41

61 1 1
                                    

"Sejak bila lagi? Sejak bila lagi kau macam ni?" tanya Raid ingin tahu. Aulia mengelap air matanya.

"13 tahun? Tak selalu dan hal macam semalam tak pernah pun jadi sebelum ni. Biasanya I muntah darah, sakit kepala, dengar benda-benda pelik, demam panas. Tu je, semalam tu first time I tak nampak apa-apa" ucap Aulia.

Raid meraup wajahnya , 13 tahun isterinya menderita. Raid tak pernah menyangka Aulia yang tough, suka menjawab, berani, dan sebagainya menghadapi ujian seperti ini. Dia tak pernah jumpa wanita setabah Aulia. Gadis itu tetap ceria walaupun hidupnya terseksa.

"I'm sorry" ucap Raid. Dia mati kata. Aulia tersenyum dan mengelengkan kepalanya.

"U tak salah pun, semua ni tak ada kena mengena dengan u pun. I yang salah sebab bawa u masuk dalam masalah I" ucap Aulia sambil mengusap pipi Raid. Raid menutup matanya , dinikmati sentuhan hangat isterinya itu.

"Kau tak salah, ni takdir kita Lia. Jalan kita macam ni Lia, setiap sakit pasti ada ubatnya. Aku dah tak nak kau sakit lagi. Cukup lah 13 tahun orang aniaya isteri aku, aku dah tak boleh biarkan lagi Lia. Aku cintakan kau, aku sayang sangat dekat. Kau isteri aku, kau separuh jiwa aku, kalau kau lemah aku pun lemah. Kau kekuatan aku Lia, aku nak kau sihat. Aku perlukan kau, Nia perlukan mommy dia. Kita berubat ye? Aku tak nak kehilangan kau Lia, aku takut" ucap Raid ,dahinya disatukan dengan dahi Aulia.

"I cintakan u Raid , I tak nak kehilangan u. I takut Raid, I takut kalau I kehilangan u I dah tak boleh bangun lagi. I tak nak apa-apa dari u selain cinta, kasih sayang dan perhatian dari u. Janji dengan I, janji yang u tak akan tinggalkan I. Izinkan hati I terus tinggal dalam hati u sampai ke akhir hayat kita. Hati I hanya untuk u, cinta I hanya untuk u. I nak hidup bahagia dengan u, I nak jadi orang yang pertama dan terakhir yang pegang kunci pintu hati u. I tau macam selfish , that's the truths you're mine always mine" ucap Aulia dengan air matanya. Sekali-kali, bibirnya berlanggar dengan bibir Raid. Raid tersenyum.

"Our marriage is our sacred bond – one that symbolizes love, hope, and the strength to overcome any obstacles. Although I may not have the right words to express you how I feel about you and how blessed I am that you came into my life. I just want to let you know that I love you with everything I've got and can't imagine a life without you. No matter how many challenges come in my life, I will face them without difficulty if I have your support. I am taken by the most beautiful woman in my life. I Love you, my queen" balas Raid. Aulia mengusap lembut air matanya yang jatuh di pipi Raid.

"Kita berubat ye? In Sha Allah, Walid boleh tolong kita" ucap Raid lagi. Aulia melihat ke arah Raid dan dia terus mengangguk. Kalau itu yang terbaik , dia sanggup.

Raid menjaga Aulia tanpa meninggalkan isterinya itu di sisi   Aulia juga sudah menceritakan segalanya pada mereka semua. Semua naik hantu bila mendengar cerita Aulia, mereka simpati pada Aulia namun tidak ditunjukkan kerana gadis seperti Aulia paling pantang kalau dipandang rendah.

"Mommy" suara Nia membuatkan Aulia tersenyum lebar. Si kecil itu didukung oleh Ridz. Nia tercebik-cebik melihat ke arah Aulia. Aulia memeluknya dan memegang dagunya.

