Bahagian 2

246 18 2
                                    

Aku masih mengantuk. Aku segera menaip. Aku letakkan sasaran di nombor 40. Apabila tangan aku selesai menaip perkara di barisan 40 aku bangkit dari kerusi dan menjauhkan diri dari kubikel. Tiada siapa yang pandang aku kerana masing-masing mengejar deathline.

Bos aku garang gila.

Di tembok berdekatan tangga kecemasan aku lepaskan asap. Mengantuk aku sedikit-sedikit hilang. Masa aku tak panjang. Sedutan aku pantas. Sambil itu aku masih terfikirkan surat yang dihantar secara misteri oleh jiran hadapanku. Bau surat itu wangi.

Teringat aku akan surat pak su aku. Cara orang dahulu menjejak kasih. Umpan wangian itu menjentik hati. Mata ini terbayang-bayang wajah yang cantik. Ia seperti pukau. Bila ia sudah terkena, angaunya melayang-layang. Bahaya beb.

Aku tidak pernah bertegur sapa dengan Suri sebenarnya. Perempuan itu baru pindah masuk dua minggu lepas. Selalunya aku keluar dari rumah awal pagi, aku tak nampak kelibatnya. Balik kerjapun tak nampak. Aku agak Suri ini pelajar Kolej. Sebabnya tidak jauh dari apartment aku ada kolej yang sangat besar.

Aku menjentik putung Lucky Strike ke bawah. Tidak aku peduli abu rokok itu kena siapa-siapa. Segera aku masuk ke dalam pejabat.

Wajah kak Ayu mendung. Wajah Abang Hashim mengantuk. Wajah Krul polos. Wajah Zurin kaku. Semuanya bagai hantu yang ditampal mantera di dahi mereka. Saka suruhan. Untung juga kalau jin saka boleh dijadikan suruhan membuat kerja pejabat. Zaman sekarang orang dah jarang berkebun. Orang juga jarang berjanji dengan jin seta. Jin sudah pasti jobless. Tiada ladang hendak dijaga. Tiada rumah hendak dilindung. Tiada manusia hendak dijerat.

Mana tahu selepas ini kerajaan boleh menggaji jin membuat kerja. Tetapi upah dia tau-taulah...

Dari barisan 40 aku sambung semula menaip. Kerja aku ringkas namun meleret. Aku perlu taip benda sama dalam seribu barisan. Semuanya nama individu, jumlah item dan harga. Bosan namun berbaloi. Gaji RM 4000 buat kerja berulang. Siapa tak mahu.

>>>

Mambang senja menjelang. Sayup-sayup kedengaran azan Maghrib berkumandangan. Burung gagak dan layang-layang bersaing pulang sarang. Aku pula duduk sendirian di Mamak Ali Corner. Macam biasa nasi kandar kuning jadi hidangan senja. Terasa hangat nasi dana yam berempahnya.

Antara kegemaran aku apabila bertenggek sopan di Mamak Ali Corner. Lauknya sentiasa hangat. Aku tidak endahpun kehadiran tikus saiz kucing dan lipas saiz mentadak. Menikmati makanan itu lagi penting buat aku. Kalau sakit perut esok minta sahaja MC.

Aku menghirup teh 'o' ais sepuas tekak hingga berbunyi dasar gelas aku sedut. Itu tandanya aku sudah selasai makan dan tiba masa untuk berangkat dari kedai makan itu. Usai membayar aku berjalan menuju ke kereta dan memandu pulang.

Di lorong belakang bangunan aku nampak kejanggalan. Ia sedikit meremang. Aku terlihat seorang wanita berkain batik dan berbaju kemeja duduk mencangkung. Aku nampak dia meratah seekor ayam mentah di tepi longkang. Dia tenung aku dan aku kerling dia. Namun pandangan kami terputus apabila kereta aku meluncur ke depan.

"Pengotor betul. Orang gila kot"

Jeriji ditarik. Aku buang kasut di atas rak. Mata aku sempat memandang pintu rumah Suri. Pandangan aku jeda 30 saat.

Ktang!

Tidak sempat aku hendak melarikan pandangan mata ini. Wajah Suri kelihatan, tangannya pula membuka pintu. Dia tersenyum sambil berjalan menunduk ke depan. Aku pula tersenyum tetapi melarikan tubuh masuk ke dalam rumah.

"Aduh, comel pulak awek depan rumah tu"

SURITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang