44

59 1 0
                                    

Raid melabuhkan pungungnya di atas katil dan belakang tubuhnya bersandar di kepala katil itu. Telefonnya terus dicapai dan dia terus menelefon sang pujaan hatinya. Entah dah tidur ke belum lagi. Kalau tak silapnya di Malaysia sudah malam. Rambutnya dibetulkan dan matanya terus beralih pada skrin telefonnya.

"Daddy! Hi!" senyuman di bibir terukir apabila video call itu diangkat oleh Nia. Si kecil itu sudah berbaju tidur dan di atas katil.

"Assalamualaikum,baby girl" ucapnya dengan senyuman.

"Waalaikumusalam,daddy. Daddy baru habis kerja ke?"  soal Nia. Matanya yang bulat itu melihat ke arah ayahnya.

"Ha'ah , baby girl. Buat apa tu? Mommy mana?" tanya Raid. Dia langsung tak mendengar suara isterinya itu.

"Mommy dah sleep, sekarang dah pukul 11:00 pm. Kat sana?" tanya Nia.

"Kat sini 4:00 pm. Mommy sleep dekat mana?" tanyanya.

"Ni, kat sini. Nia dah suruh mommy bangun tapi mommy cakap nanti. Mommy tak sihat, tadi aunty Nia ajak mommy makan tapi mommy tak nak" ucap Nia sambil mendekati Aulia yang tertidur di atas sejadah itu.

Raid terdiam seketika, senyuman nipis tergaris di bibir jejaka itu. Makin rindu pula, Aulia tertidur di atas sejadah dan telekungnya masih dipakainya. Mata Raid melirik pada tasbih di tangan Aulia. Ini lah yang antara satu dari 1000 hal yang dia bangga dengan Aulia. Jujur dia katakan Aulia mungkin tidak menutup aurat dengan sempurna tapi gadis itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat islam. Zikir, mengaji, solat sunat, semuanya Aulia tahu.

"Mommy tak sihat macam mana tu? Mommy demam ke?" tanya Raid khuatir.

"Tak, Nia dah sentuh dah. Mommy cakap dia sakit kepala tadi" balas Nia lalu turut berbaring di sejadah itu . Telefon diangakt sedikit untuk menampakkan Aulia yang tertidur itu. Raid melepaskan keluhan, seminggu dua ni Aulia kerja tanpa henti. Jadualnya sentiasa penuh, sesibuk mana gadis itu dia akan pastikan sebelum maghrib dia akan sampai di rumah. Raid pula faham dengan kesibukkan isterinya itu.

"Nia dah makan belum?" tanya Raid pula.

"Dah, tadi mommy dah masak untuk Nia. Daddy nak balik bila? I miss u daddy, daddy balik cepat lah kesian dekat mommy tak sihat" ucap Nia. Raid tersenyum, halahai si penghibur hati yang satu ni comel sangat.

Nak Balik Jumpa Anak Bini Wey!

"Lepas daddy siapkan urusan daddy dekat sini , daddy balik jaga Nia, jaga mommy. Tapi boleh tak Nia kejutkan mommy kejap, Nia ajak mommy tidur atas katil. Tidur kat bawah nanti sakit badan" ucap Raid. Nia mengangguk.

"Mommy...mommy...wake up. Mommy, wake up" ucap Nia lalu dikucup dahi dan pipi Aulia. Telefon diletakkan di bawah, susah nak kejut Aulia lagi nak cakap dengan Raid lagi. Ish, pening ah!

Raid yang hanya mampu mendengar dan dia hanya boleh lihat ceiling berwarna putih itu. Senyuman di bibirnya masih tak hilang. Dia dah boleh bayang macam mana Nia mengejutkan Aulia.

"Hmm? Kenapa Nia? Nia okay?" tanya Aulia mamai, dia menyentuh lembut pelipisnya. Tiba-tiba pula sakit kepala.

"Okay, daddy cakap tidur atas katil. Nanti mommy sakit belakang" celoteh Nia. Aulia berkerut.

"Daddy? Daddy cakap bila?" tanya Aulia mamai. Dia terus membetulkan posisinya. Nia menghulurkan telefon pada Aulia. Aulia melihat ke arah Raid yang sedang tersenyum itu. Sejak bila lah dua beranak ni video call.

