Bahagian 32

98 9 8
                                    


Dang!

Hampir gugur jantung aku. Dentuman keras itu beria-ria mengegarkan pintu rumah. Ketukan berpalu-palu itu buat tubuh aku mengelabah.

"Heeeeeee"

"Sial"

Aku harus pantas bertindak. Kudrat jin bernama Suri itu agak sukar hendak dikalahkan. Tenaga aku separuh pergi hanya untuk melepaskan diri. Dan bila-bila masa sahaja pintu itu pecah dikerjakan Suri. Cuma masalahnya kini bagaimana aku hendak lepaskan Suri dengan tubuhnya yang terikat dengan rantai besi. Mangga yang mengunci besar saiznya.

Memang gilalah jika aku cuba memecahkan ia dengan tangan manusia. Aku perlukan bantuan penukul besar.

"Fanny, look here. Jangan takut okay. I akan lepaksan u dan kita berambus dari sini" Aku taburkan janji yang aku sendiri tak pasti apakah boleh ditunaikan.

Fanny hanya mengangguk. Kematangan usia membuatkan Fanny kekal bertenang. Matanya berkaca ketakutan.

Aku selongkar segala isi kabinet yang terdapat di dapur. Iyalah, selalunya di situlah akan aku simpan segala perlatan tukang. Aku hanya cari apa sahaja alatan yang boleh digunakan untuk memecahkan besi. Lag bagus jika jumpa anak kunci.

Dang!

Setiap kali bunyi itu bertalu-talu kencang. Mulut aku mencarut tatkala tidak jumpa apa yang dicari. Aku selongkar ruang kabinet yang terakhir di bawah sinki. "Ah, jadilah" Dan aku jumpa penukul besi yang kecil saiznya.

Tang!

Aku tersentak. Semakin keras Suri menghentak sehingga kedengaran bunyi besi tercabut. Aku tidak tahu adakah besi tombol atau engsel, yang aku tahu aku perlu segera. Aku kembali kepada Fanny dan mata aku fokus kepada mangga besi yang tergantung di hadapan tangan Fanny.

"Fanny don't move u hand okay, I nak pecahkan mangga besi" Ujarku. Pecah atau tidak aku tidak pasti. Aku hanya mahu Fanny dilepaskan segera.

Fanny mengangguk perlahan. Dia menarik nafas panjang. Aku menjulang penukul ke atas. Aku juga menarik nafas. Aku harap dengan satu pukulan sahaja sudah cukup memandai. Aku tumpukan perhatian.

Aku menghayun sederas yang mungkin.

"Ergh!" Fanny mengerang kesakitan.

Ktang.

Fanny segera meleraikan besi yang mengikatnya. Aku juga turut membantu. Fanny pantas bangkit sambil mengusap pergelangan tangannya. Aku tahu pukulan tadi sangat menyakitkan tangan dia. Aku genggam tangan Fanny dan mata kami saling memandang. Wajah Fanny lemah dengan senyuman nipisnya.

"I'm sorry Fanny"

"Kita keluar dari sini sama-sama ya?" Ujar Fanny. Aku tahu diapun tidak berharap akan dapat keluar dari sini dengan selamat, tetapi apa salahnya jika ada secebis harapan bukan?

Dan aku merangkul Fanny seerat yang mungkin. Ketakutan Suri aku lenyapkan seketika. Bunyi detuman jeda beberapa saat sebelum ia bergema.

Dang!

"Jom, kita turun ke tingkat bawah. Then kita lari selaju mungkin" Ujar aku sambil memegang bahu Fanny.

"But, how?" Soal Fanny.

Aku ambil rantai besi yang besar saiznya itu. Aku usung hingga ke luar balkoni. Fanny mengekor aku dari belakang. Dia tidak berkata apa-apa selain memerhatikan apa yang aku sedang lakukan. Aku lepaskan rantai besi yang panjang itu ke bawah.

"Fuh," Nasib baik rantai itu mencecah lantai balkoni rumah di tingkat bawah" okay kita akan turun pakai rantai besi ini" Ujarku.

Riak Fanny bertukar ragu-ragu. Aku tahu Fanny takut akan ketinggian. Matanya tekun melihat ketinggian yang menjunam. Jantungnya pasti berdegup kencang. Aku tarik Fanny. Bahu Fanny aku paut. Bunyi pintu kian kuat, aku perlu yakinkan Fanny untuk menyelamatkan diri.

SURIUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum