Bahagian 3

192 16 0
                                    


Bersenam itu menyihatkan badan. Bukan sekadar menjaga makan namun mengerakkan tubuh ini juga sebahagian dari upacara mencergaskan tubuh. Apabila peluh pecah, lemak terbakar lantas ia akan mengaktifkan hormone rajin kita.

Sepagi di waktu cuti, aku bersenam dengan berlari anak di taman berdekatan.

Aku suka ambil waktu selepas subuh kerana hawanya sejuk dan embunnya dingin. Terasa segar segenap tubuh berlari usai ketiduran. Tidak ramai manusia berjogging ketika ini. Asal ada mereka yang berlari di depan dan belakang, aku akan menyapa apabila mereka melepasi badan aku.

Itulah antara cara bersosial di bandar. Pasti jika terserempak mereka di mana-mana akan ada bertegur sapa "Tak jogging ke hari ni?". Maka tercetuslah ikatan silaratulrahim di antara penduduk. Jika harapkan method lama yakni bertegur sesama jiran bagi aku di bandar kelakuan begitu amatlah kuno.

Jarang jiran tegur jiran melainkan jiran itu orang tua atau penggila umpat.

Menuruni bukit yang rendah aku terserempak dengan susuk seorang perempuan. Aku seperti kenal dia tetapi ingat-ingat lupa. Susuk itu melitup hoodie di kepalanya. Baju peluhnya pula serba putih. Dia berlari melihat lantai.

"Hai, good morning" Sapa aku bersahaja.

Dia mengerling aku dan senyum. "Eh hai, tak perasan. Enjoy the run, heh".

Wanita itu tidak tunggu masa. Dia berlari meninggalkan aku. Memang ya itulah Suri. Aku lupakan sejenak pertemuan tadi. Aku perlu habiskan tiga kilometer larian ringan ini.

Keringat di dahi aku kesat dengan lengan. Semakin segar tatkala tubuh berpeluh. Ini yang aku inginkan. Kena pula apabila selesai bersenam menikmati sarapan dan air teh tarik panas. Memang sedaplah seusai makan aku bakal tidur panjang.

"Argh!"

Aku terpaku. Larian terhenti. Aku memandang ke arah timur. Telinga aku menangkap bunyi jeritan dari sudut yang bakal aku lari ke sana. Segera aku tuju tanpa mengikut haluan jalan berbata. Ada sesuatu hal mencemaskan sedang berlaku.

Aku lihat kelibat dua orang wanita menjerit ketakutan. Tubuh mereka mengigil. Beberapa orang pemuda seperti aku juga menuju ke sana. Aku mendapatkan wanita bertudung hitam. Dia menunding ke arah pokok-pokok rendang.

Aku dan bersama dua pemuda mendekati kawasan yang tertutup dengan hiasan flora itu. Di bahagian lereng bukit kami menjengah ke bawah.

"Woi ada mayat!" Jerit pemuda di sebelah aku.

Terbaring mayat seorang wanita dengan keadaan separuh tubuhnya hilang. Separuh organ badannya terkeluar dan cebisan dagingnya merebak bersama kesan darah yang besar tompokannya. Wajah mayat itu membuntang. Matanya terbelalak.

Aku pula tercengang. Tekakku loya

>>>>

Usai keterangan diberi, aku berangkat dari sana. Kenyataan aku sedikit berbasi-basanya meleret. Seronok berbual dengan abang polis. Cuma saksi dua wanita itu mengigil teruk badan mereka sampai terpaksa angkut ke hospital.

Pertama kali nampak mayat barangkali. Ngeri pula tu. Akupun sebenarnya hampir muntah tadi tetapi nasib baik ego kelakian mampu aku sembunyikan perangai kecut ini. Jika tidak, pasti aku bersama akan bersama dua orang wanita itu diangkut ke hospital.

Aku rasa cukup di sini sahajalah larian santai ini. Bukan kerana penat, tetapi lapar datang membentak. Perut meminta agar diisi. Otak membayangkan nasi lemak dan teh tarik. Syaitan menghasut agar aku jangan hidup sihat.

Dan aku kalah dengan godaan lapar.

"Nasi lemak, nyum nyum"

>>>

Nasib baik ada lif. Jika tidak berpenatlah aku naik tangga. Ditambah pula perut yang sarat dengan sarapan. Nasi lemak pula lemaknya mengantukkan. Makan hari juga jika aku mendaki tangga.

Seperti biasa keluar dari perut lif aku tuju pula ke perut rumah. Aku terpandang sampul surat di bawah jeriji besi. Aku buka dan sekeping kertas dari Suri.

'Maaf. Saya nak berkenalan dengan awak sebenarnya tetapi saya ini pemalu. Maaf ya jika saya tidak berapa mesra semasa jogging tadi'

Aku tersenyum. 

SURIWhere stories live. Discover now