15-Yakin

4K 133 34
                                    

Ain menahan badannya dengan meletakkan kedua-dua tangannya pada singki.Wajah yang telah dibasuh dengan air dilihat melalui cermin.Riak wajahnya kosong dan matanya sembap dan bengkak.

Dia berjalan memasuki biliknya sebelum kakinya berhenti melangkah di hadapan almari pakaian miliknya.Pintu almari itu direnung dengan lama,nafas ditarik dan dihembus kasar.

Pintu itu dibuka kemudian semua pakaian miliknya dikeluarkan dan diletakkan ke atas katil.Luggage yang berada di atas almari dicapai.Dia duduk bersila di atas katil lalu pakaiannya dilipat satu per satu dan dimasukkan ke dalam luggage.

Ya.Dia sudah tekad.Dia ingin pergi dari kehidupan Syed.Dirinya sangat penat untuk diseksa dari segi mental oleh Syed.Dia juga ingin kebahagiaan yang mampu membuatkan dirinya tersenyum setiap hari.Bukan lah menitiskan air mata...

Mata yang bergenang terus dikelipkan beberapa kali.Dia menggigit bibirnya dengan perlahan.

Tetapi dia masih lagi sayangkan suaminya itu walaupun suaminya tidak berlaku adil terhadapnya.Dia sudah lama berkahwin dengan suaminya itu.Memori-memori yang manis dan pahit terimbas di kepalanya.

"Abang sayangkan Sayang lebih daripada segala-galanya tahu tak?",ujar Syed dengan manja sambil menongkat dagunya dengan tangan.Ain menahan daripada tersenyum dan riak selamba ditayangkan.

"Ain tak tanya punn.",ejek Ain sambil mencebikkan bibirnya.Syed memincingkan matanya ke arah Ain.

"Abang serius ni.Abang sayang sangat-sangat.",tegas Syed setelah memeluk tubuhnya.Senyuman terus terlakar di bibir Ain.

"Ya lah...",balas Ain dan televisyen ditonton.Syed menghapuskan jarak mereka dan bahu Ain dirangkul.

"Abang!",Aib terjerit kecil dengan mata yang membuntang.Syed tergelak melihat reaksi Ain.

"Sayang Abang tak?",tanya Syed dengan riak wajah yang comel.Wajah didekatkan di hadapan wajah Ain.

"Tak.",bohong Ain dan wajah terus dipalingkan ke arah lain.

"Sayang....",panggil Syed dengan nada yang mendatar.Ain terus gelak terbahak-bahak dan wajah Syed dipegang.Mereka membalas pandangan sesama mereka.

"Ain....sayangkan Abang juga!",Ain terus mencium pipi kanan Syed sebelum melarikan diri ke bilik dengan cepat.

"Sayang!"

Ain tersentak apabila hanger terjatuh ke atas lantai.Kepala terus digelengkan dan aktivitinya dipercepatkan.Beberapa helai tudung bawal digulung dan disumbat ke dalam luggage.Setelah selesai,zip terus ditarik dan luggage diletakkan di tepi pintu.

Jam 8 malam.

Keluhan dilepaskan lalu dia terus menyiapkan dirinya untuk mencari makanan di kedai makan.Telefon dilihat dengan lama sebelum dia mendail nombor seorang lelaki.Selepas beberapa saat,panggilannya diangkat.

"Hello?",soal lelaki itu dengan pelik.Ain tersenyum nipis.

"Naqiu...boleh tolong Akak tak?"

Naqiu mendiamkan diri sebelum dikejutkan dengan sentuhan kecil dari Anis.

"Awat?",tanya Anis dan Naqiu menggelengkan kepalanya sambil mengangkat tangan tanda tidak ada apa-apa.

"Tolong apa,Akak?",kening Naqiu terangkat apabila mendengar keluhan berat Ain.

"Nanti Akak bagitahu.Sekarang Naqiu free tak? Kalau free,kita jumpa dekat mana-mana kedai makan.",Ain mencapai sling bang miliknya kemudian kasut dipakai.

"Ouh...Ni haa,Naqiu free je ni.Tengah nak bawak Anis pergi makan.",balas Naqiu sambil menarik lengan Anis dengan lembut ke arah motosikalnya.Anis yang terkebil-kebil hanya mengikut Naqiu.

"Eh? Anis? Lah...nak pergi dating ke? Sorry lah sebab Akak menganggu.",ujar Ain sambil melakarkan senyuman.

Automatik Naqiu tersengih dan rambut Anis diserabaikan.Anis terus berdecit geram dan tangan Naqiu ditepis.

"Tak ganggu pun Kak.Lagipun,kalau Akak join kitaorang mesti best.Nanti Naqiu tak lah bosan sangat dengan Anis ni.",gurau Naqiu dan wajah cemberut Anis dikerling sekilas.

"Bodo.",gumam Anis sambil menjeling wajah Naqiu dengan menyampah.Terlepas gelakkan kecil di mulut Naqiu.

"Hahaha.Gitu pulak? Dah lah.Akak gerak dulu.Nanti Akak share location eah.",pinta Ain kemudian Naqiu mengaggukkan kepalanya.

"Okay Akak.",panggilan terus ditamatkan dan wajah dirapatkan di hadapan Anis.Gadis itu pula terkaku dengan pandangan Naqiu.

"Kak Ain ajak kita pergi makan.",bisik Naqiu sambil membelek wajah Anis dengan pandangan mata yang tajam.Rambut Anis diselitkan ke belakang telinga dan mulut didekatkan pada telinga Anis pula.

"Kau jangan nak buat perangai depan Kak Ain...Kalau tak...",Naqiu tersenyum sinis dan telinga Anis ditiup dengan perlahan.

"....kau yang akan jadi lauk aku nanti.",ujar Naqiu sebelum menaiki motosikalnya dan helmet dipakai.Anis pula menelan air liurnya sambil menyambut huluran helmet Naqiu.

"Faham tak?",soal Naqiu tegas disertakan dengan senyuman sinis.

"F-Faham.",tangan Anis menggigil perlahan.

Naqiu menghidupkan enjin motosikalnya,"Naik cepat!".

Anis tersentak lalu dia terus duduk di belakang Naqiu di atas motor.Dahinya berkerut apabila Naqiu masih lagi tidak bergerak.Kepalanya mengintai sikit ke kanan.

Naqiu yang perasan akan Anis yang sedang mengintai itu terus berdehem lalu telefon disimpan ke dalam poket seluar.Anis ke belakang apabila Naqiu berdiri dengan tiba-tiba.

"K-Kenapa ni?",soal Anis kebingungan.Naqiu kembali duduk dan kedudukan diselesakan.

"Tak de ape.",nafas dihembus kasar.Dahinya berkerut apabila memikirkan pertolongan apa yang ingin diminta oleh kakak iparnya itu? Pentingkah?

Kepala digelengkan perlahan dan Anis dikerling sekilas,"Peluk aku kuat-kuat."

Wajah Anis terus cemberut.



Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now