4

74 1 0
                                    

Lamborghini Urus yang dicuri itu memecut laju membelah jalan . Tiada setitik pun air mata jatuh namun dadanya pula sudah turun naik. Puan Maria sekeluarga memang selalu buat hatinya gelegak. Mentang-mentang Aulia baru pulang dah nak buli? Apa dia fikir Aulia masih budak-budak dia nak buat semua ni?Tangannya yang terkena kaca dari tadi mengeluarkan darah membuat Aulia mengeluh dia terus menghentikan kereta di tengah jalan. Habis semua pemandu dah tekan hon apabil gadis itu berhenti secara tiba-tiba.

"Aku kan paling geram lah dengan ikan paus tu! Hish! Aku kan paling tak boleh lah dia buat lawak bodoh macam tu, heh dia fikir dia bagus?! Dasar ikan paus!" bebel Aulia lalu dia mula mencari tisu namun tiada. Bandana hitam di seat sebelah pemandu diambilnya dan dibalut tangannya itu.

"Zaf dah rabun ni, banyak sangat makan cacing" bebelnya lagi. Pemanduannya diteruskan, sejujurnya dia tiada hala tuju tapi dia tetap nak ambik angin kalau dia duduk dalam rumah confirm boleh bunuh diri jawabnya. Keluhan berat dilepaskan Aulia dengan perlahan, cermin dibuka untuk menghirup udara segar.

Hari ini merupakan hari ketiga dia di Malaysia. Dia pun masih jet lagged dan emosinya masih tak stabil. Kalau dia terus melihat muka Puan Maria rasanya sejam kemudian dia dah kena masuk penjara sebab membunuh dengan sengaja. Mata kelabu miliknya memerhati sekeliling.

"Ibu, Baba Lia rindu..."keluhnya perlahan apabila dia melihat ke arah seorang budak perempuan berpimpin tangan bersama ibu dan ayahnya. Gelak tawa si kecil itu membuatkan Aulia tersenyum kelat. Dia mengeluh buat kesekian kalinya. Inilah rasa yang tak mampu dihalang seorang Lashira Aulia, rasa rindu pada ibu dan bapanya.

Lashira Aulia, seorang pereka fesyen terkenal yang sudah mempunyai butik tersendiri. Butiknya juga sudah menjadi bualan hangat rakyat tempatan mahupun negara jiran. Aulia sudah mula membina empayar sendiri di usianya 22 tahun. Cukup sahaja umurnya 18 tahun dia mula membina nama sebagai supermodel. 4 tahun dia mencari pengalaman dan akhirnya dia berjaya membuka butik sendiri dan turut mencipta brand sendiri yang diberi nama Lashira Aulia Style (LA'S).

Dia juga bekerja sambil belajar, kini dia sudah pun mendapatkan master in business administration namun begitu dia enggan bekerja di syarikat keluarga dan lebih memilih untuk membuka empayar sendiri. LA' S sudahpun berkembang dengan pesat selama 3 tahun dan sambutannya cukup meriah. Segenap golongan kaum hawa mengilakan koleksi yang dikeluarkan Aulia.

Jika dilihat sekilas tanpa didalami semua gadis ingin menjadi seperti Aulia. Dah lah cantik, bijak, kreatif, berjaya, bekerjaya dan kaya raya. Namun begitu, bekas supermodel terkenal itu menyimpan 1001 luka di dalam hatinya. Gadis itu kerap tersenyum namun hanya senyuman palsu tergaris di bibirnya, makin lebar senyuman Aulia makin perit deritanya.

Perwatakan gadis itu cukup biadap bagi mereka yang tak mengenalinya. Aulia sejenis tak kesah dekat perasaan orang lain kalau dia nak cakap dia cakap je. Dia bukan apa jujur, tak nak hipokrit macam sesetengah manusia. Oleh sebab itu, dia langsung tak ada kawan. Dia pun tak minat nak berkawan kecuali bab business. Walaupun dia tak ada kawan , kenalannya cukup banyak tak lupa juga dengan kaum adam yang mengejarnya.

Di usia Leia 13 tahun sudah ada yang sibuk mencari Tengku Adam untuk menanda Aulia masakan gadis ini sudah 25 tahun memang banyak juga lamaran yang Aulia tolak dia bukan apa, dia macam tak ada rasa pun nak bina masjid semua lelaki yang nakkan dia hanya terlarut dengan kecantikannya dan tubuhnya semua kerana nafsu.

Di saat dia membina semangat dan nama , sepupunya Mia dan ibu serta bapa saudaranya sahaja yang yang sentiasa ada dengannya. Puas Aulia menolak kehangatan mereka tapi mereka tidak puas mencurahkan kasih sayang pada Aulia. Syed Malik merupakan seorang ahli tentera udara yang sudah pencen menjadi ayah untuk Aulia dan Tengku Auni pula menjadi ibu untuknya. Mia pula menemani Aulia seperti adiknya , kiranya tak adalah sunyi sangat.

Dari dia kecil lagi Puan Maria tak menyukainya, kalau tak silap dia , Mia dan Zafrel cukup rapat suatu ketika dulu tapi bila Aulia berumur 5 tahun mereka mula rengang dan ini semua kerana Puan Maria. Dia memisahkan mereka bertiga , entah apa yang dia buat sampai Zafrel cukup membencikan Aulia. Namun begitu, Aulia dah terbiasa dengan Puan Maria dan kejadian sebentar tadi dah lazim dengannya.

Kena marah , kena tengking tanpa buat apa-apa salah tu tak menjadi hal pelik baginya. Dia dah melatih hatinya menjadi keras supaya tak dipijak oleh orang yang ingin melihat diri dia hancur. Apa sahaja yang dilakukannya tak akan elok di mata keluarganya, kadang kala dia hanya harapkan dia turut mati seperti ibu bapanya. Penat dengan permainan dunia yang tak sudah. Buat apa hidup kalau tak ada orang sayang namun dia cepat-cepat beristighfar bila asyik terfikir nak bunuh diri. Tak boleh nanti jadi hantu lepastu tak jumpa ibu dengan baba. No way!

Telefon yang berdering mematikan lamunanya, haih tengah memandu pun boleh mengelamun. Aulia mengelengkan kepalanya , kalau accident kang patah gigi. Panggilan itu diangkat dan dia menekan butang speker lalu telefonnya diletakkan di atas riba. Suara Mia membuatkan dia mengeluh.

Mia: Lili...

Aulia: Hm?

Mia: Aku tak akan tanya kau ok atau tak, aku just nak cakap yang kau sedar tak kau drive kereta Nael?

Aulia: Aku hampir lupa—dah ingat....

Mia: Whatever, kita jumpa dekat rumah Umi, kau terus balik sana. Tak payah nak melencong sekarang dah nak senja. Aku , Umi dengan Abi dah on the way.

Aulia: Hm, Opa?

Mia: Okay je, mamat berlima tu pun dah balik. Tak pe lah, jumpa kat rumah

Aulia: Ok

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now