Bahagian 7

142 12 1
                                    

Bob. Bekerjaya sebagai pengawal keselamatan di Apartment Sri Vanilla selama dua tahun. Aku pula baru setahun duduk sini. Makanya Bob lebih senior dari aku. Mungkin kau orang akan bayang seorang lelaki gemuk yang berjalan semput-semput ketika meronda. Tidak saudara kalian.

Bob ini pekerja asing. Dia datang dari Bangladesh. Malah fizikalnya kurus keding. Sebab apa dia gelarkan dirinya Bob? Inilah taktik dia agar diterima masyarakat setempat. Nama asalnya Salim Kashan. Dia kata nama Bob ini unik. Di USA Bob bukan untuk orang gemukpun. Anjing juga mereka panggil Bob. Tetapi di Malaysia, whoever use a Bob name he is a fat lad.

Itu sebab Salim Kashan suka akan nama Bob. Sebabnya dia teringin jadi gemuk.

Selepas pulang dari tempat kerja, aku terserempak dengan Bob. Dia sibuk menampal wajah penduduk apartment yang masih hilang. Awek yang aku nak tolong itu. Awek yang tiba-tiba bertukar jadi hantu. Sudahlah jadi hantu, dikejarnya aku.

Menurut Bob, awek itu sepatutnya pulang dari IKEA. Rakaman cctv ada merakaman susuk perempuan itu tunggu pintu lif. Pintu lif terbuka, awek itu tak masuk ke dalam sebaliknya dia beralih ke arah tangga. Di laluan kecemasanlah kali terakhir jasad awek itu terakam sedang berjalan ke anak tangga. Dan ketika itu pukul 8.30 malam.

Seingat aku, waktu aku berjogging memanjat tangga waktu itu sudah jam 10 malam. Mendengarkan input dari Abang Bob ini buat aku menelan gulp yang banyak. Kalau benar awek itu hilang, jadi yang kejar aku itu sah-sah hantu. Jadi kebarangkalian awek itu...

"Bob, kau pernah kena kacau tak selama kerja kat sini?" Soalku.

Bob pandang aku sejenak. Dia menyengih. "Ish kenapa abang tanya soalan macamtu? Abang kena kacau ke?" Soal Bob balik. Walaupun ada lenggok Bangla, namun perkataan Melayunya jelas. Walhal Bob ini baru empat tahun di Malaysia. Hmmmm.

"Haah, sekali tu aku dengar suara perempuan menangis kat koridor rumah aku" Ya, aku berbohong. Aku tidak mahu menceritakan hal sebenar. Berjelar nanti bila aku sebut fasal 'awek' hilang itu.

"Ah itu kecil saja bang. Saya kena lagi teruk, tapi abang jangan cerita sama orang tau sebab nanti saya kena marah dengan boss. Boss taknak kita kasi takut penduduk sini" Balas Bob.

"Yalah, yalah. Aku simpan baik-baik"

Maka sementara menjaga pos kawalan, Bobpun buka mulutnya bercerita.

>>>

Malam itu giliran Bob meronda Blok A. Dari pos kawalan, dia keluar berjalan hingga ke blok A. Strategi Bob meronda adalah dengan menaiki lif dari satu tingkat ke satu tingkat. Kemudian sampai di tingkat paling atas dia akan turun guna tangga.

Apartment aku ada dua laluan kecemasan. Maka Bob akan naik lif lagi sekali dan turun ke tangga sebelah barat pula. Dia perlu lengkapkan rondaannya di setiap satu bangunan.

Ting!

Bob tiba di tingkat paling atas. Seperti biasa tingkat dua belas dersik sejuk menghurung dalam keadaan beralun. Boleh dengar bunyi angin melanggar tingkap. Bob meronda memerhati sekeliling. Tidak seperti bangunan pejabat, koridor apartment selalunya terang benderang. Lagipun tempat Sri Vanilla agak mewah infrastrukturnya.

