27-Movie

3.9K 109 7
                                    

AIN memasang kerongsang pada tudung untuk mengemaskan penampilannya. Dia mengambil beg dompetnya dengan tergesa-gesa setelah mendengar bunyi enjin kereta di luar rumahnya.

"Awalnya dia datang....", gumamnya lalu kaki melangkah ke arah pintu rumah.

Pintu itu dikunci dengan penyelak kayu. Setelah memakai kasut, dia menuju ke arah Hafiz yang sedang berdiri di hadapan kereta Wira. Ain tersengih kekok apabila Hafiz memandang ke arahnya tanpa riak.

"Hafiz!",tegur Ain kemudian Hafiz terus menggelengkan kepalanya.

"Ha ye?", soal Hafiz kembali sambil mengurut leher belakangnya.

"Sorry,Ain lambat...Hafiz dah lama sampai?", soal Ain sambil tersengih kekok. Hafiz pula tersenyum dan tergelak kecil.

"Ha ah. Lama jugak Hafiz tunggu ni.", gurau Hafiz sebelum naik ke dalam kereta. Ain juga turut naik dengan riak bersalah.

Hafiz mengerling sekilas wajah Ain dengan senyuman. Enjin kereta dihidupkan.

"Hafiz gurau je lah. Hafiz baru sampai tadi.", jelas Hafiz sambil mengemam bibir menahan gelak. Wajah Ain terus cemberut.

"Eiii dia ni.", rungut Ain sebelum memandang ke luar. Hafiz mengundurkan keretanya dengan perlahan.

"Ain..."

"Ya...?", soal Ain dengan acuh tak acuh. Hafiz pula melihat wajah Ain dengan lama. Ain pun terkebil-kebil.

"Ain buruk.", ujar Hafiz sebelum memulakan pemanduannya.

"Hafizzzzz!"



TOKK TOKK TOKK

Ain yang sedang mencelup biskut ke dalam air teh terus memandang ke arah pintu rumah. Dia merendahkan suara televisyen sambil menyumbat biskut itu ke dalam mulutnya.

Dia membuka pintu rumah dengan perlahan. Tidak terlalu luas dan tidak terlalu kecil.

Susuk badan seorang perempuan yang tinggi terlihat di sebalik pintu itu. Dia menahan gelak dan dia mengundur ke balakang sambil membuka pintu.

"Haaaa. Nasib baik kau buka awal-awal. Kalau tak aku pecahkan terus pintu ni.", ujar perempuan itu.

"Uish garang naww.", usik Ain dan pintu ditutup setelah perempuan itu masuk ke dalam rumah.

Tanpa rasa malu,perempuan itu baring di atas sofa dan remote ditekan beberapa kali. Ain mengambil tempat di sofa yang bersaiz kecil.

"Kau ajak aku tengok cerita apa ni?", soal perempuan itu.

Ain tergelak dan dia mencari kepingan CD yang dibeli olehnya kelmarin. Kemudian,dia menunjuknya ke arah perempuan itu.

"Ejen Ali The Movie. Cerita ni best tau,Naj.", jawab Ain. Najwa mencebik dan bantal kecil dilempar ke arah Ain.

"Macam budak-budak."

Ain tersengih dan rambut diraup. Senyumannya mati seketika. Rambutnya yang pendek itu disentuh.

Dia memotong rambutnya dengan tangannya sendiri beberapa hari yang lepas. Dia berasa bersalah namun dia juga berasa bebas kerana tiada lagi orang yang akan menghalangnya.

"Woi!"

Ain tersentak dan wajah Najwa dilihat dengan bingung.

"Cepat la pasang. Petang ni aku nak ajak kau pergi pasar malam tu haa.", ujar Najwa setelah membetulkan kedudukannya dari posisi baring ke duduk.

Ain terdiam dan tangannya lincah memasukkan CD ,"Pasar malam..."

"Ha ah,pasar malam. Asal? Kau tak nak pergi ke? ", tanya Najwa. Ain menggelengkan kepalanya dan dia duduk di tepi Najwa.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now