Bahagian 23

104 11 1
                                    

Langit membiru. Sikit-sikit cahaya kuning mencerah. Aku merenung tingkat 8. Mata aku secara tidak sengaja melihat Suri. Dia melambai tangan sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Suri hanya berseluar pendek biru perlahan. Pagi-pagi sudah melihat aurat perempuan. Aduh

Ada keriuhan di kawasan letak kereta blok C. Blok yang bersebelahan blok B dan D. Di belakang blok C adalah dataran parkir. Kekecohan apa yang sedang tercetus aku tidak pasti. Dari sudut aku berdiri hanya nampak beberapa orang terpekik terlolong memanggil pengawal keselamatan.

Aku syak kotak parkir tuan rumah diambil orang sebarangan. Hal tipikal di Sri Vanilla. Jika sudah berbisingan di kawasan letak kereta, apa lagi yang hendak digaduhkan. Biasalah orang luar bila singgah sini mereka ingat boleh sahaja parkir di kotak letak kereta yang kosong.

Mengenang waktu ini aku perlu ke tempat kerja, malas aku hendak ambil campur tangan. Lagipun bukan masalah aku. Kereta aku sendiri terpaksa dicampak di luar kompleks. Hendak merungut siapalah aku kan. Cuma penyewa. Melihat kereta anak tuan yang menjajah kotak parkir yang tertulis nombor rumah aku di tapaknya, buat aku menyampah.

Ah lantaklah.

"Ini Bob punya pasallah. Itu kunci kereta lesap sama dengan dia juga"

Aku dengar bebelan salah seorang dari dua pengawal keselamatan yang sedang tergocoh-gocoh berlari ke arah aku. Aku pasti mereka sedang menuju ke arah keriuhan tadi.

"Hei apa jadi sana hah?" Soalku kepada salah seorang pengawal.

Juga pengawal keselamatan semalam. Muka baru. Itu tandannya jawatan Bob telah diganti. Tempat kerja pengawal di Sri Vanilla hanya cukup untuk empat orang. Seorang keluar akan diganti baru.

"Owh, itu satu orang owner rumah baru balik dari kampung. Tengok-tengok ada kereta Toyota dalam parking dia. Ini Bob punya pasallah, itu hari dia jumpa satu kunci Toyota tapi dia kata tak jumpa kereta dia letak mana, apalah dia tu. Sudahlah tak datang kerja" Jawab pengawal itu dengan nada merungut.

"Hmmm, Toyota?"

>>>

"Surat?" Soalku kehairanan.

"Yup" Jawab Krul. Dia mengeluarkan sekeping surat bersampul rona putih.

Aku tarik surat itu dari simpanan sampul. Surat yang sudah terlipat dua aku buka. Di permukaan kertas tercalit tulisan ringkas yang dikarang Rosa. Krul mengamati wajah aku dengan penuh lengai. Mungkin dia sudah tidak larat hendak memikirkan ke mana Rosa menghilang. Mungkin juga disebabkan isi surat dari Rosa ini.

Dengan nafas kecil terhembus, aku baca surat itu dalam nada separuh berbisik.

'Maafkan saya sayang. Saya perlu menyendiri. Maaf kalau tidak dapat menghubungi saya, tolong beri masa kepada saya untuk tenangkan fikiran. Saya akan ke selatan, jangan risau saya tak akan apa-apa. Thanks for everything'

Aku memandangg Krul. "Rosa letak surat ni kat peti rumah kau?"

Krul angguk kepala. "Kalau itu yang dia nak aku nak buat macam mana, layankan jelah. Takpa aku yakin Rosa akan balik nanti. Aku yakin" Jawab Krul dengan nada perlahan. Nada-mada penyendapkan hati.

"I kesian dekat U la Krul. Sabar banyak – banyak aa. Kalu mau accompany I dan Ful ada, u janganlah sorang-sorang layan itu u punya feeling" Pesan Fanny yang tercegat di belakang aku.

"Erm" Krul angguk kepalanya sekali "thanks anyway. Terima kasih Ful sebab tolong aku"

Aku dan Fanny membalas penghargaan Krul dengan senyuman. Tepat jam lapan kami berdua berjalan kembali ke kubikel kami. Fanny sempat mencuit aku dan mengajak makan tengahari bersama. Aku iyakan sahaja.

SURIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt