39

53 1 0
                                    

Yasmin melihat ke arah Puan Maria yang sedang bersila di lantai. Mulutnya terkumat-kamit membaca mantra , dia terus menutup hidung apabila bau kemenyan yang kuat dengan asap itu. Gambar Aulia dipandang , seram sejuk pula tengok Puan Maria. Dia bukannya tidak tahu tentang Puan Maria yang mengamalkan ilmu sihir untuk hidup mewah. Namun begitu dia tak pernah masuk campur kerana dia juga tidak berani.

"Mak Long , Mak Long usik dia je ke? Kenapa tak bunuh terus?" tanya Yasmin.

"Budak ni susah sikit kau tengok je Aulia tu macam tu tapi dia jaga diri dia. Banyak ayat pendinding dia pakai" ucap Puan Maria. Yasmin terkebil-kebil, tidak percaya.

" Setakat usik-usik macam ni Mak Long dapat apa? Kalau Aulia tu kuat boleh lawan semua ni, bazir tenaga je" tanyanya.

"Manusia mudah lalai, tapi dia lain. Dari bapak sampai lah ke anak memang susah. Mak Long yakin satu hari nanti dia akan penat. Dia akan mengalah, siapa je boleh tahan kalau kena seksa macam ni? Kalau kau pun kau tak nak, kau fikir tak sakit muntah darah macam tu?" ucap Puan Maria.

"Macam mana kalau dia berubat? Macam mana kalau dia tahu Mak Long yang hantar benda-benda ni dekat dia? Lia tu menakutkan , tambah lagi kalau dia berdendam. Ngeri" ucap Yasmin pula.

"Dia tak akan buat apa-apa. Kalau dia berubat pun bukan dia dapat apa-apa pun. Tengku Adam, Amir, Zafrel hanya tunduk pada Mak Long. Selagi kita boleh usik kita usik" ucap Puan Maria dengan tawa.

" Kuat juga jiwa Aulia tu, dah lah mak bapak mati sebab ni lepastu 13 tahun tahan kena sihir dengan Mak Long" puji Yasmin. Puan Maria menjeling ke arah anak saudaranya yang mulut celupar itu.

"Yasmin! Jaga mulut tu! Diam, sekarang Mak Long nak hiburkan diri . Kau diam" ucap Puan Maria lalu menolak Yasmin ke tepi. Yasmin membuat muka, tak kuasa nak duduk di dalam bilik pemujaan itu lama-lama. Buatnya dia ternampak apa-apa mau pengsan di situ.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, daripada tak ada buat apa-apa lebih baik dia tidur. Istana sebesar alam ini sudah tidak mengagumkam dirinya kerana sentiasa kosong. Tengku Adam, Tengku Amir dan Zafrel jarang di rumah, kalau ada pun lepas maghrib.

~

Aulia melihat tangannya yang terketar-ketar di sinki, dia terus meletakkan cawan. Kepalanya mula berdenyut hebat. Jantungnya berdegup kencang. Mulutnya terus terkumat- kamit membaca ayat kursi di dalam hati.

"Ya Allah Lia!" tempik Puan Hani apabila dia melihat Aulia jatuh ke lantai. Hari ini mereka semua berkumpul di rumah Syed Farhan kerana mahu makan malam bersama dan sekali gus menjenguk Syed Farhan dan Puan Hana.

"Umi, kepala Lia sakit" ucap Aulia sambil memejam rapat matanya. Puan Hani bingung, dah lah hanya ada dia, Aulia dan Nia di rumah. Para jejaka masih di masjid menunaikan solat asar berjemaah. Aulia bernafas berat, keronkongnya terasa sakit dan panas.

"Ya Allah! Kenapa ni tiba-tiba je? Lia nak ubat? Sini, kita duduk depan sayang, jangan kat sini" ucap Puan Hani. Aulia masih diam mulutnya terkumat kamit dengan ayat kursi di bibirnya. Dia sudah terbatuk-batuk dan kepalanya masih tak berhenti berdenyut.

"Ya Allah, Lia! Ya Allah, kenapa ni" tersentak Puan Hani apabila Aulia jatuh buat kedua kalinya. Nafas gadis itu makin berat, bibirnya terketar-ketar. Biasanya semua ini datang mengejut dan jarang tubuhnya tidak mampu dikawal olehnya. Aulia mengelengkan kepala dengan kuat, sakit kepalanya makin lama makin kuat.

