Bahagian 10

112 10 0
                                    


Tangan aku laju menggarap aksara. Kiri dan kanan jari-jemari ini sudah tahu butang mana perlu ditekan. Sudah tahu kawasan mana perlu dijaga. Otak sudah mahir mengawal saraf-saraf jari agar cekap membuat taipan pantas.

Apabila teringat zaman sekolah, benda begini memang buat aku terkial-kial. Maklumlah ketika itu komputer di Malaysia masih baru di kalangan isi rumah. Kebanyakan masa aku belajar menaippun di CC. ketika bermain Counter Strike.

Yes, siap juga. Aku gerakkan kepala ke kiri hingga tulang tengkuk ini mendapat kelegaan. Bahan untuk mesyuarat sudah siap maka aku rehatkan kepala sambil merenung jam. Sudah jam 10 pagi, namun kubikel Krul masih kekal kosong. Tuan tanahnya belum tiba ke tempat kerja.

Apa hal mustahak Krul hadap sampai ke hari ini dia tak masuk pejabat?

Semalam komunikasi aku dan Krul berakhir ketika Krul menghantar pesanan whatsapp meminta maaf tidak dapat ke rumah aku. That's it. Selepas itu tiada lagi komunikasi antara kami berdua. Yalah, aku dengan Krul bukan jenis berhubung sangat guna alat hubungan. Kami jenis jumpa terus.

Aku tenung Fanny secara curi-curi. Entah kenapa bola mata ini hendak sangat tengok Fanny. Zurinpun lawa juga sebenarnya, namun aku tetap tengok Fanny. Mungkin mudah mataku untuk melihat dia. Atau berbanding Zurin, aku lebih berkawan dengan Fanny. Dengan Zurin aku kureng sedikit.

Akibat terlalu kusyuk, Fanny menangkap perbuatan aku. Aduh. Fanny angkat kening. Mungkin dia nak kata 'tengok-tengok apa? Ada hutang ke?'. Aku hanya senyum dan segera melarikan pandangan mata merenung kembali permukaan meja. Ada sebekas air kosong di sebelah kiri. Aku teguk hingga tinggal separuh. Dahaga gila. Laparpun ya.

Aku kembali fokus mengisi maklumat di dalam Excel. Selepas task meeting, nak kena isi pula data pelanggan. Leceh dan meleret. Unique ID perlu dijaga. Jika aku tersalah taip benda yang sama, masak aku kena maki dengan bos.

Aku mendongak ke depan. Kakak Sajuvi sedang laju berjalan ke arah aku. Wajahnya serba risau dan ketat. Selalu kalau raut ketat mesti baru lepas kena maki dengan bos. Aku tak mahu tebak apa-apa. Aku menanti Kak Sajuvi dengan penuh debaran. Begitu juga dengan mata-mata yang menjeling aku. Mungkin mereka juga tunggu apa yang tak kena.

"Ful, Krul tak masuk kerja ke? Boss dah bising, kerja dia tak submit lagi" Ujar Kak Sajuvi nada bergetat. Mungkin baru kena marah dengan boss.

Aku menggeleng. "Sayapun tak tahu kak, malam tadi last dia mesej saya tak dapat datang rumah tu je last time kami communicate" Aku menayangkan pesanan whatsapp Krul kepada kakak Sajuvi. "Saya cuba call dia dulu ya"

Kak Sajuvi mengangguk. Dia beralih ke kubikelnya kembali. Aku mendail teman Krul beberapa kali. Empat kali berdering namun tidak dijawab. Whatsapp pula tidak ada blue tick. Aku mula risau. Otak dah fikir macam-macam. Jarang Krul buat hal. Kalau dia sakit perut atau gaduh dengan tunangnya, mesti dia tak senyap begini.

Takut juga memikirkan hal-hal buruk yang sedang berlaku kepadanya. Ada satu nombor perlu aku dail ketika ini. Tunang Krul, Rosa.

Trrrrttt

Baru sahaja hujung jariku hendak membuka aplikasi kenalan muncul satu panggilan dari Rosa. Segera aku angkat dan nada cemas kedengaran di hujung panggilan.

"Hello Ful, Krul tak balik rumah. Dia pergi rumah Ful kan malam tadi kan?" Suara Rosa resah.

"Hah!" Tersentak juga aku. "Takde Rosa, Krul kata dia tak jadi datang. Kau kat mana sekarang ni?" Soal aku kembali.

"Depan rumah Krul. Kereta dia takda, call tak berangkat, mesej tak balas"

Kak Sajuvi memandang aku dngan angkatan kening dan kelopak matanya. Aku cuma menggeleng. Dahi aku berkerut seribu.

"Ah sudah, ke mana pula kau pergi Krul"

>>>

Silau mata aku terpaksa memandang sinar matahari yang kian tenggelam. Tiap-tiap kereta di hadapan aku masih tidak mahu berganjak. Semput-semput minyak ditekan. Sekejap-sekejap sahaja aku dapat bergerak ke depan.