"Hubby..." ucap Aulia. Raid melihat ke arah wajah mamai Aulia. Isterinya itu pakai makeup pun cantik tak pakai makeup pun cantik , tidur pun cantik, senyum pun cantik, gelak pun cantik, nangis pun cantik semuanya tentang Aulia selalu menawan hatinya.

" Apa masalahnya tidur kat bawah? Katil sebesar alam ada nak jugak tidur kat bawah. Ni satu lagi apahal tak makan ni? Diet?" bebel Raid. Aulia menepuk dahinya, suaminya dah bertukar jadi makcik-makcik ke macam mana ni.

"Apa bebel panjang ni? I tertidur lepas isyak tadi" jawab Aulia ringkas.

"Kau kenapa? Tak sihat? Haih, siapa izinkan kau sakit hah? Time aku fly jauh pulak tu. Kau sakit apa?" tanya Raid. Aulia melihat ke arah Nia yang sedang tersenyum itu, ni mesti Nia yang mengadu. Aulia pula bukan sejenis manja nak cakap kalau sakit itu sakit ini. Dah biasa sendiri.

"Tak teruk pun lah,pening kepala, sakit badan sikit je. Tak payah risau lah , I okay je" ucap Aulia lalu dia membuka telekung solatnya. Belum sempat Raid membuka mulut, Nia dah terjerit-jerit.

"Mommy!" tempik Nia apabila Aulia terus berlari ke tandas. Raid terus berdiri, kalau macam ni makin tak betah dia di sini.

"Nia? Nia? Kenapa dengan mommy? Lia? Lia?" panggilnya. Skrin dia dah jadi gelap gelita kerana Aulia jatuhkan ke lantai. Nia pula membontoti Aulia, Aulia pula muntah di sinki. Tekaknya terasa mual dan loya. Mulutnya dibasuh dan dilap. Nia memandangnya dengan mata yang berair melihat Aulia.

"Sayang, hey. Jangan macam ni, mommy okay je lah. Perut mommy masuk angin je. Jangan takut" pujuk Aulia, dia tahu Nia trauma dengan tragedi dia muntah darah tempoh hari. Tubuhnya pula terasa penat setelah muntah.

"Nia panggil aunty Mia okay?" tawar Nia. Aulia mengeleng dengan senyuman.

"It's okay sayang, tak apa. Mommy okay, Nia tolong mommy ambikkan phone boleh?" ucap Aulia. Nia terus mengangguk dan Aulia terus duduk di hadapan bilik air. Tubuhnya disandarkan di dinding.

"Lia? Aulia?" panggil Raid. Puas dia memangil Nia dan Aulia namun tak ada sorang pun tang menjawab. Aulia terus menghalakan wajahnya ke arah skrin.

"Lia? Kenapa? Kau kenapa? Kau muntah? Kau muntah apa? Kau muntah darah ke?" tanya Raid panik. Aulia terus mengeleng. Raid sudah berdebar, paling tak boleh tengok Aulia muntah darah.

"Tak lah. Relax, I tak muntah darah pun. I masuk angin je ni. Tak ada apa lah, I okay je" ucapnya. Raid bercekak pingang. Tangan kananya masih memegang telefon.

"Aku balik sekarang, pagi besok kita pergi hospital" ucap Raid. Kalau begini, tak tenang hidupnya di sini.

"Raid, i'm okay. Don't worry, Mia ada lah nanti Mia check. I just masuk angin je, makan lambat. U tak payah lah risau, siapkan kerja u lepastu balik. Kalau U tiba-tiba muncul I nak merajuk eh. I okay je, dah tak payah risau. I nak tidur kesian Nia. Take care hubby, Assalamualaikum" ucap Aulia dengan senyuman lalu dia terus menekan tombol merah.

Raid melepaskan keluhan berat apabila panggilan itu dah dimatikan oleh Aulia. Yang Raid geram ialah Aulia sejenis tak cakap apa-apa. Isterinya itu paling tak suka susahkan orang lain. Langkahnya terus diatur keluar dari bilik dia harus menyelesaikan kerjanya dan bergegas pulang ke Malaysia.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now