Bahagian 11

108 10 0
                                    

"Krul okaykah?" Soal Fanny. Nada dia cemas. Yalah, siapa tak cemas apabila teman sekerja dijumpai lemas di dalam tasik.

"Krul masih bernafas, cuma masih tak sedarkan diri. Sekarang ambulans bawa pergi hospital" Jawabku.

"U ada mana? I on the way"

"Tunggu dekat KPJ Damansara. Saya baru nak gerak"

"Okay, okay"

Fanny matikan panggilannya. Aku duga dia sedang memandu sambil menelefon. Aku pula baru hendak menghidupkan enjin kereta. Kelibat Rosa dan Ayumi sudah lama kabut mengekori ambulans dari belakang.

Sejenak aku memandang suasana taman rekreasi Mahkota Tempurung. Lampu kereta polis bernyala-nyala. Beberapa anggota polis menjaga parameter. Ada forensik sedang melakukan kerja. Aku pula baru selesai memberikan keterangan kepada dua anggota berseragam. Seorang berpangkat Inspektor dan seorang lagi berpangkat sarjan.

Mereka adalah dua orang polis yang berbual dengan aku ketika kes mayat wanita hancur separuh itu. Maka aku adalah juga tanya apa yang patut. Menurut dua orang polis itu, pemandu Grab yang ditahan tidaklah bersalah. Rakaman cctv menjadi bukti anak orang kaya itu selamat diturunkan di hadapan Mid Valley.

Rakaman terakhir cctv juga menayangkan saat terakhir sebelum anak orang kaya itu hilang. Di saat itu dia bertemu dengan seorang perempuan berpakaian tebal. Kepalanya tertutup dengan hoodie. Maka suspek misteri itu sehingga hari ini masih cuba dijejak.

So, terlepaslah pemandu Grab itu dari ditahan polis. Penuhlah penyesalan terluah dari para-para kumpulan bawang. Sudahlah gambar dan wajah lelaki itu disebar meluas. Setiap masa kena kecam. Last-last bukan dia yang bersalah. Hambik kau, singkat sangat otak tu.

Sebab itulah Malaysia antara lubuk scammer cari keuntungan. Mudah percaya khabar angin. Lagi mudah percaya cerita sekerat.

Di KPJ Damansara aku bertemu Rosa dan Ayumi. Kami menunggu di bahagian Kecemasan. Menanti kami sambil berbual sejenak bagi menyedapkan perasaan. Banyak juga luahan Rosa berkenaan hari perkahwinannya dengan Krul. Tahun depan bulan Februari majlis mereka bakal berlangsung di Pahang.

Apa yang penting doktor kata Krul tidak berapa serius. Dia cuma tidak tersumbat nafas kerana air baru masuk ke ruang paru-parunya. Ketika ini Krul sedang mendapatkan rawatan doktor. Menurut doktor, Krul tidak mabuk. Doktor percaya Krul tidak terjun ke dalam tasik. Ada orang yang menolak dia.

Sungguh misteri. Hal ini hanya Krul sahaja yang tahu. Dan untuk mendapatkan jawapan, aku perlu tunggu Krul untuk sedarkan diri.

Selain kami bertiga, dua orang polis yang sama turut hadir. Baru kali ini aku berhajat ingin melihat nama di tanda nama mereka. Inspektor Raihan dan Sarjan Kasman. Awalnya mereka menyoal Rosa dan Ayumi. Puas dengan jawapan mereka, dua anggota polis itu pula menyoal aku.

"Jadi kawan encik hanya cuma hantar pesanan yang dia tidak jadi datang?" Soal Inspektor Raihan.

Aku mengangguk. "Yup, dalam jam 11 macamtu. Dia cuma hantar whatsapp aja"

Sarjan Kasman mencatat apa yang aku cakap. Inspektor Raihan pula menyoal.

"Baiklah. Kalau macamtu kami akan terus pantau tempat kejadian, kalau ada apa-apa kami akan cari encik Saiful kembali ya"

"Baik tuan... erm, tuan rasa kawan saya tu mabuk ke?" Soal aku.

"Erm itu yang kami tak pasti. Doktor kata encik Krul tidak ada tanda mabuk, mereka syak Krul ditolak. Mungkin dipengsankan atau dipukau seseorang. Encik Saiful memang ada ke mana-mana tak sebelum jam 11 kelmarin?"

