Bahagian 14

114 9 1
                                    

Aku keluar. Aku masuk. Aku keluar sambil garu kepala. Aku lihat keliling koridor. Aku lihat dalam rumah pula. Aku sudah seperti beruk menggaru sini-sana. Aku kepelikan sungguh. Aku cuba berfikiran logik. Sebentar tadi tingkat 8 sangat angker. Ada hantu mengejarku. Ada mayat di dalam rumah aku.

Kini semua itu tiada. Tingkat 8 biasa-biasa sahaja. Tiada kelogikan dalam hal ini. Aku yakin sebentar tadi aku termasuk ke dalam dimensi lain. Seperti mereka-mereka yang tersesat di dalam hutan. Konon-kononnya disorok jembalang hutan. Ya itulah sangkaan aku.

Sudahlah Rahayu kepelikan dengan aku. Iyalah, dua kali aku bertemu dia. Siapakah Rahayu di kali pertama aku bertemu itu. Hantukah? Ish, meremang roma aku memikirkan benda-benda ghaib ini. Apalah nasib aku kebelakangan ini.

Aku terduduk di sofa panjang. Televisyen aku biarkan terpasang. Baju pejabat masih tidak aku tukar. Peluh sudah lama menyejat dek terperuk di bawah pendingin hawa. Mesti ada benda yang aku dah buat sehingga kena ganggu sebegini dasyat.

Aku perlukan bantuan ustaz atau bomoh. Iya memang tipikal dalam kepala otak ini jika melibatkan hal ghaib, cuma ustaz dan bomoh yang boleh setelkan. Tak akan pula nak panggil doktor pulak kan. Otak aku dah tau siapa hendak telefon.

Apa yang pasti orang itu bukan bomoh.

Aku kembali mendapatkan jeriji pintu untuk ditutup dan dimangga. Sekali lagi aku pandang ruang legar dengan pengamatan burung hantu. Aku pasti sekeliling kekal seperti sedia kala. Lega juga terselemat dari ditangkap hantu setan.

Ekk

Aku mendongak ke rumah Suri. Muncul kelibat dua orang manusia saling memandang aku. Aku dan mereka lantas bersenyuman. Cuma Masliza lekas menarik senyumnya. Matanya kelam mencari sandal untuk kaki kiri.

Mereka berdua dalam keadaan serba bersolek. Hanya pakaian mereka biasa-biasa sahaja. Berseluar track dan berkemeja t. Aku bertanyalah ke mana hala tuju mereka. Wangi-wangi pewangi mereka berselang-seli masuk ke hidung.

"Owh, kami pergi makan dekat kedai makan atas bukit sana tu je" Ujar Suri.

"Haah bang, nak join tak. Kita orang dua ja jalan kaki ke sana" Celah Masliza. "Lagipun Suri ni duk teringin nak ajak abang keluar makan katanya, tapi malu" Masliza menyengih. Dia masih terduduk membetulkan tampalan sandalnya.

"Ish kau ni Jun" Ngomel Suri lantas mencubit bahu Masliza. Ada bunyi 'ouch' dikeluarkan Masliza.

Aku tersenyum dan serta-merta keinginan untuk mandi aku matikan. Lagipun perut sudah lapar gila. Lagikan orang pelawa. Tak akan nak tolak.

"Okay juga tu. Sayapun lapar sebenarnya nih... tapi Suri bagi ke ikut?" Soal aku sengaja mendapatkan keikhlasan Suri.

Dan Suri senyum senget. "Eh boleh je bang, lagipun kita orang berdua je. Takut juga jalan ke medan selera atas bukit tu nanti"

"Owh tak payah jalan kaki, kita naik kereta je. Abangpun malas nak mendaki tempat tu, tinggi dia menjunam, heh"

Mereka berdua bersetuju.

Maka dengan badan tak mandi aku terus berdampingan dengan mereka turun ke tingkat bawah. Dalam saat ini juga fikiran aku hal seram tadi aku hilangkan dalam memori minda. Malas hendak aku fikir panjang. Rahayu pasti fikir aku ini tidak siuman apabila sebentar tadi aku asyik tanya dia soalan sama berulang kali.

"Tadi Rahayu tak jumpa abang eh?"

Sebaik kami mengenderai kereta, aku memandu terus hingga tiba di simpang empat. Matlamat aku hendak ke medan selera atas bukit aku batalkan. Alang-alang pandu kereta, aku ajak mereka berdua pergi ke medan selera yang lebih gempak.

SURIWhere stories live. Discover now