05-Masalah

4K 146 10
                                    

Syed is calling....

"Huh.",panggilan dijawab.

"Hmm."

"Tak balik lagi?",tegas Syed.Ain pula menggetapkan rahangnya.

"Tak."

"Kenapa kau tak balik lagi? Dah lewat kan? Ke kau nak menggatal pergi rumah Aidan?",serang Syed bertubi-tubi.

Ain terdiam.

"Heh.Memang betul lah kan.Kau nak pergi sana? Kau tak payah pergi.Kau balik terus!"

"Mimi ada dekat rumah Aidan juga.Diorang dah kahwin.Tak de masalah pun.",balas Ain.

"A--"

"Syed,tak payah nak sibuk hal aku.",balas Ain dengan kasar lagi.Badan disandar pada kerusi dan Aidan,Muiz dilihat dengan tajam.

"Hal kau,hal aku juga.Kau pehal jadi macam ni? Pandai nak lawan aku.",marah Syed.Situasi semakin menjadi tegang.

Ain terus bangun dari duduk dan telapak tangan ditunjuk pada Aidan dengan Muiz tanda untuk 'tunggu'.Mereka berdua mengangguk.

Ain melangkah keluar dari Cafe dan kawasan yang tersorok diduduk.

"People can change."

"Kau--",Syed terdiam.

"Balik sekarang.Aku tak kira.Kalau aku tahu kau tak balik lagi,siap kau.",larang Syed.

"Kau takkan tahu aku balik ke tak,Syed.Kau tak de dekat rumah.Aku tahu kau ada kat rumah Naza sekarang.",ujar Ain sambil mengurutkan kepalanya.

"Aku boleh tahu.Ingat sikit dulu aku kerja apa."

Hack.Dia boleh hack telefon aku.Fish.

"Even aku balik rumah pun.Kau takkan layan aku macam mana Naza layan aku."

Ain menggenggam telefonnya sambil menahan sabar.

"Sebab?",bisik Ain.

"Dia pandai 'bermanja' dengan aku.",balas Syed.

Kesabaran Ain menjadi semakin tipis.

"Kalau dia pandai layan kau,baik kau lepaskan aku je,Syed! Aku ni tak berguna! Tolonglah! Biar aku hidup bebas!",tengking Ain.

Syed yang mendengar perkataan itu turut menjadi geram.

"Jangan harap! Aku akan simpan kau sampai bila-bila.",ujar Syed dengan tegas.

Badan Ain menjadi menggigil kerana cuba menahan esakkan.

"Syed Afiq Daniel,lepaskan aku.Aku merayu..."

Syed terus menutup panggilan itu.Nafas dihembus dengan kasar lalu mata dipejam erat.

Nazatul yang mendengar kata-kata Syed mempamerkan riak menyampah.

"Lepaskan je lah,Ain tu.Hak alah.Benda senang pun tak boleh nak buat.",gumam Nazatul kemudian dia melangkah menuju ke biliknya.

Ain menarik dan menghembus nafas dengan perlahan.Mata dikelipkan beberapa kali bagi mengelakkan air mata mengalir.Dia kembali ke Muiz dan Aidan dengan senyuman.

"Guys.Sorry tak dapat join malam ni.Aku kena balik awal.",ujar Ain.

"Ouh.Sokaylah.No hal.",balas Aidan dengan senyuman.

Ain mengangguk lalu barangnya diambil.Muiz bangun dari duduk dan Ain dilihat lama.

"Nak suruh aku hantar?",soal Muiz.

"Sokay.Aku balik sendiri."

"Betul?"

"Ya,Muiz.Betul."

Muiz mengangguk perlahan.Lambaian diberi lalu Ain melangkah pergi dari Cafe itu.Dia berjalan sambil menundukkan kepalanya.Kadang-kadang,batu yang berada di atas jalan disepak.

"Syed Afiq Daniel.",gumam Ain.

"Akak!!"

Kaki Ain terhenti dan kepalanya berpaling ke arah suara yang memanggilnya.Gerangan seorang perempuan yang berambut pendek dan memakai t-shirt lengan pendek dilihat dengan pelik.

"Ya?",tanya dia kehairanan.Perempuan itu tersenyum.

"Akak ni,Puteri Aini kan?"

"Aa...ya.Kenapa eah?"

"Akak! Takkan tak ingat saya.Akak pernah tolong saya.",jelas perempuan itu lagi.

"Er..maaf.Akak lupa.",Ain tersengih.

"Anis Kartika? Akak kenal?"

"Anis? Yang sebarkan gambar Akak?",dahi Ain berkerut.

Anis mengangguk dengan laju.

"Ya! Anis nak minta maaf sebab burukkan nama Akak padahal Akak tolong Anis banyak kali.",ujar Anis Kartika.

"Lahh tak pe lah.Tapi jap.Tolong? Akak tolong apa eah?"

"Akak tolong Anis lari dari Naqiu.",Anis gelak perlahan.

"Ouh ya.Korang selalu sangat bergaduh.Confirm Naqiu tu jodoh Anis.",gurau Ain.

"Ish Akak ni.Memang tak lah.Anis tak nak pun dekat Naqiu tu.Berlagak.Lagipun dia dah ada makwe."

Ain tersenyum.

"Haa ni.Anis panggil Akak tadi.Anis ingat nak ajak Akak lepak.Dah lama Anis tunggu kat depan Cafe tadi.",jelas Anis sambil menggoyangkan tangan Ain.

"Lepak? Sekejap.Macam mana Anis tahu Akak kerja situ?",soal Ain.

"Naqiu yang bagitahu.",Anis menjulingkan matanya ke atas.Ain kembali tersengih.

"Anis ada something dah dengan Naqiu?"

Dahi Anis berkerut lalu kepala digelengkan.

"Tak lah! Naqiu tu suka ugut Anis,dia selalu suruh Anis teman dia lepak pastu macam-macam lah dia citer pasal diri dia..",pintas Anis.

"Ugut?"

Anis mencebikkan bibir,"Dia cakap kalau Anis tak teman dia lepak.Dia nak viralkan gambar Anis."

"Gambar apa?"

Anis mendekatkan mulutnya di telinga Ain.

"Gambar Anis tengah korek hidung.",bisik Anis.

Ain gelak terbahak-bahak.

"Akak! Jangan gelak.Kesian kat Anis ni.Sanggup berkorban demi maruah.",rengek Anis.

"Haih...sweet je korang ni.",gurau Ain.

"Sweet pe bende nya,Kak.Naqiu tu kongkong hidup Anis macam Anis ni bini dia.",Anis memeluk tubuh sebelum mendengus geram.Ain pula tersenyum.

"Anis nak ke kahwin dengan dia?"

"Tak nak!"

"Anis benci dia.",sambung Anis lagi membuatkan Ain kembali tergelak.

"Anis..Naqiu ada bagitahu apa hubungan Akak dengan dia?",soal Ain dengan tiba-tiba.Anis terdiam seketika sebelum menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

Akak Ain,bini Naqiu ke???

"Naqiu tu...adik ipar Akak."

"Haaa???"

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now