25

49 2 0
                                    

Rizq mengaru kepalanya yang tidak gatal, jam sudah pun menunjukkan pukul 9 malam. Mereka sudah kembali ke villa seusai asar untuk meminta pertolongan daripada pihak yang lebih arif dalam bidang ini. Setelah selesai solat asar tadi mereka meninggalkan Mia dan Yasmin di Vila dan turut menyertai Zafrel, Raid, Faiq serta Nael menyambung pencarian mereka namun masih tiada hasil.

"Awalnya Lia lepastu Raid pula hilang! Adoi! Macam mana ni?" ucap Faiq.

"Dah lah hujan tadi, ni mesti laluan semua licin ni" tambah Aisy pula.

"Dalam keadaan macam ni, kita boleh simpulkan sepupu Tengku Zaf dan Abang kepada Encik hilang dalam hutan. Seperti mana Encik cakap, tadi baru je hujan dan laluan memang licin sangat-sangat. Bahaya kalau kita teruskan pencarian kita" ucap salah seorang pekerja yang menjaga hutan itu.

"Hergh, simpul simpul, aku simpul jugak misai dia tu sampai tak boleh bernafas baru tahu" ucap Rizq geram.

"Rizq, maaf lah. Adik saya ni emotional sikit. Jadi macam mana ni Encik? Kalau tak boleh teruskan pencarian apa jadi dekat adik-adik saya kat sana? Salah seorang mangsa tu perempuan, bahaya untuk dia" ucap Nael. Dia risaukan Raid tapi dia yakin Raid baik-baik sahaja. Yang jadi masalah ialah Aulia.

"Look, aku tak kesah pun kalau Raid jumpa Lia. Tapi kalau tak jumpa macam mana?" ucap Aisy.

"Tak mungkin lah Lia bermalam dalam hutan" keluh Zafrel dia dah mati akal sudah hampir 6 jam dia mencari tapi tak dapat apa-apa pun.

"Maaf , apa-apa tindakan harus diambil besok, dalam situasi macam ni tak ada apa-apa yang kami boleh buat. Saya janji besok saya akan tambahkan ahli pasukan yang lain, hutan ni hutan yang dijaga. Kalau binatang buas yang encik semua risaukan , in Sha Allah semua tu tak ada" terangnya lagi.

"Tapi—-"

"Terima kasih, kami mintak sangat tolong dengan Encik kalau ada apa-apa jalan untuk cari adik-adik saya, Encik inform kami. Kalau tak ada apa-apa kita semua boleh balik vila. Tak elok tinggal Mia dengan Yasmin dekat sana lama- lama" ucap Nael memintas.

"Baik , In Sha Allah kami akan cuba sehabis baik" ucap Lelaki itu. Nael mengangguk. Dia menolak lembut tubuh Rizq dan berlalu pergi. Jejaka berlima itu terus menuju ke vila . Sesampainya mereka di vila, Mia terus berlari ke arah mereka. Rizq mengeluh, dia terganggu melihat Mia seperti itu. Dia boleh nampak keihklasan Mia menyanyangi Aulia.

"Lia?" tanya Mia sepatah. Zafrel menarik Mia namun Mia menolaknya, matanya berkaca.

"Mia tanya ni, Lia mana?" tanyanya lagi.

"Mia, we're trying our best. Lia hilang, besok kita cari dia lagi okay?" ucap Zafrel lembut.

"Semudah tu je? Zaf ni kenapa? Macam tak ada hati perut! Benci sangat ke Zaf dekat Lia sampai Zaf relax je dia hilang kat dalam hutan tu!" marah Mia.

"Mia, bukan macam tu. Bawak bertenang" ucap Aisy ingin meredakan keadaan.

"Zaf memang dah buta! Berapa kali Mia pesan tengok Lia guna mata hati! Tak kan lah tak ada sikit pun rasa risau dalam hati Zaf tu?! Lia hilang! Aulia hilang! Zaf tak nak call Cik Maria ke? Mesti dia pun suka kan! Semua buta tak nampak kebaikan Lia!" tekan Mia lagi.

"Mia, tak payah lah kaitkan Mama dalam hal ni. Mia ingat Zaf ni heartless ke? Zaf pun risau dekat Lia, Mia ingat Zaf suka ke dia hilang hah? Tak Mia! Tak!" jawab Zafrel.

"Korang ni dah lah, nak gaduh buat apa bukan Lia dengan Raid boleh muncul depan kita pun. Sekarang pergi rehat, kita settle besok" ucap Faiq.

"Zafrel, kalau rasa berat hati sangat nak cari Aulia jangan risau sebab Mia boleh je cari dia sendiri. Selagi Lia tak jumpa jangan cakap dengan Mia" ucap Mia dalam dan dia terus menuju ke biliknya.

"Raid? Apa maksud Faiq? Raid mana?" tanya Yasmin. Zafrel melepaskan keluahan berat. Rizq pula tiba-tiba rasa menyampah dengan Yasmin, Raid sorang je ke dia risau? Aulia? Tak de pula bukak mulut sepanjang mereka mencari Aulia, yang dia cakap hanyalah 'kita doa Lia selamat ye'.

Jangan sampai Rizq doakan Yasmin selamat masuk kubur sudahlah. Nael pula mengangguk , mengiyakan soalan yang yang diajukan oleh Yasmin.

"Raid pun hilang, harapnya Raid jumpa lah Lia. Tak adalah risau sangat kalau diaorang berdua" ucap Nael.

"Tak boleh!" pantas Yasmin membantah.

"Apa yang tak boleh?" tanya Zafrel.

"M-maksudnya, tak boleh macam ni. Bahaya kalau Raid kat dalam hutan. Kalau jadi apa-apa macam mana?" ucap Yasmin. Rizq berkerut.

"Raid? Heh!"cemuh Rizq lalu dia terus berlalu pergi.

"Maksudnya Raid dengan Aulia lah. Kesian Lia, dah lah hujan. Ya Allah, selamatkan Lia dengan Raid" ucap Yasmin sambil menyentuh dadanya.

"Masuk lah rehat, semua dah penat. In Sha Allah, semua okay je tak ada apa-apa" ucap Nael lalu dia turut berlalu pergi. Zafrel, Aisy dan Faiq juga membontotinya.

"Hish! Dah pehal Raid ikut-ikut hilang ni! Sorry lah Raid, duduk lah kat situ dengan bangkai Aulia. Aku buat semua ni sebab kau , Raid. Kau kena jadi milik aku" monolog hati kecil Yasmin. Tangannya sibuk mencari telefonnya untuk menghantar pesanan pada seseorang.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now