10

65 2 0
                                    

Pintu yang dibuka dari luar membuatkan Raid mendongak kepalanya. Senyuman di bibirnya tergaris apabila Megat Farhan mendekati Raid. Bilik yang dijadikan tempat solat di rumah Megat Farhan menjadi spot kegemaran Raid. Sepi tanpa ada siapa-siapa. Teringat pula zaman dia dan 4 orang lagi jejaka itu nakal mereka akan dikurung di dalam bilik ini untuk Tafakur atau Tadabbur.

Asal gaduh kena kurung , asal kurung bergaduh.

Dugaan membesarkan 5 orang jejaka itu memang berat, berat sebab masing-masing suka cari masalah.Pergi sekolah dibom sekolah, dibeli makanan dijadikan uji kaji. Di suruh menjaga kelakukan makin kerap Megat Farhan dan isteri ke sekolah. Kalau kat rumah tu segala benda dibuat main, kerja Faiq pulak segala benda di hack.

Namun begitu, di lubuk hati Megat Farhan sedikit pun dia tak merasa menyesal jauh lagi putus semangat untuk menjaga dan mendidik jejaka yang dianggap anaknya itu. Dia juga sudah berjanji dengan ibu bapa mereka agar menjaga anak-anak mereka seperti anak sendiri.

"Pelik ni, nak cakap gaduh tak ada bising pun. Yang lain dah tidur , yang ni tak tidur kenapa? Nia tu dah tolak Rizq dengan Aisy tidur kat lantai. Seingat Walid , elok je dia tidur di atas dada Rizq" ucap Megat Farhan terhibur apabila dia melintas ke bilik Rizq tadi. Gaya tidur anak- anak dan cucunya cukup mencuit hati.

"Tak de apa lah Walid, saja nak duduk sini" ucap Raid.

"Walid kenal kamu Raid, ada apanya? Kamu fikirkan apa? Pasal kerja atau awek huh? Kalau Umi tahu ni kamu kat sini termenung kat anak dara orang mesti dia dah kalut ajak Walid masuk meminang wanita tu" ucap Megat Farhan.

"Walid ni , mana ada. Raid just nak tenangkan fikiran. Nak duduk je tak nak buat apa-apa" ucap Raid sambil membuka songkok di kepalanya. Dia masih dengan baju melayu dan kain batik. Sejadahnya masih terbentang dengan Al-quran diletakkan di atas rehal kayu itu.

"Bagus lah kalau Raid masih tak lupa pesan Walid. Kita ni manusia, seteruk macam mana pun dugaan tu semuanya tu datang dari Allah. Kekuatan tu pun dari dia juga. Kalau kita rasa hati ni tak tenang tak tenteram carilah Allah, kalau kita nak petunjuk carilah dia. Dia yang Maha Esa bukan jin atau manusia" ucap Megat Farhan.

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim"

Megat Farhan hanya mendengar sepotong ayat yang dibaca oleh Raid. Tak ada salah bahagian hukum bacaan siap ada taranum. Dari kecil lagi dia mengajar jejaka bertiga itu mengaji dan menghafaz al-quran. Keningnya terangkat apabila Raid melihat ke arahnya.

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sambungnya memberi maksud ayat itu.

"Ayat ni untuk makan ke Walid? Jadi doa makan?" tanya Raid. Megat Farhan cuba memproses maksud anaknya.

"Inilah salah satu ayat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita, dengan harapan semoga kita terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan niat jahat makhluk. Bacalah sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad) In Sha Allah, kenapa dengan ayat tu?" tanya Megat Farhan.

"2 hari lepas adalah manusia ni sorang suruh Raid baca doa tu sebelum kitaorang makan. Dia cakap macam Walid lah, dia cakap baca 3 kali lepastu makan lah. Raid pulak tak ada rasa apa-apa pun tapi Raid lebih kepada tertanya-tanya. Kenapa, kenapa dia suruh Raid buat macam tu. Masa dia suapkan Nia pun sama jugak doa tu dia baca" ucap Raid. Bisikan Aulia cukup menganggunya.

"Entahlah Raid. Walid nak cakap lebih pun tak boleh tapi Walid pernah dengar ayat tu macam nak elak santau atau sihir. Wallahualam, memangnya Raid makan kat mana? Nia okay? Tak mengadu apa-apa?" tanya Megar Farhan.

"Tak ada pulak Nia cakap apa-apa. Raid tanya pun okay je tak ada apa-apa pun dia cakap. Sihir ? Santau?" ucapnya.

"Ha'ah. Zaman moden ni dah kurang benda macam ni tapi logiklah kalau masih ada walaupun jarang. Sini lah Walid tengokkan" ucap Megat Farhan, dia juga boleh berubat islam kerana arwah ayahnya juga pakar dalam bidang ini.

Raid terus mendekati Megat Farhan, kepalanya pula masih tak berhenti teringatkan Aulia. Apa maksud Aulia? Cara dia berbisik seumpama dia nak Raid beringat tapi dari siapa dan kenapa? 2 hari dia mencari jawapan tapi masih tak ada lagi jawapan dari persoalannya. By hook or by crook dia terpaksa berjumpa dengan Aulia. Dia inginkan jawapan.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now