26-Kebenaran

4.1K 102 6
                                    

SELEPAS dua minggu,Syed meregangkan  tubuhnya dengan muka yang berkerut.Paparan komputer yang menunjukkan banyak tulisan dan nombor dilihat dengan riak bosan.

Asyik benda yang sama sahaja dia hadap.Dia sangat bosan dan geram pada waktu yang sama.Kes yang diterima beberapa minggu lepas sungguh berat untuk diselesaikan.

Dia rasa ingin membunuh sahaja orang yang melakukan kes itu.Dia inginkan rehat yang lama dan bila balik rumah je.Mesti Ain akan mengurut bahunya dan mulut isterinya itu akan berbunyi kerana membebel tentang dirinya yang tidak menjaga kesihatan diri.

Seketika,dia terkedu.Kemudian,telefon pintarnya yang sudah lebih 3 hari tidak disentuh olehnya dicapai.Aplikasi Whatsapp dibuka dan nama seseorang dicari.

Wa
Daniel,bini kau tu duduk terperap je dekat rumah. Kadang-kadang dia ada keluar jugak pergi beli barang dapur.

Syed tersenyum lebar dan jarinya laju menaip.

Syed
Bagus Wa. Nanti kau report kat aku lagi. Besok aku bank in duit.

Wa
Nanti kantoi la duh. Takpe la. Guna duit aku je.

Syed
Dia bini aku. Tanggungjawab aku untuk bagi nafkah.

Wa
Bla bla bla. Dah la. Cau lu.

"Ain...Jangan ingat Abang tak perhatikan Sayang.", gumam Syed dan baru sahaja dia ingin meletakkan telefon pintarnya di atas meja,dia menerima satu panggilan.

"Siapa ni?", soalnya pada dirinya kerana dia tidak mengenali  nombor yang memanggilnya itu.Namun begitu,panggilan diangkat dan telefon ditekap pada telinga.

Dia hanya menunggu pemanggil itu berbicara.Kedengaran seperti gerangan itu menarik nafas yang panjang dan menghembusnya.

"Hello? Ni Syed Afiq Daniel?", tanya pemanggil.

"Iya.Kenapa?"

"Em...Boleh tak kalau kita berjumpa?"

Syed mengangkat keningnya dan mengangguk perlahan.

"Boleh.Tapi ni siapa?"

"Saya...Faris."

Syed semakin kehairanan, "Faris?"





SYED melangkah masuk ke dalam kedai makan dan kelibat seseorang dicari.Gerangan yang melambai tangan ke arahnya dilihat dengan riak kosong.Kakinya melangkah ke arah Faris lalu kerusi di hadapan Faris diduduki olehnya.

"Order la dulu.", ajak Faris dan Syed hanya menggelengkan kepalanya.

"Takpe,bro.Aku kenyang." ,balas Syed.

"Kenyang? Kau tak makan apa-apa lagi dari pagi tadi,kan? Kalau tahu ke Ain ni,habis kau dia kerjakan.", suatu suara kedengaran di dalam otaknya.Syed tersenyum nipis.

"Ouh.Em...Aku straight to the point je.", ujar Faris dan Syed mengiyakannya.

"Aku nak bertanggungjawab.", jelas Faris sambil memandang Syed dengan riak serius.Kening Syed terangkat dan tangan ditahan pada meja.

"Aku tak faham."

Faris cuba menenangkan dirinya dengan bernafas dengan perlahan.Dahi diurut dengan tangan kiri.

"Aku...nak bertanggungjawab terhadap isteri kau."

Syed terdiam dan Faris dipandang bagai harimau mengejar mangsa.

"Isteri? Siapa?", soal Syed dengan nada yang tenang.Faris menelan air liur yang terasa pahit.

"Nazatul Asyikin."

Jari diketuk oleh Syed di atas meja sambil menghasilkan irama dan nafas dihembus dengan kasar.

"Aku tak faham.Kenapa kau nak bertanggungjawab?", soal Syed lagi.Faris tersenyum nipis.

"Bulan lepas.Aku terlanjur dengan dia.", jawab Faris setelah dia mengumpul keberanian.Syed menggenggam erat tangannya yang berada di bawah meja.Riak wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Naza? Hm...Tapi dia mengandungkan anak aku,kan? Ke...", desis hati Syed kemudian wajah Faris yang tersenyum nipis dilihat.

Pandangan dialihkan dan rambut diraup dengan perlahan.Suasana di luar Cafe dilihat dengan tekun.

"Ke...anak tu,anak dia?", gumam Syed.Faris mengangkat kedua-dua keningnya dengan perasaan hairan.Air dihirup bagi melegakan tengkuknya.

"Bila....fikirkan balik.Aku tak bersama dengan Naza sebulan lepas.", fikir Syed.

Syed merenung Faris lagi.












SYED membaling kunci keretanya di atas meja dan punggung dihempas ke atas kerusi.Keluhan berat dilepaskan dan badan disandar sepenuhnya.

Perbualan pagi tadi masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya.

"Lepas tu,kau nak suruh aku buat apa? Ceraikan dia?", serang Syed dengan dahi yang berkerut. Faris juga turut terkejut namun riak wajah cuba dikawal.

"I-Iya...Aku tak nak kau dianiaya."

Diam.

"Bagi aku masa."

Syed mendengus geram dan rambutnya disisir dengan perlahan.Dia sangat kecewa apabila mendengar kebenaran itu.

Isterinya curang? Haha.

"Sakit...", ujar dia sambil menggenggamkan rambutnya.Matanya mula bergenang.

Tapi tak sesakit hati Ain kan?

TUPP!

Dia tersentak lalu matanya terkebil-kebil setelah melihat paparan telefonnya.

Ibu is calling...

Tangannya mula menggigil dan air liur yang kesat cuba ditelan.Dia tidak mampu untuk menjawab panggilan tersebut.Perasaan bersalah mula menghempap dirinya.

Sejak beberapa hari lepas,Ibu Ain selalu menelefonnya tetapi dia tidak menjawab langsung panggilan ibu mertuanya itu.Dia berasa takut kerana dia hanya membiarkan Ain keseorangan.

Bagaimana dia ingin menjelaskan tentang pergaduhan mereka pada ibu bapanya?

Ini semua kerana salahnya?

Tak! Ini bukan salah dia!

Tanpa membuang masa,dia terus bangun menuju ke pantry.Telefon yang masih berdering dibiarkan.Kabinet dibuka lalu sebuah gelas dicapai dan diletakkan di atas meja.

Dia terhenti.

"Sampai...bila?",soalnya pada diri sendiri.

Chubby 2  [COMPLETED]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu