Bahagian 9

130 10 0
                                    


Aku terjaga dari tidur. Katuk aku tercatuk-catuk. Terpisat-pisat aku mengonyoh mata. Bangkit aku kemalasan dari jasad katil. Menjengah kepala aku mejenguk luar bilik. Tiada apa yang mencurigakan. Dalam rumah keadaanya gelap gelita.

Kepala berat dibeban kemalasan. Tubuh ini masih dalam keadaan separa sedar untuk menerima hakikat otak sudah bangun dari mimpi. Aku kembali berbaring. Aku pejam mata rapat-rapat.

Krekkk Ktang!

Kali ini terjaga dalam keadaan terkejut. Tubuhku serta-merta aktif. Bunyi kuat itu buat minda aku berjaga penuh. Meluru keluar aku dari bilik. Pintu di hujung ruang tamu terbuka luas. Cahaya dari luar rumah melimpah masuk dari sana. Sah, ada penceroboh yang berjaya masuk ke dalam rumah.

Segera aku buka lampu. Ruang dapur aku selongkar dahulu. Tiada apa-apa di sana. Kosong tida terusik barang dapurku.

Aku berlari masuk ke bilik kedua. Aku perasan bilik itu sedikit terkuak. Aku yakin bilik itu sentiasa terkunci kerana aku jadikan ia bilik simpanan barang. Lagi merisaukan aku, barang-barang berharga banyak aku letak di bilik itu.

"Sial!"

Dari babi hingga ke celaka aku sumpah seranah. Darahku naik turun melihat barang-barang di dalam bilik itu berselarakan. Aku segera memeriksa barangan berharga. Lega masih ada. Malahan semua barang aku tidak dikebas penceroboh, cuma semuanya diselerakkan merata-rata.

Geram aku melihat barang kesayangan aku terdampar terburai bahagiannya di lantai. Canon Rebel kot.

Ek!

Aku pantas berlari. Aku pasti bunyi tadi berasal dari jeriji pintu. Terus aku tuju ke luar rumah. Tiada siapa di laluan koridor. Aku berlari pantas tuju ke tangga kecemasan bersama kayu besbol. Entah kenapa aku beli kayu besbol inipun tidak tahu, tetapi mungkin sekarang aku tahu fungsi lainnya.

Tangga lenggang. Aku tidak pasti bagaimana laju si mangkuk itu berlari. Memang tiada siapa bila aku lihat dari tangga atas menjengah ke tingkat bawah.

Aku mengeluh. Aku marah. Aku perlukan bantuan Bob untuk memintanya meneliti cctv. Aku pasti penceroboh mesti lari ikut lif. Hal yang misterinya, aku langsung tidak dengar bunyi tapak kaki. Hantu ke?

Ekk!

Tangan aku berhenti dari mencucuk kunci ke tombol pintu. Aku berpaling ke arah rumah jiran depan. Wajah yang aku tidak kenal sedang menggosok-gosok mata sambul menguap besar. Rambutnya serabai dan perangai busuknya terserlah sebaik dia mengorek hidung lalu dicalit di kemejanya. Aku rasa dialah Masliza Majnun.

Perempuan itu tehenti. Dia memandangku dengan wajah terkejut.

"Err, sorry ingat takda orang" Ujar Masliza.

"Owh tak mengapa. Saya tak bagitau sapa-sapapun, tapi lain kali make sure cover sikit bila menguap. Bau dia sampai sini, pekat"

"Hehehe, abang ni kelakar"

Aku tak pasti dia sengih sebab lawak ke menganjing.

>>>

Aku hampa gila. Tayangan cctv tak membantu. Sudut pandanganya pula cuma di tangga kecemasan tingkat bawah, di dalam lif dan di lobi. Bagai tiada fungsi akan apa yang menimpa aku malam tadi.

"Pukul berapa ya rumah abang kena pecah masuk?" Soal staff penyelenggara.

"Jam 2 pagi" Jawabku pasti.

Rakaman dilajukan dari jam dua belasam malam hingga jam tiga pagi. Aku tidak nampak sebarang susuk manusiapun naik ke tingkat lapan. Adapun rakaman menunjukkan susuk dua pemuda naik ke tingkat lima menggunakan lif. Tingkat lima memang tempat pelajar kolej berkampung.

SURIWhere stories live. Discover now