Bahagian 12

100 8 0
                                    


Krul tak banyak bicara. Pertuturannya cuma 'ya', 'tidak', 'hah?', 'apa?'. Kebanyakannya dia hanya menggeleng dan mengangguk apabila ditanya polis. Itupun lemah-lemah dia menggerakkan anggota kepalanya. Kadang-kadang itu adalah juga dia berbisik sesuatu di telinga Rosa.

Aku tak amik port sangat, sekadar senyum cukup syarat melihat gelagat sahabat aku ini. Mungkin terlalu penat seluruh anggota badanya. Otaknya masih lembab hendak menyambung sel-sel cerebrum. Sarafnya masih lemah untuk menghantar respon.

Kasihan juga aku melihat Krul.

Malas nak tunggu lama-lama, maka aku keluarlah dari hospital bersama Fanny. Lega gila bila Krul dijumpai dan masih bernyawa. Tak tahulah apa akan jadi kalau sebaliknya terjadi. Selain aku Fanny juga gembira. Katanya pasti sedih gila jika kehilangan kawan pejabat. Tahu-tahulah Fanny sebenarnya tak ramai kawan lelaki dekat pejabat aku.

Riak sugulnya tadi terus hilang dari raut wajah. Tidak lagi tegang, cuma senyum manis yang menyenang hati.

Kami berdua berjalan mendapatkan kereta masing-masing. Di dalam ruang parkir yang sama kami meletak kereta, cuma jaraknya berbeza. Fanny ini bila dia senyap, jedanya makan jam dan bila dia mula bercakap sembangnya makan hari. Kelakar juga bila dengar Fanny sembang ada gannguan di huruf 'r'. Kebanyakan kaum dia ada masalah begitu. Not a big dealpun.

"U kalau nak MC esok boleh je. Boss kasi green light" Ujar Fanny.

"Eh takperlah, bukan penatpun. Balik tidur esok dah fresh balik" Balasku.

"Okay up to u. So U after this terus balik rumah ke?" Fanny bersoal pula.

Aku tau bila Fanny berkata begitu dia sebenarnya nak lepak dengan aku lagi. Kalau aku jawab balik rumah mesti dia mengeluh. Jadi aku beri jawapan ini "Lepak kejap mamak, nak makan nasi goreng u kasi ni. Nak follow ke?"

"Erm, boleh juga. I boring"

Kan dah kata.

>>>

Mamak berdekatan apartment Fanny lengang. Aku sengaja pilih tempat Fanny kerana dia tak perlu pandu jauh bila lepak dekat tempat aku. Gentlemen sikit bai. Damansara dengan Klang bukan dekat. Seperti biasa aku pesan milo ais, Fanny pesan teh panas. Dia pesan juga roti canai.

Permulaan bualan kami seperti biasa bertukar cerita akan hal Krul dan hal pejabat. Tak banyak hendak dikata kerana cerita Krul masih misteri. Aku lega Fanny siapkan kerja pejabat aku. Siap dihantar lagi. Mungkin kalian nampak kami terlalu rapat dan mesra.

Seperti aku katakan dahulu Fanny lebih senang berbual dengan aku. Itu salah satu faktornya. Faktor yang lain adalah disebabkan pertemuan pertama kami. Ya, aku masih ingat waktu itu aku sudah dua bulan bekerja di syarikat kewangan ini.

Jika hendak dikira, aku dan Fanny tak banyak bualpun ketika awal-awal di tempat kerja. Waktu itu kami sekadar dua orang staff yang hanya berbual bila perlu sahaja. Satu hari berlaku hal yang terduga. Kereta Fanny rosak ketika hendak pulang dari tempat kerja. Kebetulan aku ada di situ. Tidakpun dia nak panggil aku tolongkan dia, duduk seperti orang putus harap menanti abang pomen.

Segeralah aku bantu tanpa dipinta. Dan satu lagi hal bila Fanny duduk seorang diri di kedai makan di kala senggang tengahari. Aku akan menyelit semeja dengannya. Mulanya dia rasa sangat jenggkel. Lama-lama bila aku tanya macam-macam, perlahan-lahan Fanny jadi selesa dan ramah. Dari situlah kami jadi buddy.

"Hei, u umur sudah tua kan? Why not married hah?" Soal Fanny tiba-tiba. Terkejut juga aku Fanny tanya soalan itu out of blue.

"Errr, takda orang naklah Fanny. Lagipun banyak komitmen I tak achieve. Youlah, bila nak kahwin. Pretty face takkan tak laku kot" Soalku kembali dengan. Aku menyengih.

"Meh, married not my priority right now. Lagipun I waiting for somebody, heh"

"Who. Boss ka?"

"I dunno" Jawab Fanny ringkas. Dan ketika itulah dia terus beralih topik.

>>>

Seusai tiba di apartment aku lihat keriuhan orang ramai di kawasan blok apartment aku. Penduduk apartment berpusu di hadapan lif. Beberapa orang polis muncul mengarahkan kerumunan itu dibuka membeli ruang mereka membawa orang yang ditahan.

"Apa jadi ni kak?" Soalku kepada Kak Kursinah.

"Owh polis tangkap dua orang budak lelaki cuba pecah masuk rumah dekat tingkat lima tu. Ada orang nampak mereka katanya, lepastu dalam rumah tu ada mayat perempuan yang hilang tu" Jawapan Kak Kursinah buat aku tercengang.

"Seriuslah" Lantas aku teringat sesuatu "Ni rumah yang nombor B 4. 5 tu ke kak?"

"Haah, mana kau tahu Saiful?"

"Kelmarin saya turun ke sanalah kak, bau busuk gila tapi saya syak bau sampah yela budak-budak ni simpan sampah seminggu. Pemalas semuanya"

"Ooooo. Orang tingkat enampun kata ada bau busuk Saiful. Ni lagi satu orang kata mayat perempuan tu kena kerat dua belas kot, lepastu diorang simpan dalam peti ais... aish giler ke ape, mereka makan mayat orang ke"

Meremang roma aku bila dengarkan cerita Kak Kursinah. Terbayang jugalah hantu perempuan yang kejar aku di tangga itu. Mungkin dialah yang culik perempuan malang itu dan cuba kejar aku. Tetapi, apa kaitan pula dengan dua mamat yang kena tangkap tu pula? Rumah B 4.5 tu pula rumah siapa?

Hmmmm terasa seperti Sherlock Holmes pula aih.

SURIWhere stories live. Discover now