Bahagian 22

97 9 2
                                    

Aku membuai diriku perlahan ke depan. Terasa simbahan semilir meramas muka. Tarikan graviti buat aku terhayun kembali ke belakang. Apabila dorong bokong aku ke depan sambil kaki menujah tangan. Seusai itu aku kembali terbang dalam pautan buaian.

Sambil melayan buaian kanak-kanak ini mulut aku petah berkata-kata. Bunyi penyangkut buaian memekik agak menjengkelkan. Terasa seram di kala jam 1 pagi apabila bunyi ini tiba-tiba kedengaran. Lagi-lagi buaian yang terhayun tiada penumpangnya.

"Tak seram ke Suri duk sorang-sorang kat sini? Kan bahaya time-time macamni" Ujarku. Mataku tidak memandang susuk di sebelah. Aku terus menghayunkan diri.

"Eh taklah" Suri leretkan senyumnya. "Kan Abang Saiful ada kat sebelah Suri" Suri jika tidak memandangku. Buaiannya melayan jauh ke depan walaupun dia menolak perlahan buaiannya. Faktor badan ringan barangkali.

"Melawak eh, itu tadi bukan sekarang" Aku menyenget sedikit mulut. Suri ketawa kecil. "Anyway, buat apa je sorang-sorang kat sini"

"Tak ada buat apa pun, saja-saja melayan perasaan bosan. Heh"

Aku dan Suri jeda dari berbual selama beberapa minit. Suri melekakan diri melayan temannya yang menghantar pesanan digital. Aku tidak mahu ganggu dia. Lagipun aku juga ke sini hendak melayan perasaan. Terngiang-ngiang dengan luahan perasaan Fanny. Terasa lawak juga berbolak-balik.

Aku mengerling Suri. Wajahnya bercahaya dek simbahan LED telefon. Cerah cahaya turun hingga ke dadanya. Aku tak dapat baca perasaan isi hati Suri. Aku ada tanyakan juga kenapa dia nak berkenalan dengan aku, Suri memberi jawapan mudah. Dia cuma hendak berkawan dengan aku kerana dia rasa aku ini seorang yang peramah.

Entah. Aku harap itulah jawapan yang sebenar. Soal jiwang ini aku sangatlah terpaling gagal. Hendak mengayat Fanny pun failed. Tetapi itulah... untung badan?

"Abang Saiful pula ke mana tadi baru balik? Setahu Suri abang balik jam tujuh malam selalu kan? Sekarang dah jam berapa dah" Suri pula bersoal. Soalannya muncul sebaik cahaya telefon terpadam.

"Oooo ni hah tolong member cari tunang dia. Dah lama tak balik rumah"

"What?" Suri meriak terkejut. "Tunang kawan abang hilang ke?" Suri menahan kakinya ke permukaan tanah.

"Tulah, tak tau ke mana dia pergi. Takut juga kalau benda lain jadi"

"Dah report polis ke?"

Aku angguk kepala. "Esok ni mak bapak kawan abang tu pula naik KL. Sapa tak risau kan"

"Tulah. Suripun takut dengar... macam-macam hal la sekarang ni ya bang Saiful"

"Tulah, hurmmm..."

>>>

Vans calit kuning serba hitam jadi pilihan aku. Rekaan Padin memang kena dengan citarasa tekak aku. Di dalam perut KLCC aku bersama Vans Padin meneroka isi dalamnya. Fanny yang terleka melihat beg-beg di sebuah butik kembali merapat diri aku yang berjalan ke depan. Tak sedar pula Fanny hilang tumpuan sebentar tadi. Heh.

Sepatutnya aku berkasut pejabat. Kasut kilat hitam yang sangat tipikal. Tidak kena pula dengan busana Fanny yang sangat menyerlah adiratna pekaca. Boleh aku jatuh edan gamaknya. Berpakaian serba Melayu yang dipengaruhi unsur Cina. Baju kurung merahnya tersangat menyerlah. Ada sulaman burung merak yang tidak ketara warna benangnya. Kain songket melabuh hingga menutup high heel hitam yang dipakainya.

Rambut gelap yang hujungnya rona biram dibiar melabuh di bahu. Lembut mengurai sesaat angin mengusik. Solekan Fanny sangat ketara penggunaan alat solekan mahal dan rona merah lembut mengoles di bibirnya. Sepadan dengan wajah yang sedia mulus.

SURIWhere stories live. Discover now