Sebaik susur keluar kelihatan, pantas aku berderu masuk ke lebuhraya KESAS. Di hadapan rumah Krul aku bersua muka dengan Rosa dan adik perempuan Krul. Ayumi. Wajah mereka sugul dan kerisauan. Aku memandang anjung rumah Krul, memang tidak kelihatan kenderaan milik Krul tiada.

"Masih tak dapat call Krul?" Soal Rosa.

Aku menggeleng. "Telefon sambung tapi takda orang angkat. Malam tadi selepas kau orang pergi makan, Krul kata nak ke rumah aku?" Soalku.

"Haah, dalam jam sembilan macamtu dia keluar ke rumah Ful" Jawab Rosa.

"Aneh, jam 11 malam dia mesej aku kot" Aku tayangkan pesanan teks Krul kepada Rosa. "Lepas tu kami dah tak kontakdah"

Adik Krul membuka mangga pagar dan kami bertiga masuk ke dalam rumah. Kami cuba juga geledah mana-mana ruang. Mana tahu susuk Krul ada di dalam atau tidak. Malangnya rumah Krul kemas dan tidak berpenghuni.

"Aku risaulah Ful, aku tau Krul tak akan buat benda pelik-pelik belakang aku. Kami dah nak kahwin" Ujar Rosa sebak. Matanya bergenang dan tidak memandang wajahku. Mungkin tipikal orang bertunang fikiran dia ke arah kecurangan.

Bagi aku Krul bukan begitu, ada benda lain sedang berlaku.

Di hadapan aku Rosa duduk bersebelahan dengan Ayumi. Ayumi sedang ralit menjejak telefon Krul berpadukan aplikasi Phone Finder. Aku yang cadangkan kepada Ayumi memandangkan telefon Krul masih boleh didail dan ada aplikasi penjejak. Laporan polis sudahpun dibuat walaupun aku rasa belum cukup tempoh 24 jam. Mungkin lebih afdal buat awal-awal, cumanya polis akan mula mencari selepas tempoh 24 jam.

Hanya hebohan di sosial media belum dibuat.

"Eh, dah jumpalah kak" Ujar Ayumi.

Aku segera meluru ke belakang mereka dan menatap skrin komputer peribadi. Terpampang isyarat telefon yang menandankan di sebuah kawasan berdekatan Damansara.

"Huh?" Aku tercenggang. "Ini tempat aku ni Rosa. Apartment Sri Vanilla" Tambah aku terkejut.

Maka dari Petaling Jaya aku dan tunang Krul bertolak ke kawasan tempat tinggal aku. Isyarat talian menunjukkan telefon Krul berada di sebuah kawasan yang agak lapang dan tidak jauh dari Apartment Sri Vanilla. Taman rekreasi Mahkota Tempurung. Situlah tempat aku selalu jogging.

Di situ jugalah tempatnya aku melihat mayat manusia. Juga diganggu hantu buaian.

Sebaik tiba di kawasan taman, aku letakkan kereta di kawasan tempat letak kenderaan. Begitu juga dengan Rosa. Aku agak kehairanan melihat sebuah kereta merah tidak jauh dari kereta aku. Rosa sudah dahulu tuju ke arah kenderaan itu.

Aku pasti itu adalah kereta Krul.

"Ful! Ni ketera dia" Rosa melaung.

Aku segera berlari anak. Ayumi cuba membuka. Kereta terkunci. Aku mengintai ke dalam ruang kereta. Tiada apa-apa yang pelik. Maka kembalilah kami menjejak isyarat telefon Krul. Dari luar taman kami berjalan masuk ke tengah.

Aku sudah fikir lain macam. Aku cam benar tempat isyarat telefon Krul.

"Ini kat tepi tasik. Depan tu hah, dalam kawasan berpokok sana" Ujarku.

Segera kami bertiga ke sana. Memijak daun. Mematahkan ranting. Ada empat barisan pokok yang ditanam secara berselerak. Redup dan terlindung dari cahaya terik. Memang sesuai jika kepenatan bersenam berehat di bawah payungan pokok-pokok ini.

Aku berdiri di tepi tasik. Mata aku tajam meneliti rimbunan daun dan rumput.

"Tu dia" Laung aku.

Rosa dan Ayumi bergerak mendapatkan aku. Di balik lalang basah, aku angkat telefon Krul. Tiada susuk Krul kelihatan. Di situ juga terdamparnya pakaian Krul. Rosa menutup mulut. Aku pasti dalam fikiran Rosa sudah bermacam benda buruk dia fikirkan.

Tiba-tiba Ayumi berlari menuju ke tebing tasik. Rautnya seperti menjumpai sesuatu. Terkejut dan panik. Sesuatu itu mungkin benda yang menakutkan.

"Abang Ful! Kak Rosa! Tangan abang Krul kat tepi tasik ni. Abang Krul tenggelam!" Laung Ayumi. Dia menjerit-jerit ke arah aku.

"What the cake?"

SURIWhere stories live. Discover now