15

57 2 0
                                    

Aulia mendekati Nia yang sedang berguling di atas katil miliknya itu. Seusai makan mereka terus masuk ke dalam bilik memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Harini sudah masuk 2 hari Aulia menjaga Nia dan jujur dia katakan kalau boleh dia tak nak Raid ambik Nia dia mahu Nia duduk dengan dia selama-lamanya.

Boleh ke macam tu? Ehek!

"Baby girl" ucapnya, dah melekat pula panggilan itu pada Nia. Nia tersengih menampakkan sebaris gigi susunya itu dan mata Nia melekat pada Aulia. Si kecil itu tertawa apabila Aulia mengomol pipi tembamnya. Geram!

"Lukis apa?" tanya Aulia , habis segala pencil warna bersepah di atas katil. Dia sedikit pun tak terganggu, dia juga begitu suka sangat buat sepah.

"Ni hah, Nia lukis daddy , Nia , aunty Lia, aunty Mia pun ni Papa Rizq , Uncle Nael , Uncle Aisy ni Uncle Faiq" ucap Nia sambil menunjukkan lukisannya pada Aulia. Aulia dah tertawa melihat lukisan si kecil itu.

"Cantik sangat ,baby girl" puji Aulia dengan senyuman.

"Aunty pun cantik! Kat school kan, kawan-kawan Nia selalu ejek Nia. Diorang cakap Nia tak ada mak, biasanya papa atau daddy takpun uncle-uncle yang ambik Nia kat sana. Nia geram je dengan diorang tapi Nia tak nak daddy tahu nanti daddy marah. Daddy tak suka Nia buat perangai. Nia pun nak mommy, barulah kawan-kawan tak ejek Nia" gumam Nia selamba sambil tangannya sibuk mewarna.

"Kawan-kawan Nia buat apa je dekat Nia?" tanya Aulia.

"Dia tolak Nia, cakap Nia tak cantik. Ejek Nia macam- macam lah! Heh! Papa cakap dia cantik okay? Daddy cakap Nia princess. Tapi diorang tak buat pun macamtu bila cikgu ada. Nia nak mengadu kat cikgu tapi cikgu tak nak layan" tambah Nia lagi. Aulia melepaskan keluhan.

"Kalau Nia nak, aunty boleh jadi mommy Nia. Nia boleh cakap dekat kawan-kawan Nia yang dia ada Mommy. Nanti Mommy selalu jenguk Nia okay? Mommy boleh je hantar Nia pergi tempat nursery. Tapi Nia janji dengan mommy, Nia jangan nakal-nakal tau. Nia jangan takut Nia tak sendirian, mommy ada daddy ada semua ada untuk Nia and kalau ada orang buat salah Nia jangan takut untuk cakap."

"Kalau Nia salah, Nia harus dihukum tapi tak bermakna Nia dibenci. Semua tu untuk Nia juga, kalau apa-apa jadi Nia jujur dengan mommy boleh tak boleh? Mommy tak nak Nia tipu mommy, ok?" ucap Aulia sambil melihat ke arah Nia yang sedang melihat ke arahnya.

"Mommy? Boleh Nia panggil macam tu? Yeay! Nia dah ada mommy! Yeay! Yeay! Yeay!" tempik Nia bahagia dia terus memeluk leher Aulia. Pipi Aulia dikucup, Aulia pula tertawa dan membalas pelukan gadis itu. Kalau Raid tahu ni macam mana? Kalau Raid fikir Aulia nak ngorat dia ke apa ke macam mana? Hadeh! Kesah lak!

"Boleh lah, sekarang ni simpan semua ni lepastu kita tidur. Besok kita jumpa Atok kejap lepastu kita pergi grocery shopping!" ucap Aulia dengan senyuman lebar. Dia dah janji dengan Nia nak buat kek sama-sama.

Nia terus mengangguk dan menyimpan segala peralatan dan bersedia untuk tidur. Dia terus memeluk Aulia dan mata gadis itu melihat ke arah Aulia. Tanpa banyak cakap Aulia tersenyum dia dah faham. Sejak Nia tinggal dengan dia sebelum tidur mesti didodoikan Nia. Tangannya sibuk bermain dengan kening Nia dan mulutnya mula berzikir.

~

Tengku Adam tersenyum sambil melihat ke arah Nia yang sedang bermain sendiri di atas sofa itu. Si kecil itu masih sibuk dengan anak patung miliknya. Aulia pula sedang memeriksa beberapa dokumen Empire Holdings iaitu syarikat keluarganya yang berada di bawah naungan Tengku Adam dan dibantu oleh Tengku Amir serta Zafrel.

"Boleh pulak dia duduk dengan Lia kan? Tak cari daddy dia ke?" ucap Tengku Adam dengan senyuman.

"Okay je tu dengan Lia, Raid busy kat Amerika. Lia ni busy jugak tapi tak adalah busy macam Raid, tak ada masalah pun kalau Lia jaga Nia. Bukan banyak ragam pun. Dia dah lupa dekat daddy dia kalau dengan Lia" ucap Aulia dengan senyuman.

"Mommy, Nia nak pee" ucap Nia. Tengku Adam hanya memerhati. Mommy?

"Mommy temankan?" tawar Aulia.

"Tak pe! Mommy buat lah kerja, nanti Nia tanya kakak kat dapur" ucap Nia pula.

" Be careful baby girl, jangan lari- lari" pesan Aulia. Nia mengangguk dan berlalu pergi.

"Mommy? Ni clue untuk tok papa ke apa? Lia dengan Raid ada apa-apa ke?" usik Tengku Adam.

"Apa? Raid dengan Lia tak ada apa-apa. Nak cakap kawan pun tak kitaorang just kenal satu sama lain jauh lagi nak jalinkan hubungan apa-apa. Opa tak payah merepek lah, kalau Raid tu ada awek kang tak selesa dah Raid kat situ" balas Aulia, matanya masih melekat pada ipadnya.

"Apa salahnya kalau Lia dengan Raid ada apa-apa , tak salah pun kan? Anak dia suka Lia, Lia pun suka anak dia, Rizq dengan yang lain-lain okay je tak ada masalah. Kalau Lia setuju tok papa tak kesah nak tanyakan Raid pasal hal ni" ucap Tengku Adam.

"Opa ni tak payah mengarut, Lia boleh cari jodoh sendiri. Opa, walaupun sekarang ni zaman moden tak adanya orang perempuan meminang orang lelaki. Lia bukan desperate pun plus Lia kalau tak kahwin pun tak pe, Lia tak kisah" ucap Aulia tenang.

"Habistu dibuatnya tok papa mati? Siapa nak jaga Lia?" balas Tengku Adam.

"Kalau Opa risaukan Lia, jangan mati. Biar Lia mati dulu" balasnya selamba tapi berbaur tegas. Tengku Adam tertawa jawapan Aulia tak pernah berubah.

Baru sahaja Tengku Adam ingin membalas suara tangisan Nia kedengaran sayup-sayup. Aulia berkerut apabila dia mendengar Nia memanggilnya. Dia terus berlari ke arah Nia yang berada di dapur, dia melirik ke arah 3 orang bibik yang sedang berkumpul di hadapan tandas.

"Nia? Apa benda korang berkumpul ni?" tanya Aulia.

"Mo—mm—mmy hikkss—mommy s-sakit" membulat mata Aulia apabila dia melihat Nia sudah didukung oleh seorang bibik. Baju Nia sudah basah lecun dan tangisan si kecil itu masih tidak berhenti. Aulia terus mendukung Nia yang masih menangis tersedu sedan itu.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now