Maka tidaklah berasa seram apabila berjalan-jalan seorang diri di sekitar kawasan. Tidak sampai seminit Bob berjalan, dia sudah mengorak langkah masuk ke dalam ruang tangga. Bob menuruni ke bawah dengan melangkau satu anak tangga.

Sehinggalah di tingkat lapan Bob terlihat satu susuk berlari keluar dari pintu kecemasan masuk ke dalam ruang koridor. Bob mula syak sesuatu. Bob percaya susuk itu melarikan diri sebaik terlihat dirinya sedang turun.

Bob pantas berjalan keluar dari ruang tangga. Da terlihatt seorang perempuan berbaju serba kuning dan bergaris merah di bahu. Rambut perempuan itu jatuh hingga ke paras dadanya. Lurus ikal mayang. Wajahnya memandang pintu lif.

Bob merapati perempuan itu. Sempat juga dia meminta perempuan itu tunggu seketika. Bob yakin hidungnya mula bau-bau ikan akan kewujudan perempuan itu. Lagi-lagi tangan kirinya memegang pemutar skru dan sebilah pisau.

Dalam firasat Bob itu semua alatan memecah rumah.

"Cik ooo cik"

Dari tadi panggilan Bob tidak diendahkan namun jasad perempuan itu kekal tercegat. Tiada tanda-tanda hendak melarikan diri. Mungkin firasat Bob salah namun Bob tetap mahu bersoal siasat. Bulan lepas ada kes pecah rumah. Bob kena bekerja betul-betul. Jika tidak nasibnya akan jadi seperti Abu Khilaf.

"Cik tunggu kejap ya, saya nak tanya satu soalan"

Akhirnya perempuan itu menoleh ke arah Bob. Matanya terbelalak. Garis mulutnya mendatar. Wajahnya bengis. Pemutar skru dilepaskan.

"Hei! Cik!"

Tidak sebab Bob buat apa-apa, perempuan itu tidak semena-mena mengelar lehernya dari tepi tengkuk kiri hingga ke tepi tengkuk kanan. Bersembur darah. Wajah perempuan itu masih merenung Bob. Dia tersenyum.

Srekk

Bob yang tergaman mula berasa sangat seram. Mulutnya terketar-ketar. Kakinya teragak-agak untuk berundur atau maju. Kepala perempuan itu jatuh ke lantai. Ironinya jasadnya kekal berdiri. Dan saat menyeramkan apabila kepala yang jatuh tiba-tiba itu mengilai.

"Argh!"

Bob lari lintang pukang apabila kepala perempuan itu bergolek ke arah Bob. Matanya masih membuntang. Lagi menambah panik, tubuh tidak berkepala itu mengejar Bob dari belakang. Nasib baik Bob kurus. Berlari laju bagai palesit. Mengahnya kurang. Lagipun dalam keadaan takut memang gila dia hendak berpenat di tangga.

Asal tiba di tingkat lantai, Bob menerjah keluar lalu terus berlari ke pondok keselamatan. Sebelum tiba di pos, Bob perlu melepasi padang kecil yang disertakan taman permainan. Ketika itulah Bob nampak seorang budak remaja duduk di buaian dengan kepalanya bergolek-golek hingga masuk ke dalam longkang.

Dasar leher budak itu memancutkan darah yang banyak. Dari jauh Bob dengan bunyi mengilai. Laju dia lari hingga tiba ke pos kawalan dan dengan serta-merta Bob pengsan kepenatan.

>>>

"Dasyat giler citer kau tu Bob, berapa hari kau demam?"

"Tiga hari bang tau. Gila takut depan mata saya nampak kepala dia putus" Jawab Bob beria.

"Bila kau kena kacau tu? Lepas tu kena lagi tak?" Soalku lagi.

"Sebulan lepas. Masa tu saja saya kena, lepas tu elok je dia tak datang kacau... tapikan bang ingat lagi tak sebulan lepas kan kecoh pasal mayat budak perempuan dekat apartment The Dusun? Hah, malam tulah saya kena kacau. Esok pagi riuh penduduk sana jumpa mayat dekat longkang"

"Fuh, bapak arr"

SURIWhere stories live. Discover now