"Erm turun tingkat 5 jelah, saja ronda-ronda kat sana. Orang kata budak-budak tingkat tu buat hal"

"Owh okay, noted"

Sama seperti kami, Inspektor Raihan dan Sarjan Kasman setia menunggu Krul menerima rawatan. Aku kira-kira sudah setengah jam kami termangu di ruang menunggu sebelum susuk Fanny muncul secara tergesa-gesa.

"Apa macam Krul?" Soal Fanny sebaik menyambut ucapan hai dari aku.

"Krul okay. Kena tahan dulu wad kecemasan, dia masih tak sedarkan diri" Jawabku.

"Nasib baik aa. Risau juga satu pejabat tau Krul lemas kat tepi tasik." Fanny mengerutkan dahinya "U jumpa dia macam mana aa?"

"Kami jumpa dia tenggelam separuh badan kat dalam tasik. Kepala dia sangkut ke bawah batang pokok mati, nasib baik nampak tangan dia terjuntai kat batang pokok tu. Baju dia semua terbuka, kami jumpa Krul dalam keadaan bogel"

Fanny meraut riak terkejut. "Wah dasyatnya"

Selesai berbual dengan aku, Fanny beralih arah menghampiri Rosa dan Ayumi yang baru sahaja pulang dari bilik air. Fanny terus berbual dengan mereka dan mengabaikan aku duduk sendirian. Aku menanti sambil merenung jam. Tidak tahu berapa lama Krul perlu ditahan di wad kecemasan.

Mata aku memandang sekeliling. Tidak ramai orang yang menunggu di ruang yang sama. Ada juga orang seperti Rosa menanti anggota keluarga mereka yang sedang dirawat di dalam wad kecemasan. Beberapa petugas dan doktor ke hulu hilir. Jalan laju macam pelesit. Mungkin sedang berkejaaran dengan masa.

Antara hidup dan mati.

Pasti penat menjadi para doktor. Baru nak makan nasi ada panggilan kecemasan. Baru nak berak, jururawat panggil. Baru nak balik rumah, on call operation. Matilanak bak kata Mak Cik Senah yang tinggal di tingkat empat.

Fanny kembali duduk di sebelah aku. Senyumnya kelat tetapi masih cantik.

"Kalau itu Krul kena tahan wad esok baru boss dan ofismate datang melawat" Ujar Fanny.

Aku hanya menyambut dengan berkata 'okay'. Aku jeda seketika untuk menyusun kata-kata sebelum bercakap. "Actually doktor syak Krul ditolak seseorang. Maknanya semasa Krul hilang, I rasa dia bersama seseorang. Mungkin kena culik atau kena rogol. Iyalah pakaian dia kena tanggal tapi itu barang macam dompet, phone, kereta Krul mereka tak ambil"

"Haiya, who want rape a man hah? I tak pernah dengar lorh, selalunya perempuan yang kenal rogol"

"Welcome to 2020 Fanny. U tak pernah dengar eh news kat UK, one man rapes lot of mens. Mangsa perogol tu dia kasi pengsan dulu sebelum anus mereka kena jolok"

"Euwwww, what the f..." Ujar Fanny dengan raut gelinya. Dan tiba-tiba Fanny bertukar riak. Wajahnya teringat sesuatu. Dia bangkit dan minta aku tunggu sekejap. Beberapa minit kemudian dia muncul semula dengan beg kertas yang besar.

"I ada beli makanan for u and them. Almost forgot tadi haha, cemas sangat" Ujar Fanny sambil menyerahkan sebungkus nasi goreng ayam.

"Aduh susah-susah u aja. Beli feveret pula tu, thanks anyway" Ujar aku kembali. Fanny memang tahu apa kegemaran aku. Nasi goreng ayam Kak Halimah dan Fish Manhattan.

Fanny senyum lebar.

Beberapa minit kemudian muncul seorang doktor bersama seorang jururawat. Mereka merapati Rosa dan aku serta Fanny yang menyusul dari belakang.

"Alhamdulilah, Encik Khairul sudah sedarkan diri"

SURIWhere stories live. Discover now