23

47 1 0
                                    

Yasmin mengaru tangannya yang mula digigit nyamuk, entah apa yang mereka suka sangat masuk hutan. Setakat nak tengok tumbuh-tumbuhan tu apa lah sangat. Dah lah panas, banyak nyamuk, bosan! Kalau tak kerana Raid ada tak ada maknanya dia usaha sangat nak naik bukit ni.

"Aku kan geram betul lah! Dengan aku sepatah dua je cakap cuba kalau dengan Aulia tu, banyak pulak dia nak cakap! Dasar perempuan tak guna!" monolog Yasmin.

Matanya melirik ke arah Raid yang sedang mengusik Aulia yang khusyuk dengan cameranya. Kata gadis itu nak dijadikan ilham. Aulia pula boleh tergelak-gelak dengan Raid dan yang lain-lain. Zafrel pula tak kesah pun padanya, kenapa semua mata jejaka-jejaka itu hanya ada pada Aulia? Kurang apanya dia?

Yasmin ingatkan Aulia akan menolak tawaran Mia untuk bercuti kerana dia juga turut serta tapi boleh pula Rizq dan Mia memujuknya. Dia baru sahaja nak meluangkan masa dengan Raid tapi harapannya hancur, Raid pula asyik jeling - jeling ke arah Aulia. Tak kira di vila ke di hutan ke mata jejaka itu hanya memandang Aulia.

Sudah bermacam cara Yasmin cuba untuk mengambil hati dan perhatian Raid tapi tak berjaya. Balik-balik Aulia juga yang Raid cari. Apa masalah Raid dan jejaka-jejaka lain pun dia tak pasti. Semuanya buta ke? Yasmin cantik dan anggun siap bertudung lagi. Tak kan tak ada rasa sejuk hati bila memandang gadis itu?

Nak juga pandang yang seksi , Aulia tu bukannya menutup aurat pun! Dasar mata lelaki keranjang!

"Babe, makan! Nak pergi mana?" tanya Mia apabila Aulia bingkas bangun. Aulia mengigit sandwich buatan Mia dan berlalu pergi.

"Cari ilham kejap je" ucap Aulia sambil membelek kamera.

"Jangan jauh sangat Lia, bahaya" pesan Nael. Tengok tu! Hish!

"I ikut!" ucap Rizq.

"Tak payah, kejap je!" jerit Aulia. Rizq mengangguk lalu dia mengunyah sandwich itu. Yasmin dah mengulingkan bola matanya. Menyampah!

"Mintak-mintak lah kau hilang terus dalam hutan tu, mati pun lagi bagus!" monolog hati kecil Yasmin.

"Abang, makan lah. Mia pandai masak" ucap Yasmin lalu menolak sandwich pada Raid. Raid hanya bersahaja dan dia terus mengambil sandwich tersebut.

"Mia pandai buat benda-benda macam ni je. Korang belum try masakan Lia kan? Memang power, tak tipu. Kalau siapa suka kopi wajib cuba kopi yang Lia buat. Memang akan addicted" puji Mia. Yasmin hanya diam, Aulia lagi?!

"Lia boleh masak? Lia kan busy" sampuk Faiq.

"Well, she's good at it. Jarang masak tapi memang padu" jawab Mia lagi.

"Kena mintak Lia masakan ni!" tambah Rizq. Dia sudah ber 'high five' dengan Aisy.

"Macam sendu je kalau tak basah kan? Apa kata kalau kita main air" ucap Zafrel lalu dia terus menolak Aisy masuk ke dalam air terjun. Mereka semua tertawa, sorang demi sorang menjadi mangsa Zafrel. Kini hanya tinggal Nael dan Raid . Zafrel tersenyum nakal.

"Macam bodoh je aku tolong kau sedangkan kau buat taik dengan aku" ucap Rizq lalu dia terus menarik Raid masuk ke dalam air sementara Zafrel menarik Nael.

