Bahagian 8

129 11 2
                                    

Hari minggu hari yang membenakkan bagi kami para pekerja jika hidup terperap di dalam rumah. Bagi yang berkeluarga aku tak tahu. Mungkin ini adalah perfect day mereka bersama anak-anak. Atau hell day mereka sebab terpaksa menjaga anak-anak. Pusat asuhan cuti.

Disebabkan aku orang bujang makan bergentayanganlah aku keliling perut ibu kota. Mencari kedai makan yang baru dibuka. Merasa apa makanan terkini yang dicipta oleh anak tempatan. Nasi goreng air bandung mungkin

Kuala Lumpur tempat bersarang pelbagai kedai makan pelik-pelik. Adakalanya aku ternampak kedai makan menjual pizza perisa nasi lemak. Ada juga nasi lemak perisa caramel. What the...

Ktang!

"Ehem"

Tersentak aku apabila ada bunyi berdehem di belakang. Segera aku berpaling.

"Oh Suri" Ucapku bersahaja.

Suri senyum memandangku. Tangannya memegang plastik hitam besar. Dari situ aku tahu apa yang dia hendak buat. Buang sampah. Aku tangguhkan tangan aku dari mengunci mangga.

"Err, abang nak ke mana?" Soal Suri. Nadanya malu-malu.

"Owh nak pergi tengok wayang dengan kawan-kawan" Jawab aku jujur. "Suri tak ke mana-mana ke hujung minggu nih?" Soalku balik.

Suri menggeleng. "Ehe, tak ke manapun. Nak siapkan assignment" Jawab Suri ringkas. Dia berjalan keluar dengan plastik hitam itu.

"Owh jadinya Suri ini student la ye. Kolej dekat depan tu ke? Baru masuk belajar ke, rasa saya Suri baru masuk sini kan?"

"Erm" Suri mengangguk. "Year 2 dah bang, sebelum ni duduk rumah sewa lain. Jauh. Duduk sini dekat, heh"

"Ooooo. Betul kata Suri, duduk sini memang dekat. Tingkat bawah ni penuh dengan student kolej Suri"

"Haah, pelan Suripun nak duduk tingkat kat enam tapi tulah takda bilik nak sewa. Jadi terpaksalah sewa kat tingkat nih... eh saya pergi buang sampah dulu ye, biar lama-lama busuk nanti"

"Ha, yalah. Baik-baik jalan tu ye"

"Hehe. Abang tu yang kena baik-baik jalan, saya buang sampah ke depan tu je"

Komunikasi kamipun tamat. Pandanganku menghantar Suri sampai ke depan pintu kecemasan. Di situ memang disediakan tempat membuang sampah. Aku pula bergerak ke lif. Senyum kami terputus apabila pintu tangga tertutup rapat.

>>>

Krul menyambut aku dengan lambaian sebelah tangannya. Susah nak cari member di tengah-tengah himpunan manusia yang ramai. Masing-masing sedang menunggu waktu menonton wayang. Seperti biasa selain Krul akan ada Haniff, Jasin dan Dave. Empat orang manusia yang masih belum berkahwin. Cuma Krul sahaja bakal melangsungkan majlis.

Jika dahulu waktu senggang begini kami ada sebelas orang. Semenjak yang lain sudah duduk jauh dan berkahwin, bulatan cult kami semakin mengurang. Hakikat hidup apabila usia sudah melanjut tua. Hanya yang setia kekal berkawan. Masing-masing ada komitmen yang perlu dikejar.

Aku tidak kisah, di mana aku berpijak di situ aku buat kawan.

"Movie apa nak tengok hari ini?" Soalku.

"Tenet la bang. Cerita best tau" Balas Dave.

"Owh lupa"

Tiket sudah dibeli oleh Krul. Seperti biasalah, Krul kalau buat benda dia suka buat awal-awal. Aku pula kalau buat benda aku akan habiskan. Aku bukan jenis tangguh barang. Mak aku pesan orang bertangguh otak cepat lembab. Sebab bila malas setan jadi kawan. Tahu-tahulah setan juga sejenis parasit. Lagi kau malas lagi dia suka.

SURIOnde histórias criam vida. Descubra agora