30

58 1 0
                                    

Tudung yang dipakai Yasmin ditarik-tarik hujungnya. Dia menjeling ke arah Puan Maria yang sedang berurut itu. Dia mahu mengadu pada ibu saudaranya tentang Raid alih-alih dia diajak ke spa. Puan Maria melihat ke arah Yasmin yang sudah cemberut di situ.

"Elok sangat lah tu muncung sedepa" tegur Puan Maria.

"Mak Long lah! Min dah cakap kan? Min nak mengadu pasal Raid bawak Min pergi spa ni buat apa? Ingat Min ni babu Mak Long nak ke hulu hilir dengan Mak Long?" ucap Yasmin jujur.

"Yasmin, bercakap tu elok sikit eh. Orang yang Yasmin tengok ni lah yang akan ubah kehidupan golongan marhaen macam Yasmin tau. Yasmin tu baik sangat, setakat tolak apa je dia tu dapat. Lain kali extreme lah sikit, benda yang berbisa ni kena pukul sampai mampus. Tak boleh pukul sipi-sipi je" ucap Puan Maria lagi.

" Cakap senang lah , yang hadap bukan Mak Long!" dengus Yasmin.

"Mak Long nak ajar guna cara lain tak nak. Nak juga kotor tangan. Kalau ikut cara Mak Long kan senang, tangan Min bersih je" ucap Puan Maria.Tangannya bergerak menghalau tukang urut itu.

"Mak Long ingat Min ni macam Mak Long? Ni zaman moden lah Mak Long, tak ada dah main ilmu hitam yang Mak Long amal tu" sembur Yasmin.

"Yasmin! Shh! Mulut tu besar sangat kenapa?! Betul lah apa Mak Long cakap? Min tu tak pandai lagi, Min tak nampak ke ilmu tu menjadi? Min nak macam mana , nak dia suka Min, nak bunuh orang kita benci, semua boleh" ucap Puan Maria dengan senyuman.

"Itu yang membezakan Min dengan Mak Long. Min nak Raid cintakan Min dengan sepenuh hati dengan otak dia betul. Bukan miliki dia dengan bantuan benda-benda tu. Silap hari bulan makan tuan, tak nak lah Min" ucap Yasmin selamba. Puan Maria tersenyum senget.

"Tapi yang samanya , Yasmin nak sesuatu milik orang kan? Kita sama je Min, bezanya cara dan taktik kita je" ucap Puan Maria sambil menyentuh wajah Yasmin.

"Mak Long ni dah buat macam-macam nak tutup perbuatan terkutuk Min, jadi jangan buat hal. Dah kalau Min nak kat Raid tu usaha lah harapkan Mak Long je buat apa" tambah Puan Maria.

"Masalahnya si Raid tu macam tak berminat pun dekat Min , Mak Long jugak cakap kalau pakai tudung, pakai baju macam ni dia suka tapi tak pun. Kalau Min tahu dia tak kesah pasala pemakaian tak ada maknanya nak pakai, panas tau tak!" adu Yasmin.

"Habistu Raid tu berkenan dekat siapa? Mia? Aulia?" tanya Puan Maria.

"Aulia lah! Siapa lagi! Kenapa Raid tu boleh layan Mia macam adik beradik, Lia macam teman istimewa tapi Min ni macam babu! Menyampah lah! Adik dia tu si Ridz , tak pernah nak cakap elok-elok dengan Min" ucap Yasmin.

"Nak dua-dua mati ke? Rizq tu perangai dia hampir sama dengan Aulia. Biadap tak bertempat, mulut tu main sembur je , budak tu pun banyak kali sakitkan hati Mak Long" luah Puan Maria. Yasmin mengangguk, Rizq tu harap je muka elok tapi mulut macam longkang!

"Macam ni, Mak Long ada plan baik untuk Yasmin. Dah kalau Yasmin tak nak guna cara Mak Long guna lah cara ni" ucap Puan Maria lalu dia mula membisikkan sesuatu pada Yasmin. Yasmin tersenyum dan mengangguk.

"Pandainya Mak Long Min ni! Sayang Mak Long, nanti bila Min jadi isteri Raid . Min akan bagi apa je Mak Long nak sebab bila dah kahwin dengan Raid automatik I will be the Queen! Tak sabarnya nak hidup mewah!" ucap Yasmin lalu dia memeluk Puan Maria.

"Kalau nak rasa hidup mewah cepat, kerja pun kena cepat. Lepasni Mak Long bagi dekat Min. Sekarang jom kita manjakan diri, esok lusa kan nak jadi pengantin kena lah manjakan diri untuk suami" ucap Puan Maria.

"Jom! Jom! Min nak mata Raid tu terbeliak tengok tubuh Min, apa dia ingat tubuh Aulia sorang je ke cantik? Sebab baju-baju besar ni je badan Min terlindung" ucap Yasmin.

"Jom!Jom! Jom!" ucap Puan Maria, mereka berdua sudah terlompat-lompat bahagia. Yasmin pula mula membayang dirinya menjadi kaya raya dan berdamping dengan Raid yang tampan itu. Mereka berdua sangatlah sepadan.

" Antagonist boleh jadi protagonists dan protagonist boleh jadi antagonist. I'm her forever Queen!" gumam hati kecil Yasmin. Tak sabar ingin membina masjid bersama Raid.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now