35

63 2 4
                                    

Raid menutup pintu bilik air sambil mengurut lehernya yang masih sakit. Dia pun hampir lupa dengan lehernya masa mandi tadi baru terasa. Keningnya berkerut apabila melihat Aulia sedang cemberut di hadapan cermin solek.

"Pehal? Bedak dah habis ke sebab tu muncung sedepa? Dari tadi tenung cermin tu kalau makin cantik tak apa lah ni tak ada beza pun" ucap Raid.

"Hamboi u ni ka—-Raid! Asal tak pakai baju! Malu lah!" marah Aulia sambil memutup matanya. Raid membuat muka menyampah.

"Kau ni bajet innocent kan? Dah berapa banyak body model lelaki kau usha? Dari kau hadap yang tak halal tu baik kau usha body laki kau sendiri. Tak dosa, pehal dari tadi dekat sini?" tanya Raid lagi.

Aulia membuka matanya, badan Raid memang well builds bak kata orang putehs. Tak main lah 6 packs ni bro, 8 packs duh. Kau Hado? Dengan kulitnya yang tak terlampau cerah dan gelap menambahkan gaya maskulin pada jejaka itu. Si Raid ni satu, betul lah apa yang Raid cakap Aulia dah biasa tapi bezanya tu model dan di depannya suami.

"Tengok muka I , sembab" adunya.

"Salah siapa? Siapa yang nangis dalam tidur huh? Kau ni jarang nangis tapi kalau dah nangis memang susah sangat nak berhenti" ucap Raid. Bingung dengan isterinya dalam tidur pun boleh nangis, puas dia memujuk dan dipeluk si isterinya sehingga dia sendiri tertidur.

"Dah nak buat macam mana, nasib lah" ucap Aulia lagi. Dia mula menempelkan concealers di bawah matanya, Dia tidak mahu Syed Farhan , Puan Hani mahupun Rizq dan yang lainnya melihat wajahnya yang sembab. Tak mahu mereka susah hati.

"Anyway, kita balik rumah kita eh harini. Rumah tu bukan kita je ada. Dari kecik sampai sekarang aku stay satu rumah dengan Rizq , Aisy, Nael termasuk Faiq. Kalau kau rasa tak boleh atau tak selesa, kita boleh pindah rumah lain" ucap Raid sambil berdiri di belakang Aulia.

"I don't mind at all, dah 20 tahun duduk sendiri nak juga try benda baru. Aid, I don't care who you are, how much money you have . Selagi u ada dengan I , I tak kisah kita duduk kat mana-mana pun. Buat apa duduk rumah yang besar macam istana tapi tak bahagia kan?" ucap Aulia.

"Good girl" ucap Raid lalu dia terus mengucup lama ubun- ubun rambut Aulia. Kening Raid berkerut lalu dia terus menyentuh lehernya. Aulia terus berpaling ke arah Raid.

"Kenapa? Sini nak tengok" ucap Aulia lalu dia terus berdiri dan memaksa Raid duduk di kerusi. Raid tertawa kecil, dia belum sempat cakap apa-apa lagi.

"Sakit ke? U kena pukul kat sini kan? I lupa" ucap Aulia sambil membelek leher Raid. Lebam biru itu disentuhnya dengan lembut. Tangannya terus mengurut lembut batang tengkuk Raid. Raid memejam matanya, fuh nikmat.

"Sedap" jawab Raid.

"Hish! Orang cakap betul-betul ni!" marah Aulia.

"Eh dia ni , gigit kang. Sedap lah , kau urut sedap. Sakit tu memang lah sakit. Kau fikir aku kebal?" sembur Raid.

"U ni kan kalau tak banyak cakap pun menyakitkan hati , bercakap pun menyakitkan hati. Patutlah Aariz jadi macam tu, penyakit genetik rupanya" balas Aulia.

" Tak baik menyakitkan hati suami" ucap Raid.

"Tak baik buat isteri sakit hati dengan suami" balas Aulia.

"Dia ni, kau memang nak cari penyakit kan? Asal suka sangat menjawab huh? Mulut ni laju ke" ucap Raid lalu dia terus menarik Aulia duduk di pahanya , pipi Aulia digomol dan mulut Aulia ditarik . Aulia tertawa dan menolak mulut Raid yang sedang memburu pipinya.

"Daddy! Mommy!" Suara Nia yang membuka pintu dari luar mengejutkan Aulia dan Raid. Raid terus menolak Aulia dan Aulia menolak Raid sehingga mereka duduk di bawah. Raid terus berkedudukan seperti menekan tubi manakala Aulia menepuk lantai tanpa sebab.

" Baby girl" ucap mereka serentak. Nia tertawa dan dia terus menghampiri Aulia dan melihat ke arah Aulia dan Raid. Raid tersenyum ke arah Nia.

"Daddy buat apa? Mommy buat apa?" tanya Nia polos.

"D-daddy tengah workout ni hah, tengah push ups. Mommy— dia—"

"Mommy tolong kira untuk daddy. Ada apa baby girl? Did u sleep well?" pintas Aulia.

"Ahhh! Yes! Mommy dengan daddy tidur sini ke semalam tak pe mommy tidur dengan daddy? Biasanya kalau Nia ajak mommy tidur dekat rumah mommy cakap tak boleh ni sekarang kenapa?" tanya Nia.

"Dulu tak boleh lah, sekarang dah boleh. Semua boleh, kan mommy?" seloroh Raid dengan senyuman nakal.

"Kita turun jom? Tok Umi ada kat dapur ke?" ucap Aulia menukar topik. Nia mengangguk, Raid tersenyum apabila Aulia tidak mengendahkannya. Rambut Aulia yang panjang itu ditariknya perlahan.

"Aid! Jangan nak gatal, pakai baju cepat. Jom, Nia kita turun. Jangan layan daddy ni, dia miang" ucap Aulia lalu dia menarik lembut tangan Nia.

"Miaw? Miaw apa mommy?" tanya Nia. Dia masih berceloteh panjang. Aulia pula sudah menutup pintu dan Raid sudah terbaring di atas lantai. Senyuman di bibirnya terukir. Keningnya bertaut apabila dia mula perasan yang telefonnya tiada dengannya dari semalam lagi. Aulia ke yang simpan? Lupa lah! Kejap lagi tanya kat Aulia je lah.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now