Bahagian 26

89 9 2
                                    


Aku belek surat Rosa beberapa kali walaupun ia hanya sekeping kertas. Aku telaah isi tulisannya. Aku cicip kopi sambil merenung kosong siaran drama yang bersiaran. Aku di dalam situasi sangsi dan misteri. Jika berpadukan Krul, dia mengatakan tulisan di surat ini bukan aslinya hasil tulisan Rosa.

Berpadukan Krul perkataan seperti S, K, M dan T yang ditulis di surat itu amat ketara kelainannya. Krul kata tulisan Rosa amat cemat bagi setiap huruf. Bila aku amati betul-betul tulisan surat itu...

Ya Ia persis tulisan tangan aku. Dan hal itu buat nafas aku naik turun. Hal itu buat aku terkedu seketika. Asalnya aku hendak tayangkan kunci Rosa dan beritahu apa yang aku alami kepada Krul, hal itu terbatal serta-merta. Aku rasa Krul sedang mengesyaki aku.

Apa tidaknya, Krul tahu tulisan tangan aku bagaimana. Lagi menguatkan naluri aku adalah kedatangan Krul dengan riak cuba mengelak berbual dengan aku. Aku lempar salinan surat Rosa. Surat asal di tangan Krul. Katanya hendak diberi kepada pihak berkuasa.

Aku tidak boleh buang masa. Aku mesti rungkai misteri seram ini segera yang mungkin. Lagi aku lengah, lagi banyak misteri yang muncul.

Aku bangkit dan aku berjalan ke dalam bilik. Di hadpan cermin almari aku renung tubuh aku lama-lama. Entahlah, kadang-kadang aku rasa semacam. Aku rasa tangan dan kaki aku ini pernah melakukan hal yang tak terduga. Aku rasa mata aku ini pernah melihat sesuatu yang tak tersangka.

Adakah aku...

Ting! Ting! Ting!

Aku segera berjalan ke pintu. Bunyi gegeaan jeriji sangat bingit. Entah tangan siapakah yang agak biadap membuat bising di hadapan rumah aku. Selalunya yang suka gegar-gegar rumah orang ini kerja lintah darat. Tak hormat jiran sebelah langsung.

"Woi! tunggu kejap" Tempik aku sambil berlari.

Sebaik aku menarik tombol, tiada siapa-siapa di luar rumah. Sendu dan seram. Aku aneh. Bunyi bagai nak rak dan tiada siapapun yang berkunjung. Segera aku tutup pintu. Mulalah terasa vibe-vibe keseraman yang melanda Sabak Bernam beberapa minggu yang lalu.

Erm. Tak boleh jadi. Aku perlu cari Bob juga. Aku kena tanya dua pengawal itu di mana Bob tinggal. Selepas jumpa Bob, Pak Don pula.

>>>

Aku pijak tiap daun-daun kering hingga berderai menjadi cebisan. Agak sukar hendak mengelak dari memijak rimbunan daun gugur yang tidak dibersihkan oleh sesiapa. Uniknya pokok besar yang melindungi aku dari cahaya matahari daunnya kekal merimbun. Mungkin tanah di sini subur barangkali.

Dari bawah aku merenung bangunan yang ketinggian 16 tingkat itu. Pangsapuri Kedana. Perumahan berlapis yang yang berkos murah. Sama level dengan PPR. Bezanya di sini kau kena beli pakai duit sendiri. Tak mampu beli, sewa sahaja. Harga sewa bulanannya juga mewah.

Ada sebuah bangunan terasing yang dari bangunan flat. Dua buah blok bercantum itu aku rasa salah satunya tempat mesyuarat ahli jawatankuasa perumahan. Melihat sekeliling yang agak bersih, aku yakin AJK di sini hidup dan bersistem. Susah nak cari kompleks flat murah yang ada kebajikan setempat.

Selalunya masing-masing pentingkan diri.

Aku renung kertas yang bertulis alamat rumah. Hasil tulisannya tidak dapat aku baca dengan sempurna kerana pengawal keselamatan yang menulisnya tidak berapa pandai rumi. Dia hanya tahu Urdu dan Arab. Maklumlah orang Bangladesh. Cuma aku tertarik bila pengawal itu pandai cakap Arab.

Aku pula sama seperti tipikal Melayu lain. Mengaji Al-Quran namun tidak faham apa maksudnya. Lebih meninggikan bahasa penjajah dari bahasa agama. Ironi.

SURIWhere stories live. Discover now