40

59 1 0
                                    

Aulia membuka matanya , tubuhnya terasa sakit dan dia melihat ke arah sekelilingnya. Dia berada di bilik Raid di rumah Syed Farhan. Lehernya disentuh lembut , perit dan pedih. Belum sempat dia membuka mulut , Raid muncul di hadapannya. Suaminya itu lengkap dengan kain pelikat dan baju melayu hitam bersama kopiah hitam.

"Raid" ucapnya dengan suara serak.

"Rise and shine ,sleepyhead" ucap Raid lalu dia duduk di sebelah Aulia. Aulia menghulurkan tangannya. Raid pula tersenyum dan membantu isterinya bangun. Berkerut-kerut wajah Aulia menahan sakit tubuh.

"Lama ke I tidur?" tanya Aulia. Kepalanya sudah tidak sakit lagi. Raid mengangguk.

"Dari asar semalam sampai ke subuh pagi ni. Nah, minum dulu" ucap Raid lalu dia terus membantu Aulia untuk minum. Aulia menyentuh lehernya yang perit.

"U dari masjid ke?" tanya Aulia, kalau mereka berada di rumah Syed Farhan wajib ke masjid kerana hanya dekat dengan rumah. Tidak seperti rumah mereka yang agak jauh dari masjid namun di rumah itu ada satu bilik yang khas untuk solat dan mereka selalu berjemaah di situ.

"Tak lah, Walid dengan yang lain je pergi. Aku solat kat rumah je. Takut kau bangun aku tak ada pulak, kau okay?" ucap Raid lalu meletakkan cawan itu ke atas meja. Aulia mengangguk , dia melihat ke arah al-quran yang berada di sebelahnya.

"Nia?" tanya Aulia lagi.

"Tidur lagi, dalam bilik Umi. Semalam dia tidur sini jugak cuma tadi Umi bawak masuk bilik dia" ucap Raid, Aulia  mengangguk. Aulia melihat ke arah Raid , tangan suaminya itu disentuh dan digengam lalu dikucup lama.

"I mintak maaf" ucapnya , air matanya jatuh ke tangan Raid. Raid mengeleng dan mengusap air mata Aulia. Tangan Aulia dikucup lembut.

"Kau tak ada salah pun Lia, aku faham kalau kau tak ready nak cerita semuanya dekat aku. Aku tak paksa sebab aku tau satu hari nanti kau akan cerita jugak. Jangan risau lah, kau tak ada salah pun" ucap Raid dengan senyuman.

"Rehat lah, aku nak tengok Nia kejap" ucap Raid lagi. Dia terus bingkas bangun dan mengucup dahi Aulia dengan lama. Jujur dia terdesak sangat nak tahu apa yang dah jadi dari dulu lagi tapi kalau difikirkan balik dia tak boleh nak paksa Aulia sesuka hatinya. Aulia memegang tangan Raid dan melepaskan keluhan. Dia menepuk tilam itu supaya Raid kembali duduk di situ. Raid hanya menurut tanpa banyak cakap. Matanya melihat ke arah Aulia.

"It's been 20 years since Baba dengan Ibu meninggal, I tau benda ni macam tak logik tapi I tetap nak cerita. U patut tau semua ni. Baba , anak sulung Tok Papa. Secara tak langsung dia jadi pewaris utama Tok Papa. Baba belajar kat German. Tempat kelahiran Ibu, Ibu bukan orang Melayu tau, ayah dia dari German dan ibu dia lahir dekat Perancis.
Ibu jumpa dengan Baba dekat German. Ibu cakap dia terpikat dekat Baba sebab sikap Baba. He's funny, mature, independent, handsome semua lah tapi penghalangnya ialah agama"

"Baba cintakan Ibu ,sama macam Ibu sukakan Baba tapi Baba takut Ibu tak ikhlas. Baba tak nak Ibu masuk Islam sebab cinta dia pada Baba. Baba ambik keputusan untuk tinggalkan Ibu dan pindah ke US. Cinta diaorang sekerat jalan je. After a few years, Baba dah kerja Ibu pun dah kerja tapi masing-masing belum boleh move on. Baba suka sangat join team sukarelawan. Satu hari Baba ke  Eritrea, Afrika Timur untuk misi kemanusian"

