Bahagian 31

88 9 2
                                    

Krul

Malam masih muda. Krul teringin hendak ke rumah Saiful menikmati permainan konsol dan menonton cerita. Topi dibuang dan rambut yang serabut dikemaskan. Krul menyemak telefonnya terlebih dahulu. Pesanan whatsapp dari Rosa dibuka. Membaca isi pesanan tersebut, buat Krul tersenyum

'Don't worry sayang, I habis kuatpun meniduri Ful je pun. Madu u nanti'

'You jangan macam-macam ya. Nanti I call polis tangkap lelaki semburit'

'Emotikon gelak'

Krul faham Rosa ketika ini di tahap mindanya tidak menentu. Ada sahaja difikirkan aktiviti Krul. Masuk pesanan whatsapp tadi sudah enam kali Rosa menyoal perihal sama. Juga meminta dia pulang awal. Krul layankan sahaja karenah pengawal pergerakannya itu. Lagipun kelak dengan Rosa juga dia berkahwin. Jika tidak sekarang, di masa hadapan kelak lagi banyak mood rahsia akan dihidupkan Rosa.

Tok

Krul tersentak. Dia menukar pandangan ke cermin di tepinya. Cermin itu diturunkan separuh. Krul mengerling susuk yang berdi di luar kereta. "Eh Ful, rajin benar kau tunggu aku kat sini" Ujar Krul. Dia tak menjangka Saiful akan turun ke bawah.

Saiful tidak membalas kata-kata Krul, sebaliknya mulutnya membaca sesuatu yang Krul tidak faham.

"Aduh, kepala aku Ful... kenapa pening tiba-tiba nih" Krul mengadu. Pandangannya kian kabur. Kepalanya terasa amat berat. Dia mula berasa mabuk. Mindanya mula tiak seimbang.

Dan sebaik kepalanya melentok ke belakang, Krul pengsan.

Saiful segera membuka pintu. Tubuh Krul ditolak hingga terpelosok ke tempat duduk penumpang. Saiful melihat sekeliling. Dia yakin tiada mata yang melihat. Tempat Krul berhentikan keretanya sangat cantik. Gelap dan terlindung.

Kereta Krul dipandu Saiful menuju ke Taman rekreasi Mahkota Tempurung. Saiful ambil petak parkir yang dekat dengan trek. Dia menanti dengan sabar sisa-sisa manusia yang masih berlegar di dalam kawasan taman itu.

Seusai kereta terakhir berambus dari situ, Saiful memulakan kerjanya. Krul dinating di sebelah kiri bahu Saiful. Dia berjalan menuju kawasan berbukit yang agak tersorok dari pandangan manusia dek rimbunan batang pokok yang tebal-tebal. Saiful berjalan seketika ke hadapan hingga dia menuruni bukit yang tidak berapa curam itu.

Saiful melangkah masuk ke kawasan rumput. Di kaki bukit kecil itu dia mengali lubang di bahagian tepi bukit. Batu dan tanah menghambur ke belakang membuka satu lubang yang dalam dan gelita. Saiful mengheret Krul masuk ke dalam lubang itu.

Sebaik susuk Saiful kabut di dalam kegelapan, lubang tanah itu tertutup dengan sendirinya.

>>>>

Rosa

Ting!

Rosa melihat dengan riak cengang. Tiada sesiapa di luar pintu lif. Lagi mengelirukan dia sepatutnya tingkat yang dia berada kini adalah tingkat 5. Bila Rosa merenung kembali nombor tingkat di paparan digital ia menayangkan angka 8.

Rosa menyulur keluar kepalanya. Dia menoleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Merinding. Itulah perasaan yang melanda Rosa sebaik dia menjengah kepalanya. Suasana tingkat 8 amat suram dan gelap. Seakan ada sensasi angker yang menyelubung persekitarannya.

Rosa berundur. Butang G ditekan beberapa kali. Berharap kotak lif ini turun ke tingkat paling bawah. Rosa mula tidak sedap hati. Buat beberapa kali seusai menekan butang G akhirnya pintu tertutup. Jasad besi ini terasa gerakannya ke bawah. Rosa berasa lega seketika sebelum lif berhenti semula di tingkat 5.

Rosa tercengang buat kali kedua.

Srekkk

Pintu lif terbuka. Kosong. Tiada siapa di luar pintu lif. Rosa merenung pemapar digital di atas butang lif. "What?"

SURIWhere stories live. Discover now