Bahagian 6

153 14 0
                                    


Burung-burung gagak terbang malam. Memang aneh duduk di bandar ini. Jika di kampung, ketika inilah burung-burung hantu membulat mata. Masa inilah kelawar mencari buah. Di sini pula aku lihat gagak gigih mengoyakkan plastik sampah.

Gelap malam sangat pekat. Aku tak nampak langsung tira-tira berselerakan atau bulan meninggi langit. Awan mendung terlalu pekat. Barangkali bukan rinai yang merintik. Hujan lebat yang membasah sebentar lagi. Semilir sejuk pula dari tadi mengigit-gigit roma tengkuk ini.

Malam ini aku tidak bertemankan Lucky Strike. Selepas berjogging aku lebih enak menatal telefon. Nafas aku naik turun, tidak sesuai buat kerja gila membunuh paru-paru.

Selari berlari anak mengelilingi taman, aku juga suka berjogging keliling apartment Sri Vanilla. Berpeluh jugalah bila mana aku perlu berlari melepasi tiga blok bangunan. Selepas itu pula aku pilih tangga sebagai laluan jogging dan terus naik ke tingkat lapan.

Di tembok terbuka berdekatan tangga kecemasan aku ambil masa rehatkan fizikal. Notifikasi masuk. Aku lihat nama Fanny tertera. Bila whatsapp dibuka, terpampang tulisan cina. Aku balaslah juga. 'U tulis apa moi? I dulu sekolah kebangsaan la'.

Fanny balas dia tersalah hantar. Dan bila aku berwhatsapp dengan Fanny dari hal yang semudah itu ia akan meleret berbasi basa. Banyak benda jugalah Fanny asyik tanya. Akupun layankan sahaja. Setengah jam kami merepek hal dunia, akhirnya Fanny ambil keputusan untuk tamatkan bermesej kerana dia hendak masak mee ramen.

Otak aku terbayang makanan yang menjadi kegemaran Naruto.

Pranggg!

"Aduh, sakitnya!"

Aku tersentak. Aku menjengah di tiang tangga. Kelihatan seorang awek terjatuh dengan barangnya pecah berderai. Mesti sakit kaki tersungkur di anak tangga. Maka sebagai seorang yang prihatin aku segera menuruni tangga.

Aku juga nampak darah mengalir. Aku pasti ada kecederaan di tubuh awek tersebut.

Satu-dem satu anak tangga aku pijak. Bunyi erangan awek itu aku sahut dengan "Kejap dik, saya tengah turun". Aku turun tiga tingkat ke bawah.

Tap Tap

Dan aku tercengang. Kelibat awek itu tiada. Cuma barangnya yang sudah pecah ditinggalkan begitu sahaja. Dan juga tompoka sisa darah. Aku menjengah ke bawah.

"Bab!"

Hampir lengkap perkataan babi tersembul. Anak tangga di bawah aku ini lampunya rosak terpadam. Di situ jugalah aku nampak seorang perempuan berbaju hitam berdiri tercegat merenung aku. Pelik sebenarnya. Awek tadi aku yakin bajunya biru berseluar jean. Rambut pendek. Awek ini pula rambut mengurai.

Wajah dia aku tak berapa jelas. Gelap. Nampak samar-samar tubuhnya sederhana tinggi. Baju dia lusuh gila dan aku rasa dia tidak berseluar kerana baju labuhnya menutup hingga ke paras peha. Aku tak nampak sebarang kain yang menutup aurat bawahnya.

Aku rasa tak sedap hati. Sebabnya matanya menjengil melihat aku. Dari lama aku duk termangu, baik aku blah naik ke atas kembali. Maka melangkah langkau aku mendaki tangga. Ketika inilah aku berasa cemas dan takut.

Perempuan itu ketawa.

"Ah sial!"

Tap! Tap!

Bukan sahaja ketawa seram aku dengar. Ekor mata aku perasan satu pergerakan. Apabila aku berpaling sedikit...

"Ah Shit!