"1 minggu Baba kat situ dan dia jumpa Ibu. Kelakar kalau fikir balik. Ibu dengan Baba under agency yang sama tapi tak pernah jumpa. Baba cakap kalau ada briefing ibu tak pernah nak ada sebabtu dia tak perasan. Ibu is a surgeon. Ibu dengan Baba jumpa balik dekat situ dan Ibu cakap dia dah masuk Islam, dia berterima kasih dekat Baba sebab tinggalkan dia, kalau dia nikah dengan baba masa tu mungkin dia tak rasa nikmatnya cintakan agama kita. Baba tinggalkan cinta Ibu, Ibu kejar cinta sang pencipta. Takdir mereka cukup sempurna, Ibu dan Baba kahwin walaupun Papa Ngah kahwin dulu"

"Semuanya okay, ibu dengan baba hidup dalam kebahagian dan family kitaorang tak ada masalah langsung Aid. Jauh beza dari keadaan sekarang. Tapi semua tu tak kekal, Baba kena sihir macam-macam jadi dekat baba. Kadang-kadang Baba lupa dia siapa, dia lupa Ibu. Dia lupa I, dia tak ingat apa-apa. Dia tak boleh fokus dekat kerja dia  tapi dia tak pernah pun cerita dekat Tok Papa atau Papa Ngah melainkan Abi"

"Kami cuba berubat dan baba sembuh ,alhamdulilah tapi masa I umur 5 tahun. Sakit Baba datang balik. Lagi teruk lagi kuat dari sebelum ni. Baba selalu je kerasukan tapi dia tak henti-henti lawan. Bila fizikal dia dah lemah tubuh dia dah diambil alih dengan benda tu. Siapa je yang berubat dengan Baba semua mati, kalu tak mati sakit. Baba tak nak nyawa orang lain melayang demi dia. Baba berhenti kerja, dan cuba berubat sendiri. Tapi tu lah, Baba hanya manusia biasa, dia tak boleh buat apa-apa selain doa"

"Baba meninggal dengan cara yang sakit. Baba tak sedar dan dia t-tikam diri dia sendiri depan Ibu. Tu bukan Baba tapi benda tu. Baba sempat masuk ward dalam 2 hari and lepastu dia meninggal. Ibu pulak alami kemurungan yang teruk. Dia nampak suami dia bunuh diri ,isteri mana je boleh terima Aid? Ibu cuba kuat tapi dia tak boleh nak sorok perasaan dia. Ibu cakap kalau ajal Baba meninggal masa tu dia tak kisah tapi kalau dah macam ni seumpama baba kena bunuh. Tak sampai seminggu Baba meninggal ibu pun tinggalkan I. Ibu kena  heart attack. S-She die on my laps. Lepas kematian Ibu I tinggal dekat US. I tak boleh duduk kat sini, I teringat segala jeritan dan tangisan Ibu bila Baba sakit. I trauma"

"Bila I kat US, everything was smooth. Abi dengan Mama selalu melawat , Mia pun sama. Tok Papa datang jugak 1 bulan sekali. Papa Ngah, Cik Maria dengan Zaf pulak tak pernah datang sebab I tak kasi. Zaf cakap dia benci I tiba- tiba je meanwhile kitaorang rapat gila. I tak kisah sebab I tak ada nafsu nak hidup pun sebenarnya masa tu. Day by day, week by week , month by month,year by year I mula cari diri I balik , I buat semua tu untuk Baba dengan Ibu. I jadikan baba dengan Ibu kekuatan I sebab tu I boleh jadi macam ni"

Aulia tersenyum hambar, air matanya dibiarkan mengalir dengan lebat.  Dia menceritakan rahsia terulungnya pada orang luar buat pertama kalinya. Tragedi kematian Ibu dan bapanya cukup tragis dan memori terburuk untuknya. Raid mengusap lembut pipi Aulia, terkejut dengan cerita sang isteri. Di balik senyuman Aulia terselit 1001 kedukaan yang dirahsiakan olehnya.

RAID'S QUEENजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें