Bahagian 27

112 9 3
                                    

Inilah pertama kali perempuan yang tiada kaitan dengan nisab keluarga bertandang ke apartment aku. Tidak aku pasti apakah Fanny ada daya kesan hantu atau dia hanya beralasan hendak ke rumah aku. Entah. Aku layankan sahaja. Dengan Fanny tak boleh bawa gaduh. Mulut dia seperti pejuang feminism.

Susah nak kalah.

Aku beri Fanny dengar audio pesanan dari Bob. Pesanan suara yang dihantar Bob kepada kawan sebangsanya. Fanny dan aku menjengah ke balik jeriji. Kemudian Fanny menejengah pula ke dapur belakang. Ada tingkap kaca yang boleh dibuat intai. Fanny tidak bercakap apa-apa selain melihat.

Terserempak juga dengan dua perempuan yang mencepung buku akademik keluar dari lif. Wajah mereka berkerut melihat kami. Mungkin pelik dan curiga. Aku hanya mengerling mereka sebelum kembali merenung Fanny.

"Erm, jomlah pergi rumah u" Ajak Fanny seperti sudah puas hati... atau sudah bosan.

"Jumpa apa-apa tak?" Soalku.

Fanny tak membalas selain menarik tangan aku agar berjalan bersamanya masuk ke dalam lif.

Sejuk. Biasalah bila habis hujan sisa angin sejuk masih berkeliaran. Matahari dihadang penuh dengan awan-awan yang masih tebal. Naik pula ke tingkat 8. Angin sana sini masuk menyengat roma. Fanny melihat sekeliling.

"So this is your house?" Soal Fanny.

"Yup"

Fanny menjenguk rumah di sekeliling aku. Aku biarkan sahaja apa yang dia hendak buat. Berjalan ke tangga kecemasan dan masuk ke balik ke koridor. Memandang aku sejenak kemudian berjalan hingga ke pintu kecemasan sayap kanan bangunan. Kemudian kembali ke sisi aku kembali.

Tanpa berkata apa-apa maklum balas, Fanny membuka sandel merahnya itu lalu meminta aku membuka pintu. Aku turutkan sahaja. Sebaik pintu terbuka Fanny dahulu masuk ke dalam rumah dan melihat sekeliling. Wajahnya teruja.

"So, nak bagitau apa-apa tak?" Soalku sambil berpeluk tubuh di hadapan pintu. Seriau pula kalau ada mana-mana badan majlis tiba-tiba menyerbu. Yalah, mana tahu tiba-tiba jiran tetangga jadi prihatin pula kan. Maklumlah sekarang banyak kes cabul perempuan selepas si lelaki ajak mereka datang rumah.

Dalam situasi aku Fanny yang consent ya. Dia yang nak datang rumah aku. Lagipun tiada setan bersarang dalam otak aku. So don't worry, tiada adegan cabul dan rogol ya.

"Quiet impressive actually" Ujar Fanny sambil dua jarinya mencuit dagu.

"Maksud u?"

Fanny berlari ke arah rak buku. Dia membelek beberapa buku lalu dikeluarkan. Sempat juga dua tiga buku dia minta lalu disimpan di dalam tas tangan doraemonnya. Betul, aku tidak pasti berapa luas tas tangannya kerana di dalam tu macam-macam benda dia simpan.

"Tak sangka rumah u bersih. U know, my brother house so messy, so shitty. Stress I tengok... tapi bila I tengok rumah u wow, actually ada juga boy yang rajin kemas rumah ya" Komen Fanny.

Pulak. Bukan jawapan itu yang aku nak sebenarnya. Aku nak tahu hal keseraman apartment aku. Naluri sixth sense dia. Ada ke dia bagi komen pasal kebersihan rumah aku. Heh.

"What, U think all men cannot keep clean aa?" Cebik aku.

"Hehe, I gurau je la. Yalah, yalah, some men deserve better" Balas Fanny.

"Heh, so far apa you rasa. Ada nampak apa-apa seram tak" Soal aku kembali kepada tujuan asal Fanny hendak ke mari.

Fanny merenung aku sambil angkat kening. Dia tidak menjawab. Dia berjalan dengan sebuah buku yang bertajuk Shadowplay dan menari sofa untuk diduduk. Dia membelek beberapa muka sambil membaca sejenak dan kemudiannya dia memasukkan buku itu ke dalam tas tangannya. Ada tiga buah buku dia ambil.

SURIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt