Bahagian 19

96 10 0
                                    


"Rosa jumpa kau semalam?"

"Yup, kami lepak kedai Sapuan ja. Dia ada benda citer kat aku masa tu"

"Benda apa?"

Aku agak berkira-kira. Hendak spill the tea or keep in the dark. Tetapi kalau fikirkanpun ia bukanlah hal yang besar kan? Mungkin masa inilah aku perlu luahkan aduan yang dibuat oleh Rosa. Atau mungkin masih terlalu awal...

"Dia kata kau dah tak macam dulu" Aku pilih kejujuran. "Dia kata kau tak banyak bercakap dengan dia, kau macam jauhkan dia. Tu sebab dia minta pendapat aku dan mahu aku nasihatkan engkau" Jawab aku senada.

Krul melepaskan lelah. Nafasnya sepeerti sesak hendak menelan kata-kataku. Melihat dia tidak mengenakan pod elektriknya, aku yakin Krul dalam keadaan tegang dan rimas. Mungkin benar dakwaan Rosa. Riak Krul mengerut menayangkan emosi tertekannya.

"Dia takda contact kau ke malam tadi ke? Siang ke?" Soalku.

Krul menggeleng. "Last dia telefon aku waktu petang. Itupun katanya nak keluar, tak bagitau nak keluar jumpa kau"

"Ermm, Rosa jumpa akupun tiba-tiba Krul. Kau boleh tanya Suri... lepas kami balik, Rosa dah ada dekat parking keta. Lepas dia hantar aku balik dia blah" Jelas aku penuh kejujuran.

"Just like that?" Pertanyaan Krul seperti tida berapa yakin dengan kenyataan aku.

"Yeah itu je. Kau tak pergi rumah dia ke?" Soalku cuba menolak Krul dari syak wasangka.

Krul menjarakkan diri dari tembok. "Aku dari rumah dialah Ful. Kereta dia takda kot, telefont tak dapat. Dia off" Krul mengeluh panjang.

"Member-member dia ko ada call tak?"

Krul mengangguk. "Semua tak tahu Rosa ke mana" Krul merenung pemapar telefonnya. "Aku siap call mak bapak dia lagi. Rosa takda kat kampung juga"

Risau juga mendengarkan jawapan dari Krul. Ke mana pula si Rosa ini? Seingat aku semalam Rosa hanya bersedih durja. Tidak pula aku perasan tanda-tanda murung atau putus harap. Dan benak memori aku teringat hal Krul. Wajahku mula cemas.

"Krul" Seruku dengan nada panik. "Aku rasalah ini mesti ada kaitan dengan kes kau hilang tempoh hari Krul" Tambah aku bernada laju.

"What?" Krul terkesima.

>>>

Hampir seluruh kota aku dan Krul selongkar. Semua tempat kegemaran Rosa kami telusuri. Namun kelibat Rosa tidak muncul, malah kenderaannya juga tidak ditemui di mana-mana. Kami berakhir membuat laporan polis. Krul mengaitkan kes kehilangannya tempoh hari dengan apa yang berlaku kepada Rosa. Ya, kami tahu benda ini masih kabur namun naluri aku kuat mengatakan kehilangan Rosa ada kaitan dengan apa yang terjadi kepada Krul.

Sepatutnya aku patut tidur waktu ini kerana esok sudah Isnin. Demi menolong kawan, aku tidak kisah tidak tidur semalaman jua. Seusai Krul dan aku ambil hala tuju masing-masing, aku segera pulang ke rumah. Selesai bersihkan badan di kamar mandi aku duduk di sofa panjang sambil menonton televisyen.

Nasi goreng yang terbiar di atas meja, aku renung menyampah. Dek penat aku tidak berasa lapar. Ada jugalah aku ceduk sedikit nasi goreng untuk disuap ke dalam mulut, namun itu sahaja sudah meloyakan tekak. Aku rasa sangat penat.

Sambil bermalasan merenung kosong layar televisyen, aku merenung sejenak pemapar telefon. Sudah larut malam, Fanny masih dengan rajuknya. Sepatutnya bila masuk bab kerja tidak kira masa Fanny tidak henti-henti berhubung dengan aku. Tetapi kali ini tidak. Merajuknya is real. Dan aku terasa amat bodoh tak dapat baca apa yang buat Fanny marah.

SURIWhere stories live. Discover now