"K-kepala Lia" ucap Aulia . Membulat mata Puan Hani apabila Aulia ingin menghantukan kepalanya pada lantai.

"Astagfirullahalazim, Lia bawak mengucap. Jangan macam ni Lia" Puan Hani terus menahan kepala Aulia. Aulia terketar -ketar. Tekaknya terasa loya dan mual, air matanya jatuh ke pipi dengan mulutnya tak berhenti membaca ayat kursi dan beberapa ayat yang dihafalnya.

"Mommy? Mommy kenapa Tok Umi?" ucap Nia bingung.

"Nia—-"

"U-Umi—b-bawa-bawak N-Nia n-naik" ucapnya masih dengan terketar-ketar. Aulia menolak tangan Puan Hani.

"Tapi Lia..."

"T-tolong—-N-Nia—tak b-boleh tengok L-Lia macam ni" ucap Aulia , darah mula keluar dari mulutnya.

Uhukk uhukkk

"Ahhhhhh!!" Nia sudah terjerit ketakutan. Puan Hani terus berlari ke arah cucunya. Dia memeluk Nia yang  menangis, dia mahu menolong Aulia namun dia  mati kutu di situ.

"Nia? Kenapa jeri—-astagfirullahalazim. W-Walid! R-Raid!" tempik Faiq kuat apabila dia memasuki rumah dan dia melihat Aulia yang terketar-ketar dengan darah penuh di atas lantai.

"Tak payah lah jerit, ta—-Lia! Lia!" Raid terus berlari ke arah Aulia. Wajah pucat dan berpeluh Aulia disentuhnya tubuh isterinya itu sejuk. Matanya melihat ke arah darah hitam pekat yang dikeluarkan oleh Aulia.

"P-p—-ahhhh—pe-pergi" ucap Aulia dengan nafas yang berat, Aulia menarik-narik rambutnya beberapa kali.

" Walid! Walid , Walid isteri Aid tolong Walid ! Tolong" tempik Raid apabila Syed Farhan, Aisy, dan Rizq mula menghampiri mereka. Nael terus membawa Nia pergi , si kecil itu menangis teresak-esak. Takut melihat ibunya tiba- tiba memuntahkan darah.

"Astagfirullahalazim. Aulia, Aulia bukak mata. Istighfar Lia, Istighfar. Bukak mata, Aulia nampak Walid kan? Raid, Aulia nampak Aid kan? Lia, kuat Lia kuat" ucap Syed Farhan, anak matanya melihat ke arah taman bunga milik isterinya apabila dia melihat kelibat hitam.

"K-Kep-Kepala" Mata Aulia masih terpejam , dia hanya mampu mendengar suara dan pandangannya kabur.

"Lawan Lia, Lia lagi kuat dari dia. Walid tolong Lia, Walid ada jangan takut" ucap Syed Farhan. Tangannya terus menyentuh ubun-ubun kepala Aulia. Ruangan itu bergema dengan ayat al-quran yang dilantunkan olehnya.

" W-Wa-Walid" Air muka Syed Farhan terus bertukar, Aulia mengeleng kepalanya, makin lama makin gelap walaupun dia sudah membuka mata.

"Azan, kuat!" ucap Syed Farhan. Faiq terus melantunkan azan dengan penuh khusyuk dan penghayatan. Puan Hani memegang dadanya ,sedih melihat Aulia kesakitan begitu.

"Lia?  Walid kat sini , semua ada dengan Lia ni. Tengok elok- elok Lia" ucap Syed Farhan. lagi. Aulia masih berada di posisi yang sama. Tangisannya makin kuat , ini kali pertama dia jadi seperti ini.

"Sayang, hubby kat sini. Sayang tak nampak hubby? Rasa ni sayang, my hearbeat. I'm holding your hands, Hubby kat sini sayang, hubby ada dengan sayang" bisik Raid dengan suara yang bergetar. Dia menahan tangan Aulia yang masih terketar-ketar di dadanya.

Buhhwerkk

Rizq terkebil-kebil melihat darah yang dimuntahkan oleh Aulia. Gadis itu jatuh di dalam dakapan Raid. Syed Farhan terduduk dan dia mengelap peluhnya. Tangannya diangkat supaya Faiq berhenti. Raid melihat ke arah wajah Aulia yang penuh dengan darah itu.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now