Bahagian 4

189 11 5
                                    

"Eh, assalammualaikum"

"Err, waalaikumsalam"

Suri keluar dan berjalan menapak perlahan meninggalkan aku. Seperti biasa jalannya menunduk dan ketika dia menyahut salamku dia menyelak rambutn depannya yang sedikit terjatuh ke dahi. Cantik.

"Nak pergi mana tu?"

Suri berhenti melangkah. Dia merenung aku. "Nak ke tempat kerja. Ada hal sikit"

"Owh, yeker. Hati-hati ya jalan, luar sana tu jem teruk"

Suri mengangguk dan tersenyum. Balasnya ringkas "Terima kasih"

Dan komunikasi kami mati serta-merta. Suri masuk ke dalam lif dan aku masuk ke dalam rumah. Seperti aku katakan, itulah saat kami bersua muka. Cuma kehadiran surat dari Suri buat aku terdetik ingin berbicara dengannya.

Mungkin itu kehendak Suri melalui surat yang diselitnya itu. Dia mahu aku mengorat diakah? Dia sudah jatuh hati sama akukah sampai di ajak berkenalan.

Jarang aku melihat taktik perigi cari timba serupa begini. Dia mahu tetapi malu. Aku pula tak kenal mana tak akan tiba-tiba nak menjalin hubungan. Memang Suri cantik, pipinya bulat dan wajahnya bujur. Tingginya tidak ketara, rendah orangnya. Matanya redup. Hidungnya biasa macam hidung kebanyakan melayu. Berkulit cerah.

Bukan semua itu aku buat aku jatuh hati. Aku perlu berkenalan dengan lebih mendalam. Kurang-kurang menjadi kawan. Aku dan dia perlu teroka sifat peribadi masing-masing. Muka hanya sebahagian dari sifat peribadi. Malah ia hanyalah sebahagian kecil.

Entahlah, mungkin aku yang fikir melebih-lebih. Boleh jadi Suri hanya mahu menjadikan aku sebagai bulatan kenalannya. Atau mungkin ini caranya berkenalan dengan jiran tertangga. Aku malas hendak meleretkan pemikiran aku.

Tidak bagus memikirkan benda yang tidak pasti. Takut plot twist di hujung cerita. Mulalah hidup ini dihurung murung dan kesedihan. Perasan lebih orang kata. Lagipun aku tiada komitmen dan berasmara cendana. Duit di bank pun ala kadar. Perut lapar inipun ada kalanya tak terisi. Inikan nak diisi perut anak orang.

Tetapi kalau Suri ajak bercinta apa salahnya. Ehe.

>>>

Aku kembali ke taman. Asalnya niat hendak melihat tempat kejadian. Rentangan kuning menutup kawasan panas. Aku hanya pandang dari jauh. Memang menakutkan jika ada pembunuh berdekatan kawasan rumah aku. Lagi menakutkan jika ia bukan kerja pembunuh. Binatang buas. Lagi-lagi menakutkan jika ia monster.

Hantu berbulu. Hantu air. Hantu terbang-terbang. Itu lagi menakutkan. Nak tangkap nak bunuh dengan apa. Nak panggil Ghostbuster?

Itu sebab aku simpan pisau poket di dalam saku seluar. Kurang-kurang ada keberanian. Kalau orang kita lawan. Kalau hantu kita lari.

Berbekalkan air tin teh bunga dan sebungkus burger daging special, aku ambil tempat duduk bersebelahan dengan taman permainan. Asalnya ada dua orang manusia namun mereka segera berangkat apabila melihat kelibat aku muncul.

"Nak beromen la tu"

Aku duduk sambil menikmati permandangan taman permainan yang sunyi. Di bawah lampu kuning aku meneguk teh bunga dan mengigit burger. Sedap dan nikmat. Hidup di kota aku tak perlu tampilkan kepakaran memasak. Aku hanya perlu pick and buy. Semuanya terhidang jika kau berwang. Jika tidak kau berlapar.

Berbeza dengan di kampung aku. Duit berkepukpun jika kedai makan tak buka aku tak akan dapat merasa makanan enak-enak. Lagikan kedai-kedai di kampung ala kadar sahaja tujuannya dibuka. Sekadar mengenyangkan perut penduduk setempat.

Cuma satulah, bila aku tak berwang kebarangkalian untuk aku kekal bernyawa masih ada harapan. Aku hanya perlu masuk ke kebun bapa dan mengait buah-buahan. Masuk ke kebun mak cabut sayur-sayuran. Masuk reban sembelih ayam. Masak, aku tiada masalah.

Seorang perempuan muncul di depan aku. Matanya memandang tegak ke arah buaian. Mataku mengekornya hingga dia duduk di atas buaian. Aku tak rasa perempuan yang tinggi lampai itu budak remaja. Perempuan itu cuma berbaju t-shirt Alan Walker dan berseluar track-suit.

Aku pandang tempat lain. Takut pula dia perasan aku perhatikan dia. Nanti kena cap perogol pula. Faham-fahamlah kawasan taman ini kelilingnya hutan kecil. Sudahlah ada kes bunuh.

Aku ambil keputusan seusai habis roti burger ini aku akan angkat punggung dan terus pulang ke rumah. Aku makan dengan kadar yang perlahan. Kenyang namun nafsu masih meminta makan. Perempuan itu menghayunkan buaya laju-laju.

Rambut ikal mayangnya labuh hingga ke lengan. Aku masih tak dapat melihat wajahnya dengan jelas. Maklumlah waktu malam. Itu sebab aku perlu segera beredar. Nanti jadi apa-apa aku pula kena tangkap. Perempuan itu kian laju menghayun buaian. Tinggi juga dia melayang.

Aku kagum melihatnya. Rahang aku tergantung. Tinggi perempuan itu menghayun buaian sendirian hampir mencapai 180 darjah. Aku tak boleh bayang jika dia melayang ke udara. Mahu sahaja aku ambil gambar. Ke depan dan ke belakang dia menghayun tinggi.

"Ergh!"

Dan apa yang aku hajat menjadi kenyataan. Perempuan itu tiba-tiba melayang dari buaian. Dia terbang ke depan. Kejadian itu buat aku merinding serta-merta. Aku ketakutan dan segera berlari dari situ. Laju juga aku berlari tidak toleh belakang.

Sesaat perempuan itu melayang. Tubuhnya bagai ditolak angin dan dia melayang terus ke langit. Hilaian dia merinding persis seorang pontianak. Sempat juga aku lihat wajahnya dengan jelas.

Putih pucat dan bergigi taring. Matanya merah pekat. Sayup-sayup aku dengar suaranya memanggil.

"Saiful Long, kau nak ke mana tu?"

SURIWhere stories live. Discover now