"Eip, kenapa ni huh?" tanya Aulia, setelah solat maghrib sebentar tadi Nia sudah tertidur sekarang dah bangun.

"Nia nak tidur dengan mommy" ucap Nia dengan muka yang menahan daripada menangis. Mereka tertawa dengan telatah Nia yang sangat manja itu.

"Nia, malam ni tak boleh" ucap Faiq lembut.

"Kenapa? Tak nak! Nia nak dengan mommy" ucap Nia dengan air mata. Faiq hanya mengeluh, anak oo anak.

"Tak pe kan Walid? Kejap je, Nia mudah je tidur. Bagi Lia 10 minit. Dia pun tengah mamai ni" ucap Aulia. Syed Farhan mengangguk, mereka ingin menyiapkan kerja mereka pada malam ini juga.

"Jom, daddy temankan" ucap Raid lalu dia mendukung Nia masuk ke bilik dia dan Aulia. Aulia membontoti Raid dari belakang. Rizq tersenyum senang melihat kemesraan Raid san Aulia.  Walaupun dia rasa stress bila Aulia memanggil dia dengan nama Aariz tapi dia tetap sayang pada kakak iparnya itu.

"Rapat sangat Nia dengan Aulia macam Aulia yang dah mengandungkan dia , beranak kan dia. Tak kekok langsung macam dah lama kenal" ucap Puan Hani tersenyum.

" Lia pandai ambik hati Nia, dia pun ikhlaskan sayang Nia macam anak sendiri itulah hasilnya, tak boleh langsung nak berengang" ucap Syed Farhan, dia juga senang dengan Aulia yang ikhlas dengan anak dan cucunya.

Beberapa minit kemudian Aulia dan Raid keluar dari bilik mereka. Puan Hani pula menjaga Nia di bilik, walaupun dah biasa menyaksikan suaminya berubat dia tetap tak berani. Hanya jejaka berlima itu yang ditinggal bersama Syed Farhan dan Aulia. Aulia memerhati bilik yang telah dijadikan tempat solat itu.

"Seramnya" ucap Aulia jujur. Syed Farhan tertawa kecil. Rizq, Aisy , Faiq , Nael dan Raid turut tertawa.

"Banyak cakap pulak, nak sihat ke tak nak?" ucap Raid.

"Payah dapat suami mood swing ni ,Walid . Hubby period ke?" ucap Aulia bersahaja. Aisy, Faiq dan Rizq sudah ketawa berdekah-dekah. Hilang habis mood serious mereka. Syed Farhan mengelengkan kepalanya, Aulia ni boleh lagi buat lawak.

"First day tu" tambah Rizq. Aulia menutup mulutnya dengan tangannya. Raid menjeling ke arah Rizq.

"Dah, kita mulakan. Raid, pegang baldi ni Faiq tarik dari ibu jari kaki" ucap Syed Farhan.

"Jap! Apasal , Aid pegang baldi? Faiq tu buat apa? Ni bini Aid lah Walid" ucap Raid pula. Rizq terkebil-kebil dasar gila, sempat lagi buat iklan.

"Ini lah masalahnya, Aid tak biasa lagi nak buat apa yang Faiq buat. Kalau masuk dekat Raid jenuh Walid nak tolong orang nak ajar tak nak, bila kena dekat isteri sendiri baru tau. Pegang je baldi tu, Faiq tarik" ucap Syed Farhan, Aulia tersenyum apabila Raid dibebel.

"Walid tahu Lia takut tapi semua ni untuk Lia ye, jangan takut , kita ada Allah. Manusia atau syaitan semuanya Allah cipta. Lia lebih kuat dari dia. Walid ada dekat sini, semua ada dengan Lia. Apa yang Lia rasa, apa yang Lia nampak cakap je" ucap Syed Farhan dengan senyuman. Aulia mengangguk, tangannya memegang erat Raid.

Bismilahiramanirahim....

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now