18-Lari

4.6K 159 56
                                    


"Along....",panggil Naqiu.Dahi Syed berkerut dan matanya masih lagi tidak dibuka.

Dia mengantuk.Boleh faham tak?

"Naqiu? Kenapa call aku malam-malam ni? Aku mengantuk lah.Nak tidur.",marah Syed kepada Naqiu.Nazatul yang memeluknya dipandang sekilas.

"Kau ni Along.Kau tahu tak Kak Ain dah lari?",marah Naqiu kembali.Mata Syed terus dibuka.

"What??",bisiknya dengan tegas.Dia menolak tangan Nazatul yang memeluknya dengan perlahan sebelum melangkah keluar dari bilik tidur itu.

"Kak Ain dah tinggalkan rumah kau!",tambah Naqiu lagi.

"Hah? Jap.Kau tak main-main kan?",soal Syed yang masih lagi berada dalam keadaan mamai.

"Aku serius ni Along.Tadi Kak Ain call aku,dia nak minta tolong.Aku ingatkan apa.Rupa-rupanya,dia suruh aku bagi kunci rumah dekat kau! Lepas tu, dia pergi lain bawa baju-baju dia.",terang Naqiu.

Syed mendengus kasar sebelum menyerabaikan rambutnya.Nafasnya semakin laju.

"Kenapa kau tak halang?!",tengking Syed dengan suara yang kuat.Dia tidak peduli lagi sekiranya Nazatul akan bangun dari tidur.

"Aku kesian dekat Kak Ain kau tahu tak? Aku tak sampai hati nak halang.Lagipun ni semua mesti salah kau!",tengking Naqiu kembali sehingga bahu Anis terhenjut kerana terkejut.

Syed mengurut kepalanya sambil mengawal nafas.Dia menghempaskan punggungnya di atas sofa.

"Kau buat apa Along? Sampai Kak Ain lari?",tanya Naqiu dan dia cuba untuk tidak meninggikan suaranya kepada Abangnya.

Syed menggelengkan kepalanya,"Aku tak buat apa-apa pun wey.Ser--"

"Tunggu Abang dekat rumah.Malam nanti Abang balik.Kita bincang pasal benda ni.Sayang jangan nak lari."

"Damn!",carut Syed apabila dia mengingati kata-katanya untuk pulang ke rumah malam ini.Kenapa dia tak balik tadi?

"Heh.",Naqiu tersenyum sinis.

"Aku kenal sangat perangai kau,Long.",ujar Naqiu sebelum menamatkan panggilan.

"So...?",soal Anis dengan berhati-hati.Naqiu melihat wajah Anis seketika kemudian melangkah ke arah motosikalnya.

"So,biar Abang aku yang selesaikan masalah dia.Aku tak nak masuk campur.",balas Naqiu sambil memakai helmet.

Anis mengangguk perlahan.

Kak Ain...

"Abang?"

Nazatul mengusap matanya dan cuba melangkah ke arah Syed.Panggilan terhadap suaminya tadi tidak terbalas membuatkan dahi dia berkerut.

Lama kelamaan,matanya dapat dibuka dengan jelas.Kelihatan Syed sedang menekan paparan telefon beberapa kali dengan kuat.

Seperti mahu hancurkan skrin telefon tu je.

"Abang? Okey tak ni?",tegur Nazatul sambil mengambil tempat di sebelah Syed.Rambutnya yang mengurai diselitkan pada telinga.Bahu Syed diusap tetapi ditepis.Nazatul terkedu.

"Jangan kacau Abang,Naza.Abang tengah serabut ni.",larang Syed dan jarinya laju menekan paparan skrin untuk mengetahui kedudukan Ain sekarang dengan menggunakan kemahiran hack nya.

"Kenapa Abang serabut pula? Petang tadi Naza tengok Abang okey je.",ujar Nazatul dengan nada yang menyampah.Tangan memeluk badan sendiri.

Syed tidak mahu membalas kata-kata Nazatul dan dia ingin memberi sepenuh perhatian untuk menyambung kerjanya.

Dia cuba mengesan Ain dengan menghack telefon Ain tetapi ia memakan sedikit masa.Dia menyandarkan badannya pada sofa sambil menunggu proses mengesan itu siap.

"Abang! Naza tengah cakap dengan Abang ni kan?!", marah Nazatul setelah menepuk lengan Syed dengan perlahan.

Syed berasa semakin rimas tetapi dia masih lagi mengawal kesabarannya.

"Ya...Naza.",jawab Syed dengan acuh tak acuh.Nazatul mencebikkan bibir.

"Jom lah Abang...Sambung tidur balik...Naza mengantuk lah.Kerja Abang tuuu.Tinggal je.",pujuk Nazatul sambil mengusap bahu Syed dengan perlahan.Sekali lagi,Syed menepis tangan Nazatul.

"Naza tidur je lah.Abang nak keluar jap.",balas Syed dengan meleret.Dia berdiri tegak diikuti dengan Nazatul yang mencekak pinggangnya.

"Abang! Kenapa dengan Abang ni?! Nak buat perangai kepala batu Abang lagi?! Tolong lah Abang! Naza baru je jumpa dengan Abang hari ni! Takkan Abang nak keluar lagi?! Ke Abang nak pergi dekat rumah perempuan gemuk tu?!"

"NAZA!"

Nazatul tersentak.Dia terus mengalihkan pandangan apabila Syed memandangnya dengan tajam.

"Dah lama Abang bersabar dengan Naza.Jangan sampai Abang naik tangan.",larang Syed sambil menggetap rahangnya.

Dah lah masalah Ain tidak diselesaikan lagi.Inikan Naza yang ingin mencari masalah dengannya.

Ting!

Bunyi itu menarik perhatian Syed lalu dia melihat telefonnya.

"Aikk....ni rumah dia.Tapi tadi..Naqiu cakap Ain dah lari.",desis hatinya.

Matanya terus membuntang.

"Ain tinggalkan telefon dia dekat rumah?!",jeritnya di dalam hati.

"Fuck it.",gumam Syed setelah menyepak sofa yang berada di belah kanannya.Nazatul sekali lagi terkejut.

"Abang nak keluar."

Baru sahaja Syed melangkah,pertanyaan Nazatul menghentikan langkahnya.

"A-Abang nak pergi mana?",tanya Nazatul dengan gagap.Syed tidak memandang ke arah Nazatul.

"Abang nak cari Ain.",jawab Syed sebelum melangkah ke biliknya untuk memakai baju dan mengambil dompet serta kunci kereta.

Dia terus meninggalkan Nazatul yang terkebil-kebil lalu dia memandu keretanya menuju ke rumahnya.Stereng kereta digenggam dengan kuat.

"Abang akan cari Sayang sampai jumpa.",katanya dengan rahang yang diketap.




Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now