Bahagian 5

170 11 3
                                    


Melihat mayat manusia dan dikacau hantu perempuan. Dua ketakutan itu tidaklah standing akan kehadiran Fanny memperagakan liuk tubuhnya di hadapanku. Memperagakan yang aku maksudkan adalah menggayakan pakaian kerjanya.

"So macam mana dress saya? Cantik tak?"

Soalan yang sukar hendak aku jawab. Punyalah ramai perempuan dalam pejabat ini Fanny lebih suka meminta pendapat dari lelaki. Mungkin dia mahu tahu pandangan mata laki-laki ketika melihat dia berpakaian? Entahlah.

Ketakutan aku kini, Fanny mahukan jawapan yang terperinci. Mulutnya pasti bebel jika aku sekadar kata 'okay, cantik', 'wow, kemas'. Lagi buat dia berang bila aku kata 'pergh, seksi'. Jangan, Fanny perempuan garang yang tahap feminisme sungguh tinggi. Women empowerment katenye.

"Cara you pilih dress sangat bijak. Nampak matching antara skirt dengan blazer, kalau pergi date orang akan pandang you atas bawah tiap saat. High standard and elegant choice" Rojak aku berbahasa Melayu dan Inggeris.

"U ni seriouslah, betul cantik?"

"Yalah, dalam ini ofis U saja dress cantik. Hari-hari saya tengok rasa tergugat iman"

"Hahaha, yalah-yalah. Thank you aa"

Fanny kembali ke meja kubikelnya. Sempat juga dia mengenyit mata. Aku balas dengan senyum nipis. Aku merenung Fanny sayu. Sebenarnya aku kesian dengan dia. Terlalu try hard mengurat boss. Walaupun Fanny tidak pernah ceritakan apa-apa dari aku, naluri aku kuat meraskan Fanny memperaga kecantikan pakaiannya semata-mata untuk memancing cinta boss.

Satu perkara yang aku kurang yakin akan keserasian Fanny dengan boss adalah Fanny adalah seorang introvert. Walaupun tugasnya adalah setiausaha boss, namun Fanny tak berapa rapat dengan boss. Komunikasi mereka terhad dengan perbualan formal.

Dalam pejabat inipun Fanny tak bercampur sangat dengan pekerja perempuan.

Berlawanan dengan boss pula, perwatakan mereka jauh berbeza. Boss aku ini seorang yang happening dan kaki gurau. Walaupun garang nak mampus, gurau dia kelakar nak mati. Boss pernah cerita pada aku yang dia suka perempuan kaki ketawa. Fanny tidak. Sejenis Fanny itu kurang berbual dengan lelaki.

Dan sebelum terlupa, boss aku suka perempuan Melayu. Disebabkan itulah aku kesian melihat Fanny. Bagai bertepuk sebelah tangan. Ah! Jauh aku fikir fasal orang. Fanny tu amoi chantek kot, tak dapat boss pasti ada menyusul. Cuma kurangnya, kaca mata dia petak besar. Katanya hadiah dari bapa dia.

Sentimental value.

Entah kenapa aku terfikir lama fasal Fanny sampai lupa habit kebiasaan aku sebelum ketibaan Kak Sajuvi dengan fail bertimbunnya. Segera jari aku membuka Twitter dan tiap-tiap ciapan rawak aku baca. Macam biasa Twitter ini sarangnya puak penentang UMNO. Juga tempat budak liberal bersarang.

Aku lebih fokus dengan perkongsian ilmiah. Adapun video-video bodoh yang kelakar. Aku jarang buka Facebook. Sana tempat orang-orang kahwin. Tak resepi makanan, cerita hantu yang bersepah. Mark Zuckerberg elok sediakan ruangan memasak di Facebook.

"Adik manis, ni hah akak bawak hadiah"

Dum!

Terbelalak mata aku melihat empat tindihan fail putih berkulit keras. Wajah Kak Sajuvi senyum nakal.

"Amboi kak, ni kerja akak sekali ke menyelit nih. Jangan ingat saya tak tau heh. Ngelat ya" Usik aku menyengih.

"Wah-wah apa you ingat I macam itu dua ekor ka? Memang u punya kerja separuh adik manis, yang selebihnya itu dua mangkuk punya. Ala lagipun kan boss kata u perform. Staff of the month kan" Kak Sajuvi membalas dengan bunyi yang lagi sinis. Sengihnya bak kerang busuk.

"Iyeler" Aku acah-acah merajuk.

