Penamat

143 10 12
                                    


Setahun yang lalu

Suri. Itulah nama yang aku. Asalnya aku muncul di alam manusia untuk memakan bayi dan kanak-kanak. Hinggalah satu hari aku jumpa dia. Lelaki yang bernama Saifullah. Munculnya dia di tempat tinggal buat pertama kalinya adalah lari dari penghutang. Maka bersembunyilah di dalam gua kecil yang merupakan sarang aku membuang tulang manusia.

Maka akupun menjelma di hadapannya. Ketakutan Saifullah melihat aku. Tubuh aku yang togel dengan wajah yang hodoh buatkan dia seriau dan cuba berlagak berani. Entah kenapa aku suka akan perwatakan Saifullah. Mungkin inilah pertama kali aku berjumpa lelaki yang budiman.

Perlahan-lahan Saifullah hilangkan rasa takutnya akan aku. Dia melihat aku dengan wajah tenangnya. Dia cuba berunding dengan aku.

"Wahai jin, walaupun wajahmu sedemikian rupa. Bagiku asal hati budimu mulia senanglah hatiku. Harapnya tidaklah kamu membunuh aku. Aku tahu di balik parut-parut menakutkan itu, tersorok nilakandi yang gemilang. Tersimpannya hati nurani"

"Heh, pandai kamu bermadah ya. Disebabkan kamu tidak takut akan aku makan aku jelmakan diri aku dengan susuk yang lelaki sering suka"

Maka jelmalah aku dengan wajah Suri yang cantik. Anehnya Saifullah lebih berkenan dengan wajah asalku. Dia berkata alangkah indah jika aku menjadi diri yang aku suka. Hati aku ketika mula jatuh cinta sama manusia.

Hendak dijadikan cerita, maka bersatulah kami menjadi kekasih terlarang. Aku ada kuasa hikmat. Kuasa aku boleh memberi kekayaan. Maka aku berikan Saifullah sebuah kekayaan yang tak ternilai. Sejak itu Saifullah makin sayang padaku.

Aku suka pada bau badan Saifullah. Bau darahnya buat aku berahi.

Tidak semua cerita cinta berkekalan panjang. Lagi-lagi melibatkan dua alam. Rupa-rupanya wujudnya Saifullah dalam hidup aku adalah untuk memerangkap aku. Tidak aku sangka yang aku sebenarnya adalah pembunuh adik perempuan dan anak saudaranya. Dia cuba merungkai kelemahan aku dan dia berjaya.

Maka dengan ilmu bomoh yang kekar di dada, dia jampikan aku agar menjadi sakanya lalu disimpan di dalam botol. Sejak itulah dia membelenggu aku dengan jampinya dan aku terpaksa memberinya harta yang lumayan.

Bertambah malangnya, apabila Saifullah sudah tua dan dia membuang aku kembali ke sarang aku yang terletak di bawah bukit. Ia taman rekreasi Tempurung Mahkota itulah tempat tinggal aku. Tempat aku masuk ke alam manusia.

Namun nasib baiklah aku tidak ditinggal lama. Muncul manusia lain membebaskan aku. Dengan kelicikan yang aku ada, maka aku gunakan mereka dengan tukaran bersyarat atas apa yang aku tawarkan. Jampi Saifullah sangat kuat. Aku terpaksa menjadi hamba manusia hingga bila-bila.

Maka aku mintakan mereka lelaki teruna sebagai korban aku memuaskan nafsu. Ia berlangsung buat sekalian kalinya higgalah aku dibuang lagi. Dan beratus tahun lamanya aku bertemu dengan manusia bernama Yusof dan Pak Don.

Aku bosan. Dibelenggu dengan jampi yang kuat. Tidak aku sangka manusia zaman ini semakin hebat ilmu sihir mereka. Aku ingatkan zaman ini manusia sudah tidak ingat apa itu mantera. Aku tidak boleh ke mana-mana selain gua tempat tinggal aku dan bilik yang penuh daging manusia ini.

Ya sementara menunggu dua tahun sekali, aku buru gadis mabuk dan gadis yang lari dari rumah. Kehilangan mereka tanpa jejak tak akan djumpai siapa-siapa. Kenapa aku makan ramai perempuan? Aku benci kepada persaingan. Aku cemburu buta. Malah aku bunuh siapa-siapa yang buat aku cemburu tidak kira mereka lelaki atau perempuan.

Setiap dua tahun aku syaratkan kepada Yusof agar membawa lelaki teruna ke dalam rumah sewa ini untuk aku jadikan korban. Seperti biasa balasan mereka adalah kekayaan. Walaupun aku dibelenggu, namun aku masih bisa tidak memenuhi kehendak mereka. Kuasa syirik mereka hanya terhad ke alam manusia.

Selama dua korban teruna yang aku sudah nikmati, tiada seorang dari mereka buat aku puas dan berahi. Aku masih rindukan bau Saifullah. Walaupun dia mengkhianati aku, perasaan cinta ini masih kuat di dalam benak hati ini.

Aku kira hanya tinggal setahun akan tiba waktu korban berahi aku diserahkan oleh Yusof. Aku menebak siapalah kini menjadi giliran aku untuk melepaskan nafsu. Sesudah itu akan makan dagingnya sepuas-puasnya.

Senyap. Suasana ruang tamu di balik bilik ini sunyi belaka. Jika tidak ada sahaja kedengaran suara laki bini bergaduh. Serasa aku, mereka berdualah manusia yang tidak kenal erti takut. Jika penyewa lain sudah lari litang pukang. Jika tidakpun, aku akan makan mereka. Heh.

Yusof si tuan rumah tidak perlu risau. Ada inspektor yang membantu dia. Setiap mangsa yang aku makan dikatakan sahaja sudah hilang tanpa jejak. Mudah. Aku tenung peti ais di hadapan aku. Di dalamnya berisi kepala manusia. Semuanya adalah trofil yang aku kumpul bagi mengisi kebosanan.

"Hurmm"

Aku bangkit. Entah kenapa ada sensasi yang menarik nafsu. Aku merangkak keluar dari bilik ini. Merangkak aku di siling menuju ke pintu masuk. Di lubang intai, aku melihat sesorang di luar rumah bersama beberapa buah kotak.

Bau ini semakin kuat. Bau yang buat aku jatuh terpikat. Bau Saifullah. Apakah susuk di hadapan aku ini adalah keturunan Saifullah. Aduh, jantungku semakin tidak keruan.

Trrtttt

"Hello mak... ya Saiful baru sampai rumah ni mak"

Oooo nama mereka juga sama. Cuma lebih pendek. Heh. "Saiful, sayang"

Nampaknya kali ini aku tidak jadi makan manusia. Aku perlu merasuk tubuh seseorang. Seseorang yang boleh dilihat Saiful. Seseorang yang membuatkan Saiful terpikat. Seseorang yang berwajah cantik. Aku perlu beritahu Yusof hal ini.

Aku ada idea yang menarik. Kali ini aku perlukan penyewa perempuan rumah ini sebagai korban.

>>>

"Hurmm"

Saiful memandang sekeliling. Entah kenapa dia merasakan ada nama yang memanggil namanya. Saiful tenung rumah di belakangnya. Ada sensasi kurang enak. Saiful sedikit berasa merinding.

"Aiseh, takkan awal-awal dah kena kacau. Hurmmm"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 03, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SURIWhere stories live. Discover now