Awek itu sedang merangkak laju naik ke atas. Dia merangkak mengejarku. Mencicit juga aku berlari ke atas. Dengusan awek itu seperti babi. Bukan itu sahaja dia tidak henti-henti mengilai.

"Hehehehe"

Tiga tingkat aku terpaksa daki. Cemas gila aku memanjat. Itu sahaja jalan keluar aku. Hampir sahaja aku tesungkur tadi namun nasib baik imbangan badan dapat menyelamatkan diri dari menghempap tangga. Aku terus berlari. Awek itu kekal merangkak. Malah bertambah laju.

Usai keluar dari pintu kecemasan, lekas-lekas aku berlari masuk rumah. Sempat juga aku mangga gril dan aku hempas pintu sepantas mungkin. Di balik lubang intai, aku melihat luar rumah.

Ya, tersembul biji mata aku. Awek seram itu muncul dalam keadaan merangkak. Dia bangkit perlahan-lahan sambil berpaut pada jeriji pintu. Wajahnya masih tertutup di balik rambut yang serabai. Panjang dan tebal.

Dan apabila dia cuba mengangkat wajahnya, aku lekas-lekas berundur hingga bersandar di dinding.

Jeriji digegarkan. Sangat bingit bunyi bisingnya. Aku lantas menjarakkan dari ke ruang tamu. Duduk sambil berzikir doa. Dalam otak ini aku fikir awek itu memang hantu. Juga berfikiran paranoid. Aku takut jika awek itu tiba-tiba muncul di belakangku. Aku pejam mata.

Dan beberapa saat kemudian bunyi gegaran jeriji hilang.

Aku biar sepuluh minit dengan keadaan tubuh terpaku di atas kerusi. Mata masih terpejam. Mulut berbisik kekal membaca qunut. Selepas berasa berani kembali, aku tekapkan kembali mataku di lubang intai. Losong. Tiada lagi kelibat awek seram itu. Hanya koridor lengang dengan cahaya yang terang.

Aku lepaskan nafas selega yang mungkin.

>>>

Selepas berpenat membuat kerja aku lepak dengan Krul makan tengahari. Adalah juga abang Hashim duduk semeja. Abang Hashim tak macam dua ekor tua tu. Abang Hashim ini bila sembang ilmu pustaka dia padat. Ada sahaja isi cerita dia berserta fakta. Kalau buat buku pasti laris. Aku sangat pasti.

Sambil itu aku tonton juga berita tengahari. Bersiaran lagi cerita kes di taman rumah aku. Polis sudah menahan seorang pemuda untuk disoal siasat. Apa yang menarik tentang kes ini, perempuan yang mati itu anak seorang ternama. Kaya gila bapa dia. Katanya pemilik menara holding-holding kat Kuala Lumpur.

Orang yang kena tahan itu pula pemandu Grab. Orang terakhir yang bersua muka dengan mangsa. Seperti biasalah, kaki bawang buta tuli mulalah tuduh si lelaki itu yang membunuh perempuan itu. Mulalah naik cerita abang Grab miang, gatal bagai.

Teringat juga hantu yang kejar aku malam tadi. Masa ini juga aku terus cerita dekat Krul dan abang Hisham.

"Biasalah tu Ful, selalu kalau kat apartment tempat tak ramai orang guna tulah tempat dia bertendang. Tempat kau ada lif kan, sapa ja nak naik guna tangga, pak guardpun naik lif kot. Semua malas nak naik tangga kan, tu lah dia port jin berkampung" Abang Hashim mengulas.

Telefon aku bergegar kecil. Aku lihat ada notifikasi whatsapp masuk. Aku jenguk seketika dan ada pesanan datang dari group apartment aku. Aku buka dan lihat.

"Erk!"

Terkejut aku sejenak. Wajah seorang remaja hilang dihebahkan. Anak kepada seorang penduduk. Pantas otak aku teringatkan perempuan semalam. Perempuan yang jatuh kesakitan. Wajah mereka persis. Makanya aku memang bertemu dengan orang.

Habis, awek yang mengejar aku itu orangkah?

"Kamprett!"

SURIWhere stories live. Discover now