Bahagian 16

114 8 2
                                    


Empat hari dah berlalu. Selepas Zambri mengarah aku untuk azan, mengajar beberapa doadan melakukan solat hajat, wow hasilnya hidup aku tenang tidak dibelenggu gangguan hantu setan. Tetapi aku tak tahulah tenangnya sampai bila. Harap sampai bila-bilalah.

Aku hanya berserah pada yang berkuasa.

Jam di tangan sudah membilang waktu 9 malam. Aura malam tidak berapa sejuk. Mungkin siang tadi terik tanpa hujan memeram sisa-sisa haba yang masih memanas. Aku baru pulang dari Celestial Court. Aku baru pulang dari keramaian hari jadi Fanny.

Bau makanan masih terlekat di baju. Sambil berjalan aku tatal telefon hendak mengimbau kembali saat menyambut hari jadi Fanny. Sejak menjadi kawan Fanny, aku tidak pernah terlepas menyambut hari jadinya. Itupun sebab dia yang reminder aku. Sudah jadi taboo kalau aku buat-buat lupa. Pasti Fanny muncung panjang tak mahu menegeur aku di pejabat.

Lagipun bukan apa, dia kali hari jadi aku Fanny ini tidak pernah terlepas. Ada sahaja hadiah diberi. Aku tak mengharap tetapi dia tetap hendak bagi. Tanda persahabatan katanya. Aku ketawa sendiri melihat gambar yang ditangkap. Sedih juga aku tengok Fanny bila boss dijemput namun batang tubuhnya tak muncul.

Sudahlah Celestial Court itu tempat kegemaran boss aku. Harap Fanny carilah manusia lain. Berharap pada boss seperti tepuk sebelah tangan sampai meninggal dunia. Lagi sedih aku tengok ketika hari jadi boss, Fanny akan serahkan hadiah boss kepada aku. Katanya boss menolak.

Alahai. Beria kot Fanny tanya macam-macam pada aku nak dapatkan idea untuk bagi hadiah pada boss.

Gambar terakhir aku tacap adalah gambar aku dan Fanny swafoto. Gembira dia di parti kecilnya. Lagi gembira aku beri dia hadiah. Puas dengan hasil muat naik gambar aku simpan kembali telefon ke dalam kocek. Dari jauh aku dengar ada suara memanggil.

"Oit Ful, tunggu jap"

Aku tenung ke arah lif. Susuk Krul melambai sambil berlari. Krul inipun satu cerita juga. Semakin kerap pula dia bertandang ke rumah aku. Aku kira setiap malam jugalah. Kecuali malam selepas aku kena ganggu. Masa itu dia dengan tunangnya. Maka berjalanlah aku dan Krul hingga sampai ke depan jeriji.

"Awal benor ko datang ni Krul" Ujarku sambil meleraikan rantai. Ya kali ini aku ikat jeriji dengan rantai. Makanya jeriji rumah aku ada tiga buah mangga. Hambik kau.

"Yeler, esok kerja kan. Aku datanglah awal, kang balik awal juga. Kau ni bongokpun lain macamlah, taulah baru balik dating" Usik Krul. Dia ingat aku nak try Fanny.

"Adoi ko ni. Bukan Fanny ajak kau ke tadi... kau yang taknak join, lagipun ada Zurin dengan Kak Lei kot"

"Iyalah yang ada tu semua perempuan. Kau je lelaki, nampak kat situ game dia hahaha" Krul mengilai dan aku mencebik. "Ni hah, aku beli movie baru. Jom tengok"

Seusai Krul duduk di sofa. Aku masuk ke dalam bilik. Beg dan baju aku tinggalkan di atas katil. Sebaik tuala digapai, aku buang pula seluar. "Woi aku nak mandi kejap. Belengas"

"Yaaaa" Laung Krul dari luar.

Trrrrrt

Aku pandang pemapar telefon yang bernyala terang. Bergetar telefon sebaik pesanan masuk secara tiba-tiba. Aku belek gerangan siapa yang menghantar. Rosa. Aku pelik juga sebenarnya. Aku dan Rosa jarang sekali berkomunkasi melalui alat telekomunikasi. Kalau adapun hal-hal melibatkan Krul. Hal-hal yang tidak enak. Itu sebab aku kepelikan.

'Assalammulaiakum. Krul ada kat rumah Ful eh?'

Aku taip 'ya'

'Owh, kalau macamtu tak apalah'

SURIOnde histórias criam vida. Descubra agora