Bahagian 15

111 9 0
                                    


Aku tercegat kedunguan. Bola mata aku bergerak kiri kanan menangkap pergerakan seorang ustaz ini yang berkali-kali mundar-mandir dari satu ruang ke satu ruang. Seperti aku nyatakan sebelum ini, aku pilih kaedah Islam. Ada orang kata kaedah bomoh lagi bagus, sebabnya bomoh boleh direct communication dengan jin berbanding ustaz.

Nah, aku pilih ikutan syarak lebih selamat. Selalu tengok dekat youtube ada sahaja ustaz sembang kopi dengan jin. Lagi bersahaja, tak perlu asap bagai. Siap dilempangnya jin itu. Dasyat. Jika pakai bomoh mau pekat rumah aku bau kemenyan. Tahu-tahulah bomoh dan dupa berpisah tiada.

Oh sebelum terlupa, nama ustaz yang datang ke rumah aku ini adalah Zambri. Perwatakan dia suci namun wajahnya garang. Cakap dia taklah selembut ustaz yang kau orang biasa tengok. Cakap dia kasar-kasar seperti orang Kedah tetapi loghat Kuala Lumpur.

Dua kali Zambri menjenguk bilik tidur aku dan bilik stor. Ada jugalah aku nampak dia membaca sesuatu. Tidak pasti apakah itu surah, zikir atau doa kerana suaranya terlalu berisik hingga aku tak dapat nak tangkap. Seusai dia puas hati, Zambri minta air putih.

Zambir bacakan sesuatu. Bunyi seperti Ruqyah. Ada juga kedengaran Kursi. Aku perhati seperti orang bodoh. Yalah, aku solat lima waktu je buat. Al-Quran baca ikut mood. Zambri pula sejenis bersolat sunat sentiasa. Aku pasti hari-hari dia khatam Al-Quran.

"Rumah kau ni tak ada apa-apapun Ful" Zambri melihat bilik aku buat kali ketiga. "Cuma luar rumah kau tu je. Kau kenal jiran-jiran dekat tingkat nih?" Soal Zambri.

"Sebelah rumah aku ni kosong. Depan aku student dua orang, sebelah rumah student tu pula rumah cina. Dekat dengan lif tu rumah cina, sebelahnya melayu, sebelah lagi melayu..."

"Baguslah kau cam semua jiran kau. Aku tak suspek rumah kau ni ada benda, aku rasa gangguan selama ini dari luar. Macam kau cerita, dekat taman, tangga, tingkat sepuluh"

"So apa aku perlu buat sekarang ni?"

"Macam biasalah Ful, solat wajib buat. Kerap baca Al-Quran, kurangkan maksiat. Meriahkan rumah kau dengan unsur-unsur agama. Zikir ke, banyakkan doa. Insyallah kau tak akan kena ganggu..."

Ting!

Mata kami berdua serentak memandang pintu. Bunyi jeriji berdeting tandanya ada orang bertandang di luar rumah. Aku mendapatkan tombol lalu ditarik kecil.

"Eh, Krul datang tak bagitaupun"

"Heh. Saja surprise, jom weh main game aku bosanlah. Aku bawa game baru"

>>>

Lapar aku datang balik. Aku sepatutnya tidur, disebabkan melayan Krul hingga lewat malam aku tidak dapat tidur dengan sempurna. Katuk ini tidak ingin dari memberatkan mata. Bila sudah berjaga lewat malam maka perut minta makanan. Lagipun Lucky Strike dah habis, aku perlu dapatkan bekalan nikotin dengan segera.

Teringat pesan Zambri suruh aku membaca Kursi empat kali sebelum keluar. Maka aku bacakan sambil mengunci jeriji. Rumah Suri seperti sunyi sepi di waktu begini. Mungkin sudah masuk tidur awal. Bukan apa, selalu di waktu ini aku akan dengar bunyi televisyen. Maklumlah pelajar, berjaga demi menyiapkan tugasan.

Seperti kebiasaan selepas keluar dari perut lif aku pilih jalan kaki. 7e tidak berapa jauhpun dari apartment Sri Vanilla. Lagipun aku malas hendak berkereta. Hendak ke mana sahaja. Aku tak mahulah ke restoran makanan segera. Mcdonald atau KFC terlalu berat untuk snek malam. Kembung perut esok.

Seperti biasa gerai Burger Abang Botak sudah tutup. Iyalah sudah jam 1 pagi. Asalnya itulah niat awal aku. Baru teringat Abang Botak sejak anak lapan dia terpaksa tutup kedai awal. Untung badan dia. Rezeki mendatang kata orang.

SURIWhere stories live. Discover now