"Mia, Min nak pergi betulkan rambut. Terlepas pulak dalam ikatan ni. Kejap je tau" ucap Yasmin.

"Kaki dah tak sakit? Nak mintak tolong ke?" tawar Mia. Yasmin mengeleng dan dia terus berdiri. Matanya menuju ke arah sekeliling. Kakinya tak cramp pun sengaja nak disentuh oleh Raid. Gedik!

Yasmin memasuki hutan itu ,matanya melihat ke arah sekeliling. Ini tak boleh jadi, semua ini tak adil untuknya. Sikit -sikit Aulia , apa-apa Aulia. Bosan! Nak atau tak dia harus hapuskan gadis itu. Matanya menangkap Aulia yang sedang mengambil gambar di tepi tebing itu. Dia mendekati Aulia dengan perlahan-lahan. Earpod di telinga membuatkan Aulia tidak mendengar bunyi derapan kasut Yasmin. Dengan perlahan-lahan, Yasmin menutup mata Aulia dan dia terus menolak Aulia.

"Ahhhh!" tempik Aulia apabila dia sudah tergolek-golek ke bawah. Yasmin terus berlari dan meninggalkan Aulia. Suara bising jejaka-jejaka itu menengelamkan suara Aulia. Yasmin membetulkan pakaiannya dan menghampiri Mia dan yang lain-lainnya. Senyuman terpapar di bibirnya apabila melihat Raid yang menguak rambutnya yang basah ke belakang. Haih, encem!

"Dah ke? Ada terserempak dengan Lia?" tanya Mia.

"Dah, Lia? Tak ada pulak. Lia kan pergi sana, Min pulak belakang ni je. Takut lah nak pergi jauh, nanti sesat jadi masalah pulak untuk korang" ucap Yasmin. Mia hanya mengangguk. Dia mengerling jamnya, risau juga kalau Aulia sendirian.

Beberapa minit berlalu dengan pantas , Mia sudah tak sedap hati. Lama bukan main Aulia ni, dia terus mendekati jejaka-jejaka itu.

"Zaf! Korang! Mia rasa macam lama sangat lah Lia pergi, tadi ada jugak kat depan-depan tu ni tak nampak pun" ucap Mia runsing, matanya dah berkaca.

"Maybe kejap lagi Lia datang lah tu" ucap Zafrel menyedapkan hati Mia. Mia mengelengkan kepalanya.

"Dah setengah jam! Keluar sekarang! Kita kena cari Lia!" ucapnya dengan air mata. Jejaka-jejaka itu terus keluar dari air . Yasmin mengulingkan bola matanya, dasar cengeng!

"Serious ke?" tanya Faiq. Mia mengangguk, air matanya dilap. Zafrel bercekak pingang.

"Shhh, jangan nangis. Rizq dengan Aisy jaga Yasmin dengan Mia kat sini. Nael kau ikut aku, Faiq dengan Raid. Kita berpecah . Korang utara aku pulak selatan. Kita cuba cari dulu, korang berempat duduk sini je kalau ada apa-apa jerit je. Kalau Lia dah balik pun jerit" ucap Zafrel.

"Move" ucap Raid. Mereka semua mengangguk dan terus memulakan misi pencarian. Mia mengigit bawah bibirnya, Rizq mengaru belakang kepalanya dan mendekati Mia.

"Chill lah Arisa, monyet-monyet tu cari Lia. Dia okay" pujuk Rizq. Mia meraup wajahnya, dia dah berdebar-debar takut sesuatu terjadi pada Aulia. Yasmin menyentuh tangan Mia dengan senyuman. Mia hanya menunduk.

"Ya Allah, kau selamatkan Lili. Jangan lah dia cedera ke apa ke. Kau permudahkan lah urusan Zaf untuk cari Lili" doanya di dalam hati. Aisy melihat ke arah Rizq mereka juga mula khuatir. Harapnya semua baik-baik sahaja.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now