Bahagian 29

98 10 6
                                    


Tok! Tok!

Konsentrasi Pak Don terganggu. Ketukan pintu secara tiba-tiba buat dia memandang pintu. Tangannya yang tadi memegang beberapa bahan yang sudah dilumat diletak kembali ke dalam plastik. Pak Don bangkit kemalasan. Bunyi ketukan berulang-ulang gemanya. Bingit.

"Kejap, aku tengah jalan ni" Laung Pak Don sambil membetulkan seluarnya yang tadi terlucut sedikit.

Selak ditolak. Daun pintu ditarik. Pak Don berkerut. Mulutnya tergantung dan hanya sempat berkata "Nak apa dat..." Tertoleh kiri dan kanan Pak Don mencari kelibat si pengetuk pintu. Tiada siapa-siapa di luar rumahnya.

"Cis, dia dah datang"

Tanpa berlengah Pak Don meluru kembali ke tempat dia bersila. Rasa tidak sedap hati membuak. Pintu kembali terkunci dan Pak Don kembali membaca mantera.

"Pak Don ooo Pak Don"

Pak Don tersentak. Suara itu dia kenal benar. Ada bayang manusia di balik tingkap berlangsir biru. Pak Don rasa lega dengan kehadiran alim warak di tempat dia. Walaupun kejahilan dirinya sangat terlarang dalam islam, Pak Don sentiasa mengharap lindungan Allah. Segera Pak Don kembali ke daun pintunya.

"Zambri?"

Pintu terkuak luas. Mata Pak Don terbelalak. Bukan figura Zambri yang muncul di hadapannya. Bayang tadi juga mengecil membentuk figura seorang perempuan.

"Heh"

Tsuk!

>>>

Penamat Zambri

Jauh Zambri melayan perasaan. Duduk dia termenung sambil tangannya mengacau sudu kecil. Duduk sendirian di anjung rumah sambil ditemani bau-bau petang yang pelbagai ragamnya. Bau-bau makanan yang dimasak jiran tertangga.

Selain teh susu, Zambri ditemani sepiring biskut dan sekotak wafel kering. Kedua makanan masih sama kuantitinya sejak sepuluh minit yang lepas. Asalnya mahu dijadikan pengalas tekak sambil melayan petang yang bakal menyenja, namun selera Zambri tetap putus. Jauh dia terkenangkan hal yang berlaku selama dia menolong Saiful.

Rasa menyesal itu ada. Rasa bertanggungjawab juga ada. Dua rasa ini buat Zambri menghela panjang.

Apa yang berlaku selepas ke rumah Saiful telah menyebabkan hidupnya terganggu. Kemunculan watak misteri yang sering menganggu tidurnya memaksa dia untuk menjauhi Saiful. Hingga kini, Saiful tidak pasti jin jenis apakah yang menganggu hidup Saiful.

Jika tidak dibantu si Saiful itu, Zambri yakin keadaan akan melarat. Zambri masih ingat jelmaan yang dia jumpa bertenggek di luar rumah Saiful. Juga kelibat wanita yang dia nampak di dalam lif sewaktu ke rumah Saiful. Jelmaan-jelmaan ini Zambri duga sangat lama usia mereka. Ada sesuatu yang ada pada Saiful menarik minat mereka.

"Darah Saiful? Hantu terpikat dengan manusia? Keluarga Saiful ada bela saka? Apartment Sri Vanilla sarang jin?"

Persoalan tak logik ini buat Zambri giat menggerut dagunya.

Asalnya gangguan mistik yang Zambri terima tidaklah setakut mana. Hanya bunyi ketukan. Setiap malam, Zambri cuba membantu Saiful dengan bacaan surah dan doa setiap malam. Dia perlu membantu Saiful dalam hal mistik ini. Selama hidupnya berkawan dengan Saiful, kawwannya itulah yang sering membantunya.

Dan atas usahanya cuba membantu Saiful, gangguan mistiknya itu semakin melarat. Dari hari ke hari akan muncul susuk perempuan menjilat kakinya ketika tidur. Memakan bangkai ayam di dapurnya. Mencakar-cakar dinding. Juga mengilai di kala Saiful beramal dengan ayat al-quran.

SURIWhere stories live. Discover now