28-Jumpa

4.2K 141 29
                                    

SYED keluar dari keretanya dan lengan baju dilipat sehingga ke lengan.
Sebuah rumah kampung yang berada di hadapannya dilihat dengan senyuman nipis.

"Nek Jah....", gumamnya perlahan.

Kawasan sekeliling rumah kampung itu turut dilihat satu per satu. Memori-memori lama mula terimbas.

Ketika dia hendak mengambil beg miliknya di dalam kereta, dia terpandang sebuah rumah lagi yang berada tidak jauh daripada rumah kampung neneknya itu. Senyuman terus terlakar.

"Sayang...."


NAJWA mengerutkan dahinya dan bahu Ain dipegang, "Kau okey ke tak ni?"

Ain terdiam seketika dan anggukkan diberi. Kepalanya yang berpusing-pusing itu mula membuatkan tubuhnya menjadi lemah. Dia berfikir bahawa mungkin suasana pasar malam itu mengganggunya.

Najwa mengambil plastik makanan daripada tangan Ain dan dia menarik Ain untuk melangkah.

"Dah la wey. Makanan pun dah ada. Kita balik je la.", ujar Najwa dengan rasa bersalah.

"Em."

Mereka berdua menuju ke arah rumah Ain dengan cepat. Hari pun sudah lewat malam. Risau juga kerana mereka hanya dua orang perempuan yang tidak mampu melawan lelaki.

Selepas jauh berjalan, Ain membuka pintu rumah dan tangannya teguh memegang pintu itu untuk menahan daripada dirinya jatuh.

Najwa pula semakin mengerutkan dahinya, "Kau okey tak? Nak pergi hospital?"

Ain menggeleng, "Takpe. Aku okey. Nanti baik la ni."

"Haih. Kau ni pun...Nanti aku pula yang kena." ,gumam Najwa tetapi dia tetap menghulurkan makanan ke arah Ain.

"Terima kasih.", ujar Ain.

"Ha ye. Sama-sama. Okey la aku gerak dulu. Dah nak maghrib." , balas Najwa dengan riak rasa bersalah. Ain tersenyum nipis dan lambaian diberi kepada Najwa yang makin menjauh.

Najwa menyumpah seranah terhadap dirinya. Sepatutnya dia tidak harus membawa Ain keluar dari rumah.

Tiba-tiba, sesuatu kelibat berlari anak ke arahnya. Dia terhenti dengan jantung yang berdegup pantas.

Semakin dekat kelibat itu, semakin jelas penglihatan Najwa.

Seketika, dia mencebik.

"Mana dia?"

Najwa memeluk tubuh dan mata dipincingkan.

"Dekat rumah dia la.", dia tetap membalas.

"Okey cun. Terima kasih,Wa. Aku nak pergi tengok dia."

"Daniel.", panggil Najwa dan langkah Daniel terhenti.

"Dia sakit."

Daniel terkebil-kebil seketika. Tanpa membuang masa, dia terus berlari laju ke arah rumah Ain.

Najwa berdecit dan batu kecil disepak geram. Dia pun turut melangkah ke arah rumahnya.

AIN yang lemah itu menutup perlahan pintunya namun dia terlupa untuk menguncinya.

"Haih. Panasnya.", keluh Ain sambil mencabutkan pin tudungnya. Beg dompet miliknya dicampak ke atas meja kecil yang ada di ruang tamu itu lalu suis kipas ditekan. Makanan yang dibeli olehnya juga turut diletakkan di atas meja.

Dia terus membaringkan badannya ke atas sofa dan dia mengiring ke belah kanan. Dia mula memejamkan matanya. Suhu badannya yang semakin naik itu cuba diabaikan.

"Nak demam ke ni....", gumamnya dengan nada serak.

Baru sahaja dia ingin menjengah ke alam mimpi, dahinya seperti disentuh dengan sesuatu yang lembut.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now