenal. Ni cincin untuk kita, kita dah kahwin hampir sebulan tapi aku tak bagi kau apa-apa pun kecuali duit mas kahwin itupun kau tak guna pun. Kau simpan je cheque tu , ingat cheque tu beranak?"

"So, I made this for us. Cincin ni hanya ada 1 je dalam dunia ni sebab aku yang design dan aku buat sendiri, aku nak semua orang tahu yang kau milik aku dan aku nak orang tahu yang aku milik kau. Aku tak nak orang lain
buat cerita bukan- bukan pasal kita, dunia sekarang ni menakutkan. Manusia lebih kejam daripada hantu" ucap Raid sambil dia mengusap lembut pipi Aulia

Aulia tersenyum dan mengangguk, senyumannya makin lebar apabila dia melihat ukiran nama Raid di bahagian dalam cincin miliknya dan nama Aulia di cincin Raid. Raid tersenyum melihat cincin yang disarungkan di jari isterinya itu. Aulia terus memeluk tubuh Raid , matanya dipejamkan seketika. Raid pula automatik membalas pelukan itu dan dikucup lama dahi Aulia.

"Dah! Jom turun sebelum aku kunci kau dalam bilik ni" ucap Raid. Aulia membuat muka lalu Raid terus memimpin tangan Aulia turun ke bawah. Majlis sambutan hari jadi Nia cukup meriah dan menjadi memori yang terindah bagi Aulia. Sudah hampir 20 tahun dia tak rasa setenang dan sebahagia ini. Cintanya pada Raid makin hari makin kuat, kalau fikir balik nak tergelak pun ada. Jejaka sedingin itu mempunyai personaliti yang berbeza dari apa yang Aulia sangkakan. Mungkin di mata orang lain Raid dingin, tak banyak cakap, sombong namun apabila bersama Aulia si dingin itu bertukar menjadi suami yang penyayang dan sempurna di mata seorang Lashira Aulia.

" Babe, tolong betulkan rambut aku kejap masuk mata ni" pinta Mia yang sedang memotong kek itu. Aulia terus menyelit rambut Mia di belakang telinga gadis itu. Mata Mia melirik pada cincin di jari Aulia.

"Eip! Cantik cincin kau, baru ke? Tak pernah nampak pun kau pakai" seloroh Mia. Tadi sewaktu sesi bergambar dia dah perasan yang Aulia dan Raid memakai cincin yang sama. Aulia tersenyum sambil melihat ke arah jari jemarinya itu.

"Raid kasi, kitaorang kan kahwin express tak ada cincin ni bagai. That's why he give me this" jawab Aulia.

"Do you like him?" tanya Mia ringkas. Dia bukan tak tahu yang Aulia sudah jatuh cinta pada Raid dari awal mereka berkenalan lagi cuma gadis itu sahaja yang keras hati tak nak mengaku. Dia juga tahu , Raid membantu Aulia dari gangguan yang dialami selama ini. Jujur dia katakan dia tersangat bersyukur dan gembira kerana Aulia sudah sihat.

"I love him with all of my heart, Mia. He's my husband, my soulmate, my imam dan syurga aku dah tentu-tentu lah aku sayang dia, cinta dia dan percayakan dia" ucap Aulia jujur dan tenang.

"Aku happy Lili, you deserve this. Tak pernah satu hari pun aku tak doakan kau dapat rasakan kebahagian, cinta dan pasangan yang terbaik untuk kau. Allah tu adil, dia tarik Ibu dengan Baba dan dia hadirkan Raid, Rizq, Nael, Faiq , Aisy dan Nia" ucap Mia dengan senyuman.

"Mia, tanpa kau belum tentu aku boleh macam ni. Kalau bukan kau yang berusaha untuk hiburkan aku, semangatkan aku, teman aku bila aku sedih atau sakit , aku belum tentu boleh survive. Kau selalu ada dalam hati aku Mia, kau adik aku sampai bila-bila dan kita tak akan pernah berpisah walau jauh mana kau atau aku pergi" ucap Aulia dibalas dengan pelukan , Mia dah tak mampu menahan air mata, sejenis hati tisu ni macam ni lah. Mudah nangis!

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now