Dua ekor manusia yang dimaksudkan Kak Sajuvi itu adalah dua pekerja tua yang sering pulang on time. Bukan sebab mereka buat kerja sebelum jam enam petang. Mereka berdualah banyak memberi kerja kepada orang. Itulah Abang Haris dan Abang Iskandar.

Sebab apa aku gelar dia abang, sebab dia senior kat sini. Tua tak guna. Nama mereka sahaja ada pada fail paling atas. Sudahlah tiada upah.

"Semprul, bajindul"

"You cakap apa Saiful. Saya tak faham maa" Celah Kak Lei.

"Haha saya cakap jawa la kak"

Phew, nasib baik tak faham. Mencarut jugalah aku dalam bahasa jawa.

>>>

Seusai jam menghampiri enam patang, aku segera bersiap berangkat pulang. Kerja-kerja pejabat sudah lama aku submit kepada Fanny. Kini otakku sudah ringan untuk tuju ke kedai makan. Tak banyak hidangan aku bayangkan kerana otak aku cuma minta tidur. Main permainan video.

"Saiful, you mau pergi makan mana. I nak ikut sekali boleh?"

Aku berpaling. Susuk Fanny sudah siap mencepung fail. Wajahnya penat memandangku letih.

"Makan mamak je. Kalau you nak ke mall boleh je saya temankan" Ujarku kembali.

"Eh takperlah. Mamak pun I okay je, kita pergi Yusof Muthi ya?"

Aku beri isyarat okay. Tempat kegemaran aku.

Fanny memang suka mengajak aku keluar makan di kala tengahari dan petang. Tidakpun dia akan keluar bersama staff perempuan. Tetapi jika dengan staff lelaki Fanny akan ajak aku dengan Krul. Disebabkan Krul sudah ada komitmen dengan tunangnya, maka aku sahajalah menjadi peneman Fanny.

"Why tak ajak boss keluar makan? Kenal-kenallah sama dia" Usik aku sementara kami dalam perjalanan ke Yusof Muthi.

"Taknaklah, dia bukan nak layan sayapun" Jawab Fanny bernada datar. Ada bunyi sebak di hujung kata.

Aku tersilap cakap sebenarnya. Ingat nak mengusik. Segera aku buka siaran radio cina. Fanny kembali ceria. Mungkin lagu yang sedang berkumandang itu kegemaran dia. Siap nyanyi lagi.

"Apa tajuk ini lagu aa, suka u nyanyi sama?" Soalku.

"Lagu ini tajuk dia So Called Love Song. Itu suara amoi banyak sedap kan, saya minat dia tau" Balas Fanny. Kemudian dia sambung nyanyi.

Aku senyum-senyum sahaja. "Entahlah Fanny, suara u saja saya dengar. Nasib baik sedap, heh. Tapi sikit ajala sedap"

Fanny mencubit bahu aku sambil menyanyi.

Seusai tiba di Yusof Muthi, kami berdua pilih tempat paling berjarak dengan kumpulan manusia lain. Aku dan Fanny membawa pinggan kami yang sudah penuh dengan nasi dan lauk menuju ke meja yang diletak merapat dinding. Di situ tak terlalu bingit dengan suara brader-brader pomen.

Kami makan sambil berbual. Sifat introvert Fanny hilang bila saat melepak dengan aku. Mungkin itu sebab dia sering mengajak aku keluar. Tetapi apabila dia mengadap telefon, aku jadi batu serta-merta. Bukan sebab dia melayan media sosial.

Fanny bila melayan Korean dia bagai sudah hilang perwatakan sebagai manusia. Otak dia terus fokus menikmati kesedihan yang dibuat-buat. Lagi menakutkan tiba-tiba dia menangis. Bila tengok, owh watak kacak sudah mati. Takpun watak kacak kena penyakit. Dasyat betul pengarah Korean main minda penontonnya.

Mataku memandang luar kedai. Membuntang juga bola mata ini apabila melihat susuk yang aku kenal muncul di depan kedai.

"Suri"

Suri juga memandang tepat ke arahku. Dia senyum manis dari jauh. Semakin hari, semakin cantik pula aku lihat jiran penyegan aku ini. Terpaku juga aku melihat Suri berjalan ke kauter. Mahu sahaja aku panggil dia agar makan bersama kami.

"Oit Saiful, you sudah matikah?" Suara Fanny aku bagai dengar tak dengar sahaja.

SURIWhere stories live. Discover now