Bahagian 33

101 10 3
                                    


Ktang!

Rahayu menekan mangga besi. Selesai kerjanya mengunci jeriji rumah bernombor B 4.5. Wajahnya tenang bersulam senyuman. Akhirnya tiada lagi siasatan polis ke atas rumah sewa ini. Tugasnya sudah selesai.

"Err dik, ini rumah bapak adik buat sewa ke?" Soalan itu muncul dari susuk yang berdiri di belakang Rahayu.

Rahayu menoleh ke belakang. Kelihatan seorang perempuan melihatnya dan dua orang lagi sedang sibuk mengunci rumah. Ada bagasi di setiap tangan mereka. Maklumlah musim cuti hujung tahun. Ramai pelajar mula pulang ke kampung.

"Eh taklah. Bapak saya tolong jagakan je. Tuan rumah duduk luar negara" Rahayu berbohong. Bohongnya disudahi dengan senyuman anak dara sunti.

"Erm tak adalah. Tuan rumah dia tak nak buat baca apa-apa ke dalam rumah tu. Dah dua orang mati kot, kena bunuh pulak tu. Sorang tu budak kolej kita orang... seramlah dik, takut apa-apa muncul kang" Keluh perempuan itu.

"Ish kau nih" Cebik lagi seorang yang bertudung labuh. Dia mencubit kawannya yang rambutnya terikat di belakang. Ketiga-tiga mereka tampak cantik walau tak berkilau kulit.

"Ntah kau nih" Cebik perempuan ketiga. Yang ini juga bertudung.

Rahayu kekal dengan senyumannya. "Tak tahulah saya kak, tuan rumah orang Cina" Balas Rahayu mudah.

Rahayu meninggalkan tiga manusia itu selepas dia meminta untuk undur diri. Apa yang orang tahu tahu, selain rumah B 11.8, bapanya jua adalah tuan kepada rumah bernombor B 4.5, B 2.10 dan B 2.8. Salah satunya pernah menjadi rumah sewaan pembunuh bersiri. Saiful.

Rahayu menekan butang G. Dia di dalam perut lif keseorangan. Rahayu mengenang perbualan dia bersama Saiful. Rahayu suka akan suara Saiful yang persis Fattah Amin. Sungguh romantic dan matang. Malangnya lelaki itu terpaksa menjadi korban. Lagi buat Rahayu kesian akan Saiful adalah semua yang terjadi bukan salah lelaki itu.

Saiful hanyalah kambing hitam.

Rahayu melepaskan lelah. Tiada apa yang dia boleh buat. Dia masih remaja dan hidup bersama orang tuanya. Lagipun dia juga bakal merasa tempias untung yang bakal bapanya terima. Rahayu senyum kelat.

Ting!

Pintu lif terbuka. Rahayu keluar dari perut lif. Tidak tersangka dia berjumpa dengan kenalan barunya yang juga bakal berpindah masuk ke apartment Sri Vanilla. Mereka berdua sudah selesai jual beli rumah di blok C.

"Eh abang Krul dan kakak Rosapun dah sampai" Ucap Rahayu menyambut mereka berdua.

"Iya dik" Balas Rosa. "Jom kita jalan sekali" Tambahnya ringkas.

Berjalanlah mereka ke dewan serbaguna apartment Sri Vanilla. Selain mereka bertiga ada beberapa orang lain yang berjalan seiring dengan mereka. Masing-masing adalah pemilik rumah di apartment ini juga. Di hujung tahun ramai penyewa balik ke kampung. Maka tinggalah beberapa kerat yang kekal mengunci diri di rumah. Mereka tidak minat langsung akan hal-hal jiran tetangga.

Lagipun majlis yang bakal berlangsung hanya terhad kepada penduduk tetap. Lagipun jika mereka terlalu baik dengan penduduk tetap di sini, maka senasiblah mereka seperti Saiful. Lagi mudah dijadikan sasaran. Seperti menunggu kambing diumpan rumput.

Rembulan malam ini sangat terang. Menurut ayah Rahayu, malam inilah malam yang dinanti-nantikan. Sekian lama mereka berusaha. Rahayu melambai tangan. Kelihatan di pintu masuk Pak Yusof juga melambai tangan ke arah Rahayu. Begitu juga dengan Krul dan Rosa. Mereka menyambut lambaian Pak Yusof dengan senyuman.

Hadirin yang datang bersalam dengan Pak Yusof. Sudah pasti mereka terhutang budi dengan lelaki kaya itu kerana Pak Yusoflah pemilik rumah apartment Sri Vanilla semakin kesenangan. Pak Yusof siap mendapat gelaran 'Penghuni Berjasa'. Di dalam kalangan yang bersalam tangan Pak Yusof adalah seorang lelaki tua berwajah Cina.

SURIWhere stories live. Discover now