Bahagian 13

120 9 0
                                    


Aku pulang ke rumah selepas selesai melawat Krul dari hospital. Syukur jugalah dia beransur pulih seperti sedia kala. Sudah mula petah bercakap. Setelah banyak membisu mulut, hari ini diluahnya pelbagai perbualan.

Satu hal yang kekal misteri adalah kisah Krul lemas di tepi tasik. Krul langsung tidak ingat apa-apa. Dia mendakwa kali terakhir pada jam sembilan malam Krul sememangnya sudah sampai di apartment aku. Di luar apartment. Selepas itu Krul lupa apa yang terjadi.

Aku tayang pesanan whatsapp kepada Krul. Pesanan yang dia hantar kepada aku jam 11 malam. Krul bersumpah. Dia langsung tidak ingat apa-apa hal berwhatsapp dengan aku. Jika betul Krul tidak ingat apa-apa, aku yakin Krul dipukau.

Masakan keretanya berada di ruang parkir taman rekreasi. Sedangkan Krul dakwa dia meletak keretanya di luar apartment aku. Hmmmm

Banyak teori dalam kepala otak cuba merungkai sendiri. Jika dilihat barang berharga Krul tidak dirembat. Malah kereta Krul tidak dibawa lari. Kunci kereta ada kot masa aku jumpa pakaian Krul. Jadi sebab apa Krul dibogelkan? Dibuang di tepi tasik?

Kena liwatkah? Auch...

Ting

Serta-merta mood menyiasat aku pudar. Segala yang aku fikirkan tadi lesap sebaik melihat sesusuk perempuan remaja muncul di hadapanku. Dia mendorong ke depan sambil membawa beberapa buah kotak.

"Banyaknya barang nak bawak ni Rahayu" Tegurku. Rahayu ini anak dara Mak Cik Senah yang menjadi penghuni tingkat sepuluh. Mak Cik Senah ni ramah dan mesra. Sama dengan anaknya. Aku pula rajin melayan mereka.

"Owh abang Saiful. Boleh tolong saya tak heh, banyak pula barang ni" Pinta Rahayu. Dalam firasat awalku memang hendak tolongpun. Kesian kot tengok budak kecik halus ini angkat barang.

"Heh, boleh je" Aku angkat beberapa kotak dari Rahayu. "Barang apa ni semua ya?" Soalku busy body.

"Owh, barang dari rumah papa. Ada orang nak pindah masuk rumah sewa, esok" Jawab Rahayu ada nada mengah. Penat mengemas mungkin.

Kebiasaan tingkat lima penghuninya pindah randah. Maklumlah pelajar. Sudah habis belajar mereka akan keluar. Tidakpun sudah bosan dan hendak mencari komitmen di tempat lain. Biasalah budak muda. Duduk merata. Akupun dulu begitu. Cuma tulah, Suri kata tingkat 5 ini tiada kosong.

Mungkin penghuni lama baru pindah kot? Entahlah. Banyak sangat aku fikir melewah jadinya. Butang tingkat 10 aku tekan.

"Rahayu minta maaf ya bang sebab menyusahkan, barang banyak sangat" Ujar Rahayu bernada halus.

"Ah tak apa. Abang bawakan terus depan rumahlah, berat ni"

"Terima kasih bang"

Disebabkan aku sudah berkata demikian maka tingkat 8 aku biarkan sahaja dan terus naik ke tingkat atas.

Ting

Aku dan Rahayu keluar serentak. Di tangan aku ada tiga buah kotak dan begitu juga di tangan Rahayu. Berjalanlah aku dan Rahayu ke arah kanan hingga tiba rumah ketiga hujung koridor. Rahayu tiba-tiba meletak tiga buah kotak itu di atas lantai. Wajahnya persis terlupa sesuatu.

"Bang saya nak turun tingkat lima jap, lupa ambil kunci. Mak ngan papa takde, kejap ya" Ujar Rahayu.

Aku angguk sahaja. "Pergilah, abang tunggu sini"

Pandangan aku menghantar Rahayu hingga ke pintu lif. Seusai Rahayu turun maka tinggallah aku keseorangan tak berteman. Aku tak buat apa-apa selain berdiri tercegat menatal telefon.

Ek

Bunyi engsel pintu yang bingit itu menarik perhatian aku. Kelihatan sesusuk tubuh kecil asing berjalan keluar sambil menolak pintu kecemasan seluas mungkin. Susuk keding itu mengerbangkan rambutnya dan tercegat dia berdiri di hadapan pintu.

SURIWhere stories live. Discover now