Bahagian 24

95 9 0
                                    


Air yang bertakung di tangan aku simbah di muka. Aku ulang dua tiga kali perbuatan hingga yakin wajah aku sudah lagi tidak berlumuran darah. Aku mandi. Baju yang penuh dengan muntah darah Rosa aku biarkan mesin basuh tolong cucikan.

Sekarang ini masalah aku adalah darah Rosa yang melopak di lantai koridor dan lif. Perlukah aku biarkan sahaja?

Aku tekap wajah aku dengan tuala. Keliru aku memberat serat-serat saraf otak. Aku tidak pasti hendak kategorikan pengalaman tadi sebagai ilusi atau kenyataan. Jika ia ilusi, bagaimana dengan darah yang aku sedang bersihkan ini? Jika ia kenyataan, ke mana tubuh Rosa menghilang? Adakah ada orang sedang memukau aku? Aku terkena sihir?

Terpaling menyakitkan kepala aku ketika ini adalah kata-kata Rosa.

Aku duduk kedunguan di hadapan layar televisyen. Jarum jam berdetik menepat di nombor 1.30 pagi. Ruang tamu ku biarkan gelmat. Mataku polos merenung televisyen yang terpadam. Aku biarkan balkoni cerah dengan lampu. Aku masih terbayang susuk Rosa yang benar-benar wujud seketika tadi.

Aku yakin ia bukan sekadar ilusi atau mimpi. Aku kena minta tolong Zambri fikirkan sesuatu. Aku tidak pasti apa yang sedang berlaku dengan persekitaran aku. Sejak kematian perempuan di taman rekreasi aku didatangai gangguan seram dan pelik.

Aku renung dua tangan aku. Memang terasa benar beban Rosa aku tapung sebentar tadi. Ah, celaka betul.

Tretttt

Aku merenung telefon. Fanny menghantar whatsapp. Aku melihat apa yang dihantarnya.

'Dah tidur ke?'

'Hmmmmm... saya dah lama dah masuk tidur. Siap berdengkur lagi atas katil tu'

'Eh, but who reply this aa?'

'Hantu'

>>>

Zambri pada awalnya mendengar luahan aku. Dia jeda sambil meneguk air panasnya. Kemudian dia memandang ke arah jalan. Aku pasti Zambri ketahui sesuatu yang amat penting buat aku tetapi dia takut hendak menceritakannya.

"Aku sebenarnya Ful, aku sendiri tak tahu benda yang kacau ini adalah santau orang atau benda itu sendiri berminat dengan kau"

Mata aku terbuntang. "Huh? Jadi kau rasa yang mana? Seriuslah Zambri, meremang bulu roma aku ni" Ujarku dengan dahi mengerut.

"Aku nak cerita macam mana ya, ermm... bila aku datang rumah kau, aku cubalah untuk berinteraksi dengan benda tu. Yang bagusnya dalam rumah kau tak ada tau" Zambri berhenti dari bercakap. Dia menatal telefonnya seketika.

"Jadi benda tu ada kat mana?"

Zambri memandang aku dengan kening sebelah terangkat. "Benda tu datang dari luar, dia masuk dalam rumah kau dan dia sentiasa ikut kau. Itulah yang aku rasa bila dekat dengan kau. Tapi sekarang aku tak rasalah... dan part ni aku takut nak cerita sebenarnya..."

"Ceritakanlah Zambri" Aku menyedut teh ais dengan perasaan suspen.

"Betul kau nak dengar? Tapi aku harap kau jangan takut pula lepas ni. Aku nak ceritapun serba salah Ful" Balas Zambri.

Alasan Zambri itu makin buat aku cuak. Namun aku perlu tahu apakah ia. Aku perlukan jawapan. Aku pandang Zambri dalam-dalam. Aku rasa aku sudah bersedia. "Ceritakanlah Zambri, aku dah lama bersedia"

"Sebenarnya selepas balik dari rumah kau, aku ikhtiar dengan ustaz kat surau taman aku. Kami ada lah pergi jumpa sorang bomoh nih sebenarnya..."

Aku tercengang tetapi aku diam. Aku biarkan Zambri bercerita.

SURIWhere